Kira-kira 10 anggota polis menyerbu ibu pejabat PKR di  Petaling Jaya, sebentar tadi.
Ia dipercayai berikutan  siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham  Shaharin.
Pada  9 Julai lalu, Badrul yang juga  dikenali  sebagai Chegubard ditahan   polis di Seremban kerana tulisannya dalam  blog mengenai  Altantuya  Shariibu.
![]()  | 
Beliau  ditahan di pejabat PKR Negeri  Sembilan di Seremban ketika hendak  mempengerusikan mesyuarat PKR cabang  Rembau.
Badrul  yang  juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya   juga berkata rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis   selepas beliau ditahan.
Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan beberapa jam selepas disiasat.
Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan beberapa jam selepas disiasat.
