Selasa, 8 Jun 2010

Video seks Luna lebih hebat dari Maria Ozawa



JAKARTA - Seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Fathur memberi komen dengan menyatakan klip video lucah yang menampilkan satu pasangan mirip pelakon sinetron, Luna Maya dengan kekasihnya, Ariel daripada anggota Peterpan lebih hebat berbanding video lucah lakonan aktres porno terkenal dari Jepun, Maria Ozawa, lapor sebuah akhbar semalam.

Fathur membuat komen itu dalam satu forum di Internet selepas berita mengenai video tersebut disebarkan oleh media Indonesia pada minggu lalu.

Beberapa pengunjung pelbagai forum yang membincangkan isu hangat berkenaan memberikan pelbagai pandangan berhubung dua klip video tersebut.

Sebahagian pengunjung berasa tidak yakin bahawa Luna sanggup melakukan hubungan seks dengan Ariel dan merakamkannya.

Sementara itu, pihak polis menyarankan Luna untuk membuat laporan polis jika dia merasa namanya tercemar gara-gara tersebarnya klip lucah miripnya.

Menurut sebuah akhbar di Indonesia, pihak polis masih boleh menjalankan siasatan ekoran terdapat aduan daripada orang awam berhubung penyebaran video berkenaan. - Agensi