Assalamualaikum  wbt.
Saya, Akmal Amri, layari halaman Flickr  rasmi Israel Ministry of Foreign Affairs di sini 
Banyak  gambar menarik yang menuduh bahawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke  Gaza itu membawa senjata untuk membantu Hamas. Mari kita kaji setiap  gambar yang ditunjukkan.
Berikut ialah halaman utama Flickr Israel  MFA

Buat makluman, setiap gambar yang diambil  menggunakan kamera digital akan memiliki EXIF file yang menyimpan segala  maklumat teknikal berkaitan gambar tersebut seperti Shutter Speed,  Aperture size, ISO, Metering, tarikh dan macam-macam lagi.
Untuk mengkaji gambar-gambar di website  MFA, kita akan merujuk kepada tarikh sahaja.
*******
Mereka kata kapal ini membawa jaket kalis  peluru (bulletproof jacket). Tapi cuba tengok tarikh sebenar gambar itu  diambil.
Mereka kata Freedom Flotilla membawa  senjata iaitu lastik, tapi mari kita lihat tarikh sebenar gambar  'senjata' itu diambil
Mereka ada bukti bahawa orang di atas kapal  tersebut membawa senjata berupa kapak dan pepper spray, tapi bukti itu  bukannya bertarikh tahun 2010...
Satu lagi gambar senjata Pepper Spray yang  bertarikh 2003, tapi dikaitkan dengan Flotilla yang diadakan pada 2010
Ini pula gambar pemotong besi yang  bertarikh 2006, tapi telah diedit menjadi 2010, seolah-olah ianya wujud  di atas Flotilla. Hebat Israel ni!
Kebodohan Israel dalam menipu dunia juga  tidak terhenti di situ. Ini pula gambar Night Vision yang sibuk  diwar-warkan dibawa oleh Flotilla, kononnya untuk Hamas.
Yang anehnya, gambar ini bertarikh 2006.
Kepada yang ingin memeriksa  keshahihan emel ini, sila layari halaman Flickr Israel Ministry of  Foreign Affairs di SINI 
Semoga bermanfaat.
Yang  benar,
Mohd Akmal bin Amri
BSc Accounting and Finance
University of Warwick, UK