Kerajaan masih amalkan polisi "pro-Israel"
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengecam Israel di Dewan Rakyat semalam kerana negara secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.
![]()  | 
Menurut Harakah  Daily, Mahfuz  berkata perdagangan komersil dengan Israel masih  terjalin sehingga kini  sebagaimana diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir  Mohamed menjadi  perdana menteri dahulu.
“Sia-sia usul  kecaman zionis Israel  kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan  polisi yang ditinggalkan  oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh  memohon daripada  kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi  yang mahu  diperdagangkan dengan kerajaan Zionis ini,” kata beliau.
Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, kerajaan dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan rejim berkenaan secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.
Tidak cukup dengan itu, katanya pentadbiran Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara Israel pada Mei lalu.
Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia.
![]()  | 
“Kalau tak benar,  dia (Najib) kena buat  penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan  polisi yang  ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula,  berhentilah  tunjuk sikap hipokrit itu,” katanya.
Dalam  perkembangan berkaitan, beliau turut  meminta Kementerian Dalam Negeri  (KDN) menjelaskan tentang buku-buku  penerbitan komersil Israel yang  berada di perpustakaan Kementerian  Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (MITI) sekarang.
“Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara Zionis itu.
“Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut,” katanya.
“Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara Zionis itu.
“Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut,” katanya.

