Kalau kita ingat balik, Proton yang pertama keluar di pasaran  berharga  RM25k sebijik. Mengapa Proton pertama harganya murah? Kerana itulah  sebenarnya harga pasaran Proton Saga, yakni di sekitar RM 15-20k 
Tapi,  bila kita pergi ke tahun 1990an, kita lihat harga sebijik Proton Wira  adalah dalam julat RM55k ke RM60k. Yakni, hingga tiga kali ganda harga  Proton yang mula-mula keluar. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Biar  saya terangkan.
Pada tahun 1986, 4 tahun selepas Proton  ditubuhkan, Proton telah hampir bankrap. Proton tidak dapat bersaing  hatta di dalam Malaysia sendiri. Kilang Proton pada masa itu terpaksa  diperlahankan pengeluaran sehingga terpaksa beroperasi tidak lebih 6 jam  sehari akibat rendahnya permintaan terhdap Proton.
Pada masa  itu, Mahafiraun telah panik. Maka, demi menyelamatkan Proton, UMNO dan  Mahafiraun telah menaikkan cukai eksais ke atas semua kereta impot  sebanyak 200-300%. Akibat dari ini, nilai purata kereta di Malaysia naik  melambung. Perkara ini dilakukan oleh Mahafiraun kerana apabila harga  kereta lain TERLAMPAU TINGGI, maka hanya Proton sahaja yang dijual  dengan harga yang paling murah dalam pasaran Malaysia.
Akibatnya,  harga Proton Saga sendiri naik dua kali ganda dari harga pasarannya  yang sebenar. Rakyat Malaysia terpaksa membayar harga Proton Wira di  tahap harga BMW. Hakikatnya, kalau Mahafiraun tidak menaikkan cukai  import, dengan Rm60k rakyat Malaysia mampu membeli sebuah BMW.
Tapi  sebab Mahafiraun berdegil jugak dengan idea gila beliau, maka  terpaksalah rakyat Malaysia membeli kereta Proton yang tidak berkualiti  dengan harga sebuah BMW. Inilah penipuan Mahafiraun yang paling besar  kepada rakyat Malaysia.
MAHAFIRAUN TELAH DIBERI AMARAN BAHAWA  IDEA PROTON INI TIDAK PRAKTIKAL
Semenjak 1982 lagi Mahafiraun  telah diberi amaran akan betapa tidak praktikal (kalau bahasa kasar:  dunggu) idea untuk mengadakan kereta nasional dalam keadaan Malaysai  mempunyai rakyat yang tidak sampai  14 juta orang. Untuk sebuah kereta  nasional berjaya, rakyat negara tersebut mestilah berjumlah  sekurang-kurangnya 70 juta orang.
Tapi, disebabkan Mahafiraun ni  bodoh sombong, dia menolak nasihat dari mereka-mereka yang berpengalaman  itu. Mahafiraun lantas melancarkan kempen dunggu beliau yang lain yang  mahukan rakyat Malaysia ditambah ke 70 juta orang pada tahun 2000.
Maka,  akhirnya Proton menempuh kegagalan.  Kerugian yang ditampun Proton  amatlah banyak. Yang dapat diketahui adalah dalam julat RM11-12 billion.  Jumlah sebenar kita semua tak tahu. Saya agak, jumlah kerugian Proton  sekitar RM20-25 billion. Namun, dengan OSA, banyak kerugian Proton  berjaya ditutup oleh Mahafiraun.
Sepatutnya, dengan RM12 billion,  Malaysia sudah mampu membina sistem keretapi bawah tanah yang efektif  dan mencakupi semua orang.  Namun, Mahafiraun lebih suka mengikut  kebodohan dan kesombongan beliau dari berfikir untuk kebaikan rakyat  Malaysia.
Malaysia negara kecil. Yang terbaik untuk Malaysia adalah  sistem pengangkutan awam yang menyeluruh dan efisyen. Bukan projek  Kereta Nasional.
Sebab itulah Mahafiraun telah melancarkan  kempen “Malaysia Boleh”. Dia mahu rakyat Malaysia melihat sikap bodoh  sombong beliau itu dari sudut positif, yakni benda yang tak praktikal  pun kita boleh buat. Padahal  semua tu hanya bodoh sombong Mahafiraun  semata-mata.
Sekarang ni, Najib/Idris Jala komplen pasal subsidi  minyak banyak sangat kena bayar. Soal saya pada UMNO, kenapa tak bina  sistem pengangkutan awam yang efisyen di setiap pusat bandar semenjak  1980an lagi?
KAlau sistem pengangkutan awam kita efisyen, saya  jamin tak ramai yang mahu memandu ke pejabat. Mereka lebih suka naik  keretapi bawah tanah ke pejabat.
Sekarang ni, sudah lah UMNO  bazirkan wang rakyat berbillion2 untuk menjayakan projek dunggu  Mahafiraun, rakayt Malaysia terpaksa pula membayar harga minyak yang  tinggi kerana dasar UMNO yang lebih suka mengikut kebodohan Mahafiraun  dan UMNO dari menjalankan projek yang menguntungkan rakyat.
Rakyat  Malaysia terpaksa membazir wang membayar harga kereta dua kali ganda  dari harga yang sepatutnya. Tak cukup dengan itu, rakyat Malaysia  terpaksa membayar harga minyak yang tinggi padahal rakyat Malaysia tidak  ada sistem pengangkutan awam yang boleh dipercayai.
Dari dulu  sampai sekarang, rakyat Malaysia ditipu hidup2 oleh UMNO dan Barisan  Najis. Kalau rakyat Malaysia terus menyokong UMNO, alamat anak-cucu kita  kelak terpaksa melacur untuk mencari sesuap nasik.
Tulang Besi