Bekas timbalan Ketua Pemuda MIC, V  Mugilan berkata perhimpunan Gerakan Anti Samy (GAS) di Pusat Konvensyen  Mines di Serdang hari ini adalah berjaya walaupun mendakwa ada "taktik  samseng" digunakan untuk menggagalkannya.
Hanya 3,500 hadir menyertai perhimpunan itu  walaupun Mugilan menjangka 15,000 akan hadir.
Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan  oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri  perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.
“RM5 juta telah dibelanjakan untuk  menghalang orang ramai daripada datang menghadiri perhimpunan tersebut,"  dakwa Mugilan.
Beliau  mendakwa bas-bas dari Pulau Pinang dan Pahang telah dihalang dan  RM5,000 dibayar bagi setiap bas supaya tidak menyertai penghimpunan hari  ini.
Namun begitu,  Mugilan berkata GAS telah berjaya menyampaikan mesejnya kepada rakyat  dengan terang dan jelas.
“Selama  seminggu, kami dilaporkan media dan di Internet. Semua rakyat telah  melihat dan mendengar mengenainya. Program ini telah berjaya memberi  tekanan kepada (presiden MIC) Datuk Seri S Samy Vellu untuk meletak  jawatan," katanya sambil menambah BBC turut menyiarkan program tersebut.
Program tersebut, tegasnya, telah berjaya  untuk mendesak Samy meletak jawatan. 
Mugilan  mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu  dan telah beralih kepada pembangkang.
Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke  seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak  jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.
"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau  rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”
Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan  berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara  mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.
Mugilan juga berkata, beliau berharap  kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu  sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.
Malaysiakini


