IPOH 21 MEI: Himpunan  aman bagi membantah lesen judi bolasepak Piala Dunia yang dikeluarkan  oleh kerajaan kepada Berjaya Group berjaya menghimpunkan hampir 1,000  muslimin yang prihatin di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II  (Masjid Negeri) selepas solat Jumaat tengahari tadi.Himpunan anjuran Dewan Pemuda Pas Perak ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada parti Pakatan Rakyat dan juga beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beberapa pimpinan telah memberikan ucapan. Mereka adalah Timbalan Pengerusi PKR Perak, YB Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Ust Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, YB Abdul Yunus Jamhari, dan Pengerusi ABIM Malaysia, Haji Shuhaimi Latip.
Turut kelihatan hadir ialah Ustaz Nor Azli Musa dan juga YB Chang Lih Kang.
Tiada seorang pun wakil daripada Pemuda Umno Perak yang kelihatan walaupun telah dijemput oleh pihak penganjur.
Suasana sedikit tegang apabila pihak polis cuba untuk memberhentikan ucapan pimpinan. Orang ramai menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan perbuatan polis yang mengganggu himpunan aman hari ini.
Walaupun rasa terganggu, ucapan tetap diteruskan dan laungan bersemangat yang bergema diperkarangan masjid tersebut cukup menggambarkan betapa rakyat di Ipoh membantah dan juga menentang pemberian lesen judi bolasepak oleh kerajaan yang seakan-akan mempermain-mainkan hukum Allah dengan persepsi bahawa judi itu halal jika ianya berlesen.
Himpunan bantahan hari ini menjadi lebih bermakna lagi apabila YB Dr Lee Boon Chye yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka ucapannya dengan menyatakan bahawa ketegasan masyarakat Cina dalam menolak judi. Malah, bukan sahaja kaum Cina daripada PKR, DAP tetapi juga MCA dan Gerakan.
Kerajaan BN pimpinan Najib perlu mendengar laungan keramat rakyat yang membantah lesen judi bolasepak tengahari ini demi memartabatkan status Negara Islam diperdendangkan keserata dunia.
Pelajarilah daripada ayat dibawah ini:-
Wahai orang-orang  yang beriman, sesungguhnya  (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)  berhala, mengundi nasib  dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk  perbuatan syaithan. Maka  jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu  mendapat keberuntungan.
Al-Mai'dah (5) : 90
Sesungguhnya syaithan itu   bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu   lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari   mengingati Allah dan shalat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan   pekerjaan itu).
Al-Mai'dah (5) : 91
Replika mesin judi yang mula dikerumuni orang  ramai.Benci mereka terhadap judi bertumpu kepada replika tersebut
Sebagai tanda bantahan kepada judi, replika  tersebut dimusnahkanoleh orang ramai yang bertindak bagaikan pemain bolasepak.
Orang ramai hanya memerhatikan gelagat pasukan  polisyang berkawal disekitar perkarangan masjid. Apakah
jemaah-jemaah ini memberikan apa-apa ancaman kepada
keselamatan awam?
Membantah  perkara yang salah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam tetapi  dilayan sebegini rupa oleh pihak yang berkuasa. Bagaimanalah masa depan umat Islam dinegara ini sekiranya Umno dan BN dibiarkan memerintah lagi.























