Rabu, 27 April 2011

Dakwaan Video Seks Anwar Part Two. Lain macam aje?


Macam dok kata dah, bukan satu konspirasi nak busukkan Anwar ka lagu ni. Ni ha, satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube. Menampakkan pada ramai bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.

Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.

Bila kita kata polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet, ada orang marah marah. Tapi, video nih kabarnya ada satu copy saja, dah tu ditangan Polis pulak lagi. Macamana boleh terlepas ke laman Youtube?

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka. Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan. Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.

Gadingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara”. Maka, akan selamatkah negara kita sekiranya negara kita dipenuhi oleh politikus sebusuk ini?

Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman. Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.

Isnin, 25 April 2011

Saiful bohong, tidak berada dalam kondo cuma keluar masuk lif- peguam

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku.

Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar Ibrahim di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari.

“Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara,” kata Sankara.

Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku.

Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung.
Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan.

Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku.

“Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup,” kata Sankara.

-keadilandaily-

Kepala Zakar Masuk Ke Lubang Jubor Saiful?

Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

NONE"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."

Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).

Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.

Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.

Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.

Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti

Video Lucah : Anwar tak perlu sumpah mubahalah - Harussani


TMI | KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.


“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan “Datuk T” terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

“Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

“Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?” soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

“Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

“Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu,” kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

“Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan,” kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat,” tambah beliau.

Naib Canselor UUM elok resign, masuk UMNO bertanding pilihanraya


ALOR SETAR, 25 April - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Profesor Dato’ Dr Mohamed Mustafa Ishak disaran supaya meletak jawatan, menyertai UMNO dan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Saranan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Lada YB Ahmad Izzat Shauki, memandang professor berkenaan sengaja menjadikan cukai tanah sebagai isu bagi memburuk-burukkan Kerajaan Negeri dan prilaku begitu bukanlah datangnya dari seorang ahli akademik yang memegang amanah di menara gading.

Menurutnya, terdahulu professor berkenaan telah memanipulasi isu cukai tanah yang menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri menaikkan cukai tanah UUM sehingga mencecah sepuluh peratus.

Kondisi sebenar ialah pihak UUM perlu membayar cukai tanah ikut harga asal apabila tamat tempoh rebat yang diperolehi sehingga UUM perlu membayar cuma RM100,000 dari tahun 2006 hingga 2008.

“Oleh kerana beliau bertindak sebagai pentadbir tertinggi UUM dan berpegang kepada niat tidak mahu membayar cukai dengan harga asal maka beliau telah memutar belitkan fakta sebenar dengan menuduh Kerajaan Negeri sengaja menaikkan cukai tanah berkenaan,” katanya.

Ujarnya lagi, tanah yang menjadi tapak kampus universiti itu paling murah iaitu hanya 20 sen bagi satu meter persegi.

Cukai tanah sebanyak RM1.74 juta setahun adalah hak mutlak rakyat merupakan sumber tetap Kerajaan Negeri dan kerajaan hari ini menjaga hak rakyat bukan menurunkan sewenang-wenangnya dan harga ini adalah berpatutan megikut kiraan waktu universiti itu dibina 27 tahun lalu dan kekal sehingga hari ini, katanya.

Mengulas dakwaan professor berkenaan yang tersiar dalam akhbar tempatan beliau berkata, sekiranya Kerajaan Negeri menyambung lagi rebat berkenaan bermakna Kerajaan Negeri telah mengambil hak rakyat.

“Setahu saya UUM mendapat peruntukan yang bukan sedikit dari Kerajaan Pusat, adalah mustahil tidak dimasukkan cukai tanah dalam bajet berkenaan,” katanya.
Related Posts with Thumbnails