Ahad, 27 Jun 2010

Mahasiswa al Azhar Bersedia Hadapi 100 Ulama Yang Menyokong Kezaliman

Sepertimana yang telah diberitakan, seramai 100 orang yang dikatakan sebagai ulama akan menyertai UMNO. Baru diberitakan sebentar tadi, seramai 40 orang telah pun menyertainya. Dan isu yang ingin saya bangkitkan di sini bukanlah “kepartian”, tetapi isu Agama Islam dan kezaliman.

Sepertimana yang telah kita ketahui sebelum ini, beberapa unsur percanggahan dengan Agama Islam telah jelas dan terang dilakukan oleh parti tersebut. Bahkan unsur kezaliman juga telah banyak berlaku dan jelas di hadapan mata kita.

Antara bentuk percanggahan dengan Islam ialah perjuangan sekularisme, liberalisme, nasionalisme dan sebagainya. Manakala unsur yang berbentuk kezaliman ialah menolak pelaksanaan hudud, judi, arak, mempermainkan hukum Allah, kehilangan duit negara berbillion-billion ringgit dan sebagainya. Tidak perlu diulas panjang di sini.

Bertambah pelik apabila 40 orang yang dikatakan sebagai ulama telah menyertai parti ini. Bahkan dijangka lagi 60 orang yang dikatakan sebagai ulama akan menyertainya juga.

Maka, sebagai makluman untuk 40 orang yang telah menyertai ini, kami di Mesir, khususnya pengajian Islam di al Azhar sudah bersedia untuk berhadapan dengan ulama-ulama yang menyokong kezaliman ini.

Dan nasihat daripada saya, anda akan menanggung dosa-dosa kezaliman tersebut, dan anda “berpotensi” untuk bergelar ulama bisu. Kalau betul anda menyertainya untuk menyebarkan dakwah Islam, bermakna anda sudah tersilap pilih jalan untuk menyebarkannya.

Saya ingin bertanya, “kenapa baru sekarang terhegeh-hegeh nak mendaftar untuk menjadi ahli?” Kenapa anda tidak perjuangkannya sejak di tempat pengajian anda lagi? Adakah anda menyangka perjuangan untuk menegakkan kezaliman dan percanggahan dengan Islam ini sebagai perjuangan yang suci?

Adakah anda mengamalkan pegangan “taqiyyah” yang diamalkan oleh syi’ah? Adakah anda berani berhadapan dengan azab Allah kepada mereka yang menyokong kezaliman? Adakah anda ingin merealisasikan konsep “terjun dalam lubang najis, untuk bersihkan najis?”. Akhirnya anda akan lemas dengan najis tersebut.

Adakah anda tidak tahu, selama ini perjuangan parti tersebut sudah bercanggah dengan Islam? Adakah anda tidak tahu, sebelum ini parti tersebut pernah menghina sunnah Nabi yang anda perjuangkan? Adakah anda tidak tahu, parti tersebut menolak pelaksanaan hukum Allah?

Atau anda sengaja buat-buat tidak tahu, atau ada udang di sebalik batu? Saya selaku Mahasiswa Universiti al Azhar menantikan ulasan dan hujah anda untuk membolehkan perkara yang haram, dan mengeluarkan dalil untuk bercanggah dengan Islam.

Sekadar inilah nasihat yang mampu saya berikan untuk golongan ini. Ingat, anda perlu kenal musuh sebenar, dan membezakan di antara usul dan furu'. Anda juga perlu tahu kebenaran yang sebenar, dan kebenaran yang palsu.

Kalau anda berselisih pandangan, jangan sampai memilih perkara yang batil. Sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini, bezakan antara hitam dan putih dahulu sebelum anda bezakan antara biru dan hijau.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
ibnuirfadzil.blogspot.com

Mari kenali salah seorang kumpulan 'ulamak' muda Umno



Oleh: Pria Malaya

Pada bulan 2 Mac 2010, Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya bersama pengikutnya telah ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Hah Ehwal Agama Islam N.Sembilan dgn kerjasama pihak polis atas tuduhan mengajar di negeri terbabit tanpa tauliah..Dan pada 25 Jun baru2 ini, beliau bersama 40 rakannya yg lain dilaporkan telah bertindak menyertai Umno...

Persoalan kini, apakah ulama muda UMNO ini akan diberikan tauliah dan bebas mengajar di mana2 surau dan masjid di sekitar N.Sembilan dan dinegeri2 lain setelah menyertai Umno? Apakah beliau sememangnya mempunyai agenda dan tujuan tertentu menyertai Umno? Apakah tujuan itu semata2 utk memudahkan 'pergerakan' dan misi 'dakwahnya' selepas ini?..sama2 kita tunggu dan saksikan...wallahua'lam..


Berita terdahulu..

Pendakwah perlu ada tauliah - JHEAINS

SEREMBAN 2 Mac - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak pernah menghalang mana-mana pendakwah untuk berdakwah di negeri ini dengan syarat mendapat tauliah.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, pendakwah yang hendak mengajar atau berceramah di negeri ini perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dan tauliah daripada jabatan itu.

"Tidak wujud soal menghalang pendakwah untuk berdakwah di negeri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, JHEAINS tidak pernah berkompromi dalam soal itu, malahan bertegas terhadap perkara berkaitan tauliah demi kepentingan umat keseluruhannya.

"Ikutlah spesifikasi dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan oleh JHEAINS sebelum berceramah, mengajar atau menganjurkan program sedemikian," jelasnya.

Mengenai penahanan anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya, 30, sewaktu berceramah di Maahad Ittiba Sunnah, Kuala Pilah pada 28 Februari lalu, Johani berkata, surat pemakluman telah pun diberikan kepada pihak penganjur.

"Kita ada bukti mengenainya. Sebelum ini pihak penganjur telah diberitahu yang majlis berkenaan tidak boleh diteruskan kerana penceramah perlu mendapat tauliah.

"Sebab itulah anggota penguat kuasa JHEAINS membuat intipan dan akhirnya menahan Fathul Bari serta pengikutnya pada hari tersebut,'' jelas beliau.

Mengenai dakwaan Fathul Bari yang dia langsung tidak dihubungi pihak JHEAINS mengenai tauliah, Johani menjelaskan, surat telah dihantar kepada penganjur untuk menjelaskannya kepada Fathul Bari.

Dalam pada itu Fathul Bari yang menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini turut menafikan kenyataan Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Ahmad Husaini Mustafa kononnya dia berdegil mengadakan ceramah walaupun telah dimaklumkan tentang keperluan tauliah tersebut.

''Sekiranya Ahmad Husaini maksudkan JHEAINS telah menghubungi saya, maka ia adalah tidak tepat. Tetapi jika pihaknya telah menghubungi Maahad Ittiba Sunnah, saya tiada pengetahuan mengenainya," kata beliau.

Fathul Bari juga melahirkan rasa hairan mengapa pihak penguat kuasa JHEAINS yang dikatakan berada dalam majlis yang sama dan mendengar ceramah tidak memperkenalkan diri serta memaklumkan lebih awal mengenai perkara itu.

''Apabila beberapa pegawai penguat kuasa JHEAINS dan polis tiba barulah tindakan diambil," katanya.

Shahrizat: Masalah remaja mengandung ‘cukup membimbangkan’

MUAR, 26 Jun – Institusi keluarga digesa memainkan peranan penting membantu kerajaan bagi membendung masalah remaja bawah umur mengandung yang kian meningkat kebelakangan ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk menangani gejala itu, sebaliknya perlu bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut.

“Masalah ini cukup membimbangkan dan ia boleh memberi kesan yang menyeluruh kepada institusi keluarga jika tidak ditangani” katanya kapada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Muar di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong bahawa sebanyak 111 kes remaja mengandung dilaporkan sehingga April tahun ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno menyeru ibu bapa supaya bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi mengatasi gejala sosial tersebut.

Katanya, statistik menunjukkan sebanyak 131 kes remaja mengandung berlaku tahun lepas berbanding 107 kes pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata kerajaan memandang berat masalah itu namun Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mampu memeriksa setiap isi rumah di negara ini kerana tenaga kerja agensi itu terhad.

~Bernama

Zaid: Saman Felda taktik BN mahu takutkan PKR

SHAH ALAM, 26 Jun – Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan pengurusan Felda mahu menyaman akhbar Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dirinya hanya sebagai taktik politik untuk menakutkan mereka.

“Ini adalah taktik politik untuk menakut-nakutkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan mengenai Felda.

“Bagi saya tidak kisah kena saman kerana yang penting rakyat tahu apa yang berlaku dalam Felda.

“Malah saya kekal dengan kenyataan yang dikeluarkan media sebelum ini mengenai Felda,” katanya ketika ditemui di sesi permukiman PKR di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pengurusan Felda yang mahu menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah lembaga tersebut sudah muflis.

Selain Anwar dan Zaid, Felda juga akan menyaman Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR Datuk Dr Tan Kee Kuang, Pengerusi Biro Felda Suhaimi Said dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Wahid Endut dari PAS.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

“Kita akan saman Suara Keadilan dan pemimpin yang mengatakan bahawa Felda bankrup. Felda ada aset RM12.2 bilion difitnah bankrap.

“Kita akan saman mereka, mungkin ratusan juta. Kita masih dalam perbincangan untuk menentukan berapa jumlah untuk menyaman mereka.

“Tindakan mereka memfitnah Felda memberikan kesan kepada warga Felda termasuk kakitangan dan peneroka. Kenyataan fitnah yang dikeluarkan itu adalah tidak tepat dan berniat jahat,” katanya semalam.

Turut akan disaman pemilik permit, penulis dan Ketua Pengarang Suara Keadilan.
Zaid berkata tindakan lembaga tersebut ingin menyaman dalam jumlah yang besar adalah sebagai satu penyakit.

“Ini adalah satu penyakit yang berlaku sekarang yang mana jika berkaitan saman ia pasti akan melibatkan jumlah yang besar.

“Tidak kisah jika mereka (Felda) mahu saman dengan banyak tapi kena lihat surat dulu. Biasanya orang yang kena saman akan banyak mengikut jumlah kerugian yang ditetapkan mahkamah,” katanya.

Peneroka felda kini dah jadi 'flowerhornes'

~Ustaz Saiful Bahri

Bebudak bila tengok ikan flowerhornes dalam akuarium tentu seronok. Jadi bahan lawak. Tubuh kecik tetapi tu dia punya kepala. Bonjol dan besar. Tersengih bangga. Berenang dalam akurium bukan main ‘eks’ lagi. Tetapi yang baham duit adalah tokey akuarium. Ditaburnya bijik2 kecik sebagai makanan yang dibuat dari hampas sahaje. Berbangga sakan diumumkan sebagai ikan perhiasan terpilih, yang bolot hadiah tokey jugak.

Teringat kepada nasib si peneroka. Saling tak tumpah macam ikan flowerhornes nilah. Merekalah membanting tulang membangunkan tanah felda. Bukan percuma semua mereka bayar. Semua pengurusan, baja, anak pokok, jalan dalam ladang bahkan kakitangan felda serta pengurusan mendapat habuan hasil titik peluh peneroka. Sehingga ke hari pelbagai perancangan yang disusun sehingga peneroka terus menjadi mangsa kepada Felda.

Tetapi kini kantung kekayaan Felda akan kering dan susut. Isu berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu. Ini menunjukkan jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun. Sedangkan isu yang melibatkan Felda dan peneroka tidak berselesaian.

Kini pelbagai pendedahan demi pendedahan akan terbongkar. Dengan gerak-kerja ANAK yang dipimpin oleh Mazlan Aliman serta semua pimpinan disemua peringkat di kalangan PR, nampaknya Felda macam cacing kepanasan. Tindakan yang terbaru adalah usaha untuk menyaman Suara Keadilan dan beberapa pimpinan diatas isu Felda bangkrap. Pihak pimpinan mengalu-alukan saman diambil untuk mereka mendedahkan lagi penyelewengan dami penyelewengan yang berlaku dalam Felda dan tindakan yang tidak sewajarnya terhadap para peneroka di Malaysia.

Beranikah mereka. Secara langsung ia kan membuka mata peneroka maupun generasi anak peneroka yang akan menjejaskan sokongan terhadap UMNO-BN yang amat bergantung harap kepada kawasan Felda, Felcra sebagai penyumbang undi kepada pihak pemerintah.

Sebab itulah mereka tidak lagi member geran dan hak milik kepada peneroka. Tidak sebagaimana pemerintahan dizaman PAS dimana para peneroka diusahakan mendapat geran dan hak milik yang menyebabkan mereka bebas sepertimana di gugusan Felda di Air Putih, Jerangau dan Felda Ketengah Jaya . Tidak sebagaimana beberapa gugusan lain yang mereka masih lagi terikat dengan Felda maka berjalanlah politik ugut mengugut, memaksa serta memperalatkan para peneroka demi kekuasaan UMNO-BN.

Hari ini UMNO-BN macam tokey akuarium yang membolot harga, memperagakan ikan yang hanya diberi umpan yang sedikit tetapi mereka menghakis laba yang banyak. Tetapi para peneroka yang ditipu terasa bangga, sombong dan bermegah dengan UMNO-BN seolah-olah kawasan Felda macam undi pos buat UMNO-BN. Setiap kali datang pilihanraya, meningkat mendadaklah harga sawit. Sekali lagi UMNO-BN mendapat sokongan.

Hari ini akan terdedah dengan pelbagai isu yang melibatkan Felda. Ke mana menghilang Dr Yusof Noor yang setiap kali pilihanraya maka ia seolah-olah macam santa Claus mengusung guni kebendaan untuk memancing para peneroka. Dilakukan secara terang-terangan dan terbuka tanpa rasa malu dan segan. Diharapkan kini para peneroka sedar tentang pengkhianatan UMNO-BN terhadap Felda dan para peneroka maupun generasi kedua agar mereka lebih bermaklumat dan tidak lagi diperalat oleh pihak pemerintah dalam PRU-13 nanti
Related Posts with Thumbnails