Isnin, 11 Januari 2010

BUDAK KAMPUNG ONLINE: Prasangka Sental: Dah Padam Ka Api


Terus Sental kepala otak musa hasan. Awat lambat sangat memadam api permusuhan kaum yang di bentuk sejak 52 tahun demi memenuhi agenda politik yang rakus.. Bomba sibuk, tengah dok padam api kat gereja...kah..kah. Bila anak kecil leka bermain api, nanti terbakar diri hangus macam zambri kadiaq... kah..kah..kah. Takkan dok tengah mencari kambing hitam yang berkeliaran. he..he..

Hangpa boleh selesaikan kes bom tangan di penang 2 hari. Rompakan kedai emas di terengganu 1 hari. Potong kepala 24 jam. Pantas hangpa buat kerja. Bila kekalutan sebegini melanda, banyak pula alasan. Kurang kakitangan untuk memantau. Awat teruk sangat. Adakah depa semua ditugaskan mencari Raja Petra, memantau ceramah-ceramah agama, atau tengah bergelek di clubbing.

Ini bukan orang biasa yang membuat Molotov Cocktails, sekurang-kurangnya orang ini ada pengetahuan bagi mengadun campuran bahan letupan klasik itu. Orang ini juga mesti ada pengalaman bagaimana nak goncang, cucuh dan baling ke arah yang tepat. Bukannya goncang hork duduk alik bawah... kah..kah....nyamann... Rujuk sini>>>

Dahulu pacuan 4 roda SPRM yang dok parking pernah dibaling dengan bom klasik Molotov Cocktails. Puncanya kerana kes kematian Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang mendapat publisiti buruk ketika itu. Bagi mengucarkan keadaaan, bom ini singgah sampai enam buah botol molotov cocktail... kababoomm... Pandai hangpa mengalihkan isu dan menakutkan seluruh rakyat selangor... Rujuk sini>>>

Adakah rentetan peristiwa hari ini melibatkan kumpulan samseng yang sama mengambil kesempatan diatas isu kalimah allah?. Kalau samseng nampak profesional sikit. Sebab apa yang dibuat bukannya semberono. Mesti ada perancangan yang khusus. Jika melibatkan kumpulan samseng, siapa pulak yang mempunyai kabel yang kuat kepada samseng-samseng ini?. Apa... Ah Hon? Arghhh!!! BK Tan kot...? Siapa pula yang ada no hand phone orang tertinggi menghantar SMS berbaur hasutan. Arghh!!! bukan lah.. Wajib Klik>>>

Benar kejadian ini telah menggugat kestabilan politik 1 Malaysia. Jika najib bersungguh mahukan kestabilan serta keharmonian, beliau haruslah memandang berat isu ini. Perlu bertindak segera. Bukan buat pengumuman bagi setengah juta pada gereja lepastu kembang hidung. Panggil menteri-menteri berkenaan, kuda-kuda tunggangan yang berkaitan bawalah bersemuka dengan bishop katolik ini untuk menyelesaikan secara aman. Barulah jantan. Jika najib hanya menyandarkan kepada mahkamah seperti kenyataan dibawah, usah terkejut jika selepas ini masjid pula menjadi sasaran. Jangan jadi ayam betina mengeram teloq...

"Kita perlu mengambil sikap bahawa perkara ini perlu diselesaikan melalui mahkamah secara baik.. kita sepatutnya tidak menaikkan tahap ketegangan di negara ini. Tapi walau apapun, pihak berkuasa sentiasa bersedia dan saya berharap jika ada orang yang mahu menunjuk perasaan, ia tidak akan merebak sehingga menjadi sesuatu yang amat serius..." -Najib Razak

BUDAK KAMPUNG ONLINE: Prasangka Sental: Dah Padam Ka Api

Jumaat, 8 Januari 2010

Kerajaan Umnobn Niaga Tak Untung

Eye On Malaysia di Melaka disita

MELAKA: Roda gergasi atau lebih dikenali Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka yang menjadi antara tarikan utama pelancongan sejak lebih setahun lalu, disita jam 9.30 pagi tadi, sekali gus terpaksa memberhentikan operasinya.

Tindakan menyita kawasan berkenaan dilakukan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu, membenarkan permohonan pemilik asal roda gergasi berkenaan dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambilnya balik dari Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik roda itu di sini.

Arahan bagi memaklumkan mengenai tindakan menyita tempat itu disampaikan oleh seorang peguam yang mewakili Fitraco NV kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Eom, Mahadzir Yunus di tapak roda gergasi terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.Berikutan itu, syarikat terbabit melantik RSM RKT Group untuk mewakili mereka bagi menjaga seluruh kepentingan di kawasan tapak roda berkenaan.

Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Pinjaman selama dua tahun itu sepatutnya diselesaikan pembayarannya pada Mei tahun lalu.Arahan menyita dan mengambil alih roda berkenaan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu. MST Ad Suria adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006, sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007. Difahamkan sebanyak RM30 juta dibelanjakan bagi membawa roda berkenaan. Roda ini kemudian beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.

Sebaik saja ia tamat beroperasi di situ, kerajaan Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan menerusi Eom, sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama MST Ad Suria. Kerajaan negeri diwakili Kumpulan Melaka Berhad (KMB).Roda itu kemudian dibawa ke Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Sejak dibuka pada Oktober 2008, Eye On Malaysia dikatakan sudah berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM5 juta. -Berita harian-

UMNO Terdesak Sehingga Sanggup Politikkan Kalimah Allah

Oleh : Datuk Zaid Ibrahim.

Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi UMNO terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini. UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama. Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama. Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.

Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas. Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.

Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza. Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah. Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?

Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”. Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah? Bila orang bukan Islam diminta menyayi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka. Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.

Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin. Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.

Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain. Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain. Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Kita telah ada cukup undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain. Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untuk kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah. Siapa yang perlu disalahkan?

Sumber: myzaidibrahim.

Umno tersepit antara Allah dan Tugu Negara

Oleh Herman Samsudeen

Kepelbagaian agama di Malaysia adalah satu keunikan, tetapi sebagai umat Islam kita harus tahu membezakan yang mana amalan Islam dan yang mana bukan Islam. Sesungguhnya menyembah Patung Salib, Buddha, Hinddu dan apa jua patung boleh membawa kepada kekufuran jika dilakukan oleh umat Islam.Saya teruja bila Umno secara tiba-tiba tampil cuba menjuarai konflik penggunaan nama Allah. Namun di tengah-tengah kekalutan itu, kita tidak lupa bahawa pemimpin Umno juga selalu melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan tindakan bertafakur di Tugu Negara kerana ia boleh membawa kepada perlakuan mensyirikkan Allah dan bertentangan dengan ayat-ayat Surat Al-Ikhlas yang dijadikan Umno bahan hujjah dalam isu nama Allah ini:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”-Surah Al Ikhlas ayat 1-4.

Sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada apa pun jua yang layak disembah, melainkan Allah. Allah sesekali tidak boleh disamakan seperti atau dibandingkan dengan Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara. Yang jelas Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara bukan tuhan kita.

Maka segala iktikad, niat, percakapan, dan perbuatan kita hendaklah selari dengan apa yang Allah sudah sebutkan dalam Surah Al-Ikhlas.

Ini Amalan Agama Bukan Islam…

Inikah Amalan Islam?


Berikut adalah kertas perbahasan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu Tugu Negara

HARI KENANGAN RAKAN SEPERJUANGAN
DI TUGU NEGARA
________________________________________

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa : Kali Ke-19
Tarikh : 6 – 7 Oktober, 1987
Tempat : Dewan Syura, Tingkat 11,
Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

1. Ulasan/Hujah

1.1. Muzakarah telah mengambil maklum terhadap kertas kerja yang dibentangkan dan juga penjelasan Sahibul Fadhilah Kol. Haji Abdul Hamid bin Zainal Abidin seperti berikut:

(a) Penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (A.T.M) adalah atas model Angkatan Tentera British (A.T.B), boleh dikatakan sebahagian besar mengenai undang-undang, peraturan-peraturan, adat resam dan tradisi yang dipraktikkan oleh ATM tidak banyak berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh ATB. Oleh itu tidak dinafikan terdapat banyak perkara yang terpengaruh dengan ciri-ciri penjajah yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.

(b) Di antara sekian banyak amalan tradisi yang berbau ciri-ciri penjajah tetapi masih kuat dipertahankan ialah Hari Kenangan Rakan Seperjuangan yang diraikan di Tugu Negara dengan aturcaranya yang tersendiri. Sebenarnya kenangan ini hanya disambut setahun sekali sempena menyambut Hari Ulang Tahun ATM. Upacara ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam yang masih diamalkan dalam ATM sekarang ini. Untuk menghapuskan segala perkara ini memerlukan kesabaran dan memakan masa yang agak panjang dan usaha ini perlu dibuat supaya ATM akan bersih daripada sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran-kemungkaran itu akan melemahkan kedudukan ATM dan negara ini sendiri.

(c) Upacara sepertimana yang dijelaskan di dalam kertas kerja ini merupakan satu upacara yang mengandungi ciri-ciri yang nyata bercanggah dengan akidah Islam dan masih kuat dipertahankan oleh pihak ATM terutama oleh pegawai-pegawai peringkat atasan dengan alasan ianya adalah satu tradisi yang perlu dipertahankan.

(d) Di akhir-akhir ini telah timbul suasana keresahan di kalangan sebilangan anggota tentera yang telah menyedari bahawa upacara ini adalah tidak Islam, menyebabkan mereka merasai serba salah. Berbagai cara telah dilakukan oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menghadiri upacara tersebut.

1.2. Muzakarah telah mengambil ingatan terhadap pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para ahli seperti berikut :

(a) Upacara Hari Kenangan ini adalah mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada syirik.

(b) Oleh kerana upacara ini nyata bertentangan dengan akidah Islam, maka hendaklah dicadangkan kepada Kementerian Pertahanan supaya upacara ini ditiadakan dan diganti dengan upacara tahlil.

(c) Aturacara yang tidak menyalahi dengan syarak yang terdapat dalam upacara ini seperti pembacaan sajak bolehlah diteruskan. Aturcara ini boleh disusun dengan lebih baik dan diperbesarkan lagi, misalnya dengan menjemput penyair-penyair yang terdapat di negara bagi mendeklamasikan sajak-sajak yang boleh menaikkan semangat perjuangan dan seumpamanya.

(d) Selain daripada upacara ini terdapat banyak lagi upacara yang perlu difatwakan, umpamanya tos semasa minum ucap selamat dan lain-lain lagi. Perkara-perkara tersebut bolehlah dibawa kepada Jawatankuasa ini dari semasa ke semasa.

2. Keputusan

Muzakarah telah mengambil keputusan bersetuju iaitu :

(a) Amalan-amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan olah Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

(b) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan Tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Khamis, 7 Januari 2010

Polis Paris siasat Najib


Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.

"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.

Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.

Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.

Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .

Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.

Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

~FMT~
Related Posts with Thumbnails