Khamis, 8 Mac 2012

Penduduk rumah panjang belum dapat RM500

Jofri Jaraiee berkata, maklumat tersebut diperolehi berdasarkan kunjungan PAS ke Rh Duat Sg Kelitang, Peninjau dalam kawasan Lambir di sini.


MIRI: Masih ramai penduduk miskin yang mendiami rumah panjang di daerah ini yang belum mendapat wang dari Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), dakwa PAS Miri.

Ketuanya Jofri Jaraiee berkata, maklumat tersebut diperolehi berdasarkan kunjungan PAS ke Rh Duat Sg Kelitang, Peninjau dalam kawasan Lambir di sini baru-baru ini.

“Penduduk memberitahu rombongan kami wang BR1M sebanyak RM500 belum diberi sepenuhnya kepada penduduk rumah panjang.

“Edmund Silla anak Unchi mendakwa permohonannya ditolak, ” kata beliau.

Menurut Josri, penduduk mengatakan mereka terpaksa berulang-alik ke pekan Bekenu semata-mata untuk memeriksa nama sebelum mengambil wang BR1M,.

Bagaimanapun, apabila sampai ke situ, mereka pula disuruh turun ke bandaraya Miri untuk mengambil wang tersebut.

Apabila sampai ke bandaraya Miri, nama mereka tidak ada dalam senarai jadi terpaksalah mereka pulang semula ke kampung.

Tidak dapat apa-apa
“Mereka kecewa kerana tidak mendapat apa-apa dari BR1M, ” tambah pemimpin PAS itu.
Menurut Josri, sudahlah segala kos perjalanan, makan minum hampir beratus ringgit habis dibelanjakan, wang sebanyak RM500 BR1M yang dijanjikan belum tentu dapat.

Katanya, penduduk mencadangkan agar pihak kerajaan menyalurkan wang tersebut terus ke rumah panjang tanpa perlu melalui wakil rakyat atau orang tengah.

Apa yang penting, tambah Josri Tuai Rumah (ketua kampung) di rumah panjang boleh terus membahagikan wang tersebut ke setiap pintu dalam rumah panjang tersebut.

Setiap rumah panjang mempunyai satu pintu bagi setiap keluarga dan ini dipisahkan daripada satu sama lain oleh dinding sendiri dan mengandungi ruang tamu dan bilik tidur.

Apa yang berlaku sekarang, dakwa Josri lagi, ramai yang mengadu di mana ada sesetengah keluarga dalam satu pintu mendapat lebih BR1M.

Manakala ada pula keluarga dalam rumah panjang yang sama langsung tidak dapat menerima BR1M tersebut.

“Ada beberapa buah pintu dalam rumah panjang Jeli, di Kampung Kelitang pemohonan mereka untuk mendapatkan BR1M ditolak,” tambah beliau.

Bekas isteri Sultan Brunei dakwa ditipu


15 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

LONDON - Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar MailOnline semalam.

Mariam, 55, turut mendakwa pengawal peribadinya itu, Fatimah Kumin Lim telah menggantikan berlian yang dicuri dengan replika tidak berharga.

Menurutnya, Fatimah, 34, mencuri seutas gelang berlian bernilai £3.5 juta (RM16.6 juta) dan dua bentuk cincin berlian bernilai £8.7 juta (RM41.5 juta) pada 2008 dan 2009.

Wanita berkenaan didakwa mencuri barang kemas tersebut bagi membayar hutang judinya.

Peguam Mariam, Max Mallin memberitahu Mahkamah Tinggi Britain bahawa Fatimah mengaku mengambil semua berlian itu ketika ia disimpan di kediaman majikannya yang berharga £1.7 juta (RM8.1 juta) di Kesington.

Mallin berkata, Fatimah membuat pengakuan itu apabila dia disoal siasat polis di Brunei.

Namun, Mallin berkata, Fatimah kini mendakwa pengakuan tersebut diperoleh secara paksaan.

Jelasnya, dia telah diarahkan oleh Mariam supaya menjual berlian-berlian itu bagi membayar hutang judi Mariam.

Fatimah berkata, bekas keluarga diraja itu menggunakan namanya untuk berjudi.

Mahkamah tinggi berkenaan turut diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya meminjamkan sebentuk cincin berlian biru dan sebentuk cincin berlian kuning yang kemudian tidak pernah dipulangkan.

Menurutnya, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin itu dua kali iaitu pada November dan Disember 2009.

Fatimah yang tidak menghadiri perbicaraan tersebut, turut didakwa mengambil seutas gelang tangan berlian daripada majikannya pada 2008 dan menjual barang kemas itu.

Mariam menuntut ganti rugi nilai keseluruhan gelang tangan tersebut dan membuat satu lagi tuntutan mahkamah supaya cincin berlian biru dan kuning itu dipulangkan kepadanya.

Kedua-dua cincin tersebut kini berada dalam tangan seorang peniaga yang dipercayai membeli barang kemas berkenaan di Geneva, Switzerland.

Mariam bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2003.

- Agensi

RM10 juta untuk tabung pendidikan anak syarikat Selangor

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor menyediakan Tabung Pendidikan untuk Anak-anak syarikat dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor, berjumlah RM10 juta.

Tabung berkenaan bertujuan untuk memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan kepada warga kerja anak syarikat kerajaan negeri dan anak mereka yang berkelayakan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor merakyatkan ekonomi dan menjadi sebuah negeri maju, sejahtera dan berkebajikan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dana permulaan tabung ini disumbangkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad/Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini berkuatkuasa pada November tahun lalu dan akan dirasmikan DYMM Sultan Selangor pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata beliau.

Muhyiddin: Projek lebuhraya RM2.2b diberi atas merit sebab peguam dah selamatkan umnobn

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

NONEProjek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

"Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan.
Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Namun Hafarizam ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender.
Katanya, pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira dan mereka menang atas merit.
Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Hambat penagih tegar rasuah mendekati perbendaharaan negeri Selangor


Selangor menjadi negeri idaman BN khususnya UMNO. Setiap malam dan siang negeri Selangor menjadi bahan umpatan dan kritikan BN yang menggunakan TV3 mencaci dan menghina kepimpinan Selangor. Ini memang tidak menjadi kehairanan kerana UMNO dan BN sedar yang Selangor merupakan negeri yang terkaya dinegara ini

Kekayaan negeri Selangor itu lah yang menyebabkan UMNO tidak kering peluh mencari jalan dan berusaha untuk merampas kembali negeri ini. Memang sifat pemimpin UMNO begitu. Dimana ada wang disitu mereka menyerang, seolah-olah kita hidup dizaman lampau; di mana negeri yang kaya, negeri itu akan diperangi mereka untuk mendapatkan harta rampasan jika menang peperangan itu.

Barulah tiga empat tahun ini rakyat Selangor hendak merasakan pentadbiran yang baik dan transperan, rasuah yang minima dan kecurian wang dan harta rakyat yang berbillion oleh pimpinan BN dahulu. Rakyat Selangor baru sahaja hendak merasakan situasi dalam mana Menteri Besarnya tidak membina rumah yang berharga RM25 juta walaupun MB semasa itu hanya dari keluarga yang biasa.

Baru tiga empat tahun inilah rakyat Selangor terhindar dari kecurian harta benda mereka yang berbillion ringgit seperti apa yang berlaku dalam kes PKFZ. Baru sekaranglah rakyat Selangor tahu bagaimana wang Yayasan Selangor kehilangan setengah billion ringgit semasa pentadbiran UMNO dahulu.

Barulah sekarang rakyat dan kerajaan Selangor hendak merasakan sebuah kerajaan yang mempunyai bajet yang ‘surplus’ sebanyak RM1.5 billion. UMNO pernah saya labelkan sebagai sebuah parti ‘vandalism’ yang tegar. Apa yang baik hendak dirosakkannya. Mana yang berduit dan banyak wang disitulah mereka berhempas pulas untuk merampasnya. MAS yang pernah menjadi sebuah syarikat penerbangan yang premium sekarang sudah diletakkan dibawah ketiak Air Asia.

Berbillion billion ringgit kerugian MAS semasa syarikat penerbangan itu diswastakan kepada Tajudin dahulu, dan kerajaan telah mengambilalih syarikat itu dengan harga yang sama semasa pengswastaan syarikat itu kepada Tajuddin dahulu. Semua punah ranah oleh kepimpinan UMNO semasa itu yang kini dianggap sebagai negarawan pula.

Proton diambilalih oleh kroni pemimpin yang sama kerana aset Proton yang berbelas billion nilainya bukan kerana hendak memperbaiki prestasi Proton. Harga belian kepada pegangan Khazanah sebanyak 42 peratus itu hanya dibayar dengan harga RM1.4 billion sahaja.

Peneroka Felda sedang diambang penipuan pimpinan kerana Felda itu kaya raya. Dimana-mana UMNO hanya pandai merosakkan yang baik. Sekarang kerajaan negeri Selangor pula menjadi sasarannya, juga kerana Selangor mempunyai kekayaan yang paling besar dinegara ini.

UMNO ini ibarat semut, dimana gula berada disitulah mereka berkerumun. Itulah sebabnya saya pernah memberikan cadangan supaya kita memilih parti yang pemimpinnya mempunyai air liur yang pekat sedikit. Kalau air liur pemimpin itu telalu cair seperti pemimpin UMNO air liur itu akan senang meleleh jika nampak wang dan harta yang banyak.

BN sedang menggunakan media perdana seperti TV3 untuk melakukan segala kempen kotor mereka. Kalau mereka benar-benar dari pimpinan yang baik masakan rakyat Selangor menolak mereka dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang ini pemimpin-pemimpin yang sama yang mencari kesalahan TS Khalid seperti orang mencari kutu didalam rambut.

Satu sahaja formula untuk memberikan penilaian untuk mengambil keputusan dalam pilihanraya yang akan datang; iaitu kita nilai berapa billion yang dirugikan wang rakyat oleh kerajaan BN dahulu. Bagi mereka yang berfikir ambil hanya satu isu sahaja, iaitu PKFZ yang melibatkan skandal yang sampai ketahap RM12 billion.

Bagi saya rakyat Selangor supaya tidak lagi mendekati pimpinan parti yang telah terbukti memporak perandakan rakyat Selangor dahulu. Tindakan rakyat Selangor memberikan mandat kepada kerajaan sekarang yang dipimpin oleh TS Khalid itu merupakan tindakan yang betul dan berpadanan.

Kesempatan ini saya memohon agar rakyat Selangor tidak lagi melakukan kesilapan dengan mengembalikan mandat kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang ini. Malahan seluruh rakyat dinegeri-negeri lain yang dipimpin oleh BN mengikuti jejak langkah rakyat Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat dalam pilihanraya yang lalu.

Apabila sudah membuat keputusan yang betul rakyat Selangor seharusnya menjaga mandat yang telah diberikan kepada kerajaan pimpinan TS Khalid ini dengan baik dan beramai-ramailah memberikan perlindungan dari diperah oleh pimpinan UMNO yang rakus itu.

Menjaga harta benda kita adalah menjadi kewajipan kita semua dan itu adalah kerja yang sangat dituntut oleh agama dan adat kita. Sesungguhnya rakyat Selangor telah membuatkan pimpinan UMNO meroyan dan tidak tahu hendak mengambilalih kuasa selain dari menggunakan ugutan, membeli undi melalui BRIM, menggunakan samseng dan berbagai-bagai lagi cara yang amat membosankan rakyat ramai.

Obsession UMNO untuk mengambilalih Selangor ibarat penagih dadah yang sedang gian kerana dadah yang selalu diambilnya dahulu sudah tidak dapat diperolehi mereka lagi. Maka UMNO sedang merasuk kesana kemari untuk mendapatkan ‘supply’ yang sudah empat tahun tidak diperolehi mereka.

Kesinambungan mandat terhadap kerajaan PR sekarang ini merupakan kemestian supaya kita tidak lagi didekati oleh kumpulan yang sentiasa terintai-intai untuk memerah keringat rakyat negara dan Selangor khususnya.

Apabila sudah mendapat kebenaran jangan disia-siakan lagi. Apa yang rakyat Selangor perlu lakukan, ialah untuk membulatkan tekad untuk menjaga kepentingan negeri Selangor yang berdaulat ini.Dengan pengekalan mandat kepada kerajaan PR sekarang ini setidak-tidaknya dapat menghambat penagih tegar rasuah ini dari mendekati katung kerajaan negeri Selangor.

Rabu, 7 Mac 2012

Umnobn Punca Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor rugi RM20Juta

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor rugi RM20Juta kerana 12,000 Ekar tanah miliknya dijual murah...Jangan panik buat penyokong PR kerana semuanya berlaku semasa pentadbiran Kerajaan Negeri yang ditadbir UMNO/BN pada tahun 2007.. ...


Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Exco Pertanian negeri Selangor hari ini mendakwa penjualan 12,000 ekar tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Miri dengan harga murah lima tahun lalu telah mengakibatkan kerugian RM20 juta.


YB Yaakob Sapari berkata, ladang tersebut dijual dengan harga murah RM8,082 seekar ketika Umno mentadbir Selangor pada 2007.

"Keputusan itu adalah keputusan yang silap dan saya mengesyaki ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan dengan perkara ini," kata Yaakob yang juga ADUN Kota Anggerik.

***********************************************

KENYATAAN MEDIA

Oleh Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian,
Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.
6 Mac 2012 / 13 Rabiul awwal 1433h

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
RUGI 20 JUTA ANGGARAN PENDAPATAN SETAHUN

PKPS rugi 20 juta anggaran pendapatan setahun ekoran penjualan ladang seluas 12,000 ekar di Miri, Sarawak. Ladang tersebut telah dijual dengan harga yang murah iaitu RM8,082.00 seekar pada tahun 2007.

Keputusan itu adalah keputusan yang silap dan saya mengesyaki ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan dengan perkara ini. Kerajaan Negeri telah sedaya upaya untuk mempertahankan ladang ini dari terus dijual.

Kami telah merujuk kes ini di mahkamah, tetapi keputusan mahkamah telah memihak kepada pembeli kerana dokumen jual-beli telah ditandatangan PKPS oleh Kerajaan Negeri terdahulu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya menyalahkan Barisan Nasional kerana telah menjual ladang tersebut dengan harga yang murah.

Pengurusan PKPS yang baru telah mengambil inisiatif untuk pengurusan ladang seerti berikut :

1)Prestasi Ladang PKPS pada tahun 2011

PKPS mencatatkan peningkatan jualan sawit dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapun pengeluaran buah sawit berkurang pada tahun 2011 kerana PKNS telah mengambil semula tanah mereka yang dipajak PKPS di Tanjung Malim Selangor.


2)Prestasi Keuntungan Operasi PKPS

Tahun 2010 adalah tahun pertama PKPS mula mencatatkan Keuntungan Operasi. Keuntungan PKPS pada tahun terdahulu adalah dari keuntungan jualan tanah.

Setelah mengambilkira lain-lain pendapatan, Perbelanjaan Ibu Pejabat,

Susutnilai dan Rosotnilai, Keuntungan Operasi PKPS adalah seperti berikut :-


PKPS juga telah melaksanakan penjimatan dalam perbelanjaan mengurus di antaranya seperti :

§ Kakitangan berlebihan di ibu pejabat ditempatkan di projek-projek.
§ Kakitangan diberi ”Multi Tasking”
§ Penyelenggaran Wisma PKPS diurus sendiri.
§ Pembelian bahan & bekalan pejabat dikurangkan.
§ Kenderaan berlebihan dilupuskan.
§ Mengamalkan perkongsian penggunaan alat-alat pejabat.
§ Mengawal penggunaan telefon, minyak kenderaan dan lain-lain .
§ Mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan bermasaalah.

Sumbangan PKPS kepada Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor

Sumbangan PKPS kepada Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor pada tahun 2011 adalah sebanyak RM2.29 Juta


4.Baki Pinjaman Kerajaan Negeri dan Bank .

Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Tingkat 14, Bangunan SSAAS,
Shah Alam.

SELCAT Cadang Badan Bebas Siasat Ketirisan RM500j



SHAH ALAM : Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) menyerahkan sepenuhnya kepada Yayasan Selangor bagi melantik badan bebas bagi menyiasat ketirisan aset hampir bernilai RM500 juta.

Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Kim berkata, berdasarkan keterangan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, beliau percaya ia mempunyai alasan yang kukuh dan jika mempunyai kesalahan dalam 50 peratus, wang tersebut masih berjumlah RM250 juta.

Ilham dalam kenyataannya semasa sesi pendengaran SELCAT hari ini berkata, kajian dari tahun 1991 sehingga Mac 2008 mendapati ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta.

Ilham berkata, pihaknya turut bersedia untuk membayar khidmat badan bebas berkenaan bagi menyiasat perkara ini.

“Teng turut mencadangkan agar audit bebas dilantik untuk menjalankan forensik audit. Jadi saya rasa itu lebih sesuai kerana ianya melibatkan perkara yang merangkumi jangka masa yang panjang.

“Kalau ingin melibtakan kerajaan terlalu memakan masa. Tapi ianya akan melibatkan kos yang tinggi. Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak kerajaan negeri sama ada perkara ini seharusnya dilakukan atau tidak kalau diikut dakwaan Encik Ilham tadi.

“Tapi itu memang jumlah yang cukup besar RM500 juta. Bagi saya sebagai Pengurus Besar, beliau sudah mengkaji fail-fail. Sudah tentu beliau mempunyai alasan yang mencukupi,” katanya ketika sidang media sebentar tadi.

Setakat ini aset tetap yang dimiliki oleh Yayasan Selangor bernilai RM500 juta dan aset semasa dalam bentuk wang tunai berjumlah RM51 juta berbanding hanya RM21 juta pada tahun 2007.

Pihak Tv Selangor cuba untuk mendapatkan reaksi Ilham Marzuki berhubung perkara berkenaan dan beliau hanya memaklumkan ‘pihaknya akan menulis surat’.

Isnin, 5 Mac 2012

Skandal Projek Lembu FELCRA – Penyelewengan Lebih Besar Dari Skandal Lembu Fidlot NFC ?

oleh Dr Rosli Yakop
Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.
Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.
Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor – sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.
Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:
“Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.
Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”
Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?
Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.
Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.
Bilangan kandang 17
Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor
Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)
Harga anak lembu RM400 se ekor
Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor
Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor
Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)
Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)
Harga jualan lembu RM3,000 se ekor
Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)
Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000
Bilangan peserta 92,000
Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang
Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan
Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.
Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan
Bilangan peserta 92,000
Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan
Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000
Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor
Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan
Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun
Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor – sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.
Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.
Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.
Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor
Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor
Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor
Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor
Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?
Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.
Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.
Rembau, NS
Jumaat,  Mac 2012
Felcra Bela Lembu
Fboker sila download gambar ini dan share di wall anda,sharing is carring!

Umno cakap tak serupa bikin - ahli baru PAS





(Yunus menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Ustaz Idris)

PADANG TERAP, 5 Mac: Pemimpin Umno cakap tidak serupa bikin, kata bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini Mohd Yunus Harun, 36,  Pedu, Mohd Yunus Harun, 36.

Beliau berkata demikian  sewaktu berucap selepas menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada  Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, di sini.

“Umno ni cakap lain buat lain. Cakap nak bela rakyat, tapi harga barang duk naik hingga menyusahkan rakyat.


“Dia (Umno) kata kalau menang nak bela rakyat, tapi sampai sekarang membiarkan  rakyat  terhimpit  dengan masalah hidup,” katanya.

(Yunus berucap menceritakan pengalamannya dalam Umno)

Ketika ditanya kenapa memilih PAS, beliau memberitahu, PAS telah membuktikan melaksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sebelum ini.

“Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid.

“Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, beliau tidak dapat merasai suasana seperti demikian sewaktu berada  dalam perjuangan Umno.

Sambungnya, beliau telah merancang selama lima bulan bagi menimbangkan untuk menyertai PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, memberitahu, masyarakat di kawasannya kini terbuka untuk menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Sekarang ni masyarakat di Padang Rakyat mudah menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Ada yang cakap dengan saya, BN tidak payahlah nak berbohong menerusi media yang dikuasai oleh mereka kerana dia orang (masyarakat Padang Terap) boleh mengetahui berita menerusi internet,” ujarnya.

Beliau menambah, masyarakat di kawasannya menunjukan perubahan yang positif dengan memberi sokongan yang lebih kepada PAS.

UMNOBN Gagal Lagi – TABUNG HAJI Alami Kerugiaan Jutaan Ringgit Dalam Pelaburan Wang Ahlinya?


KUALA LUMPUR, 3 Mac: Lembaga Tabung Haji (TH) bertanggungjawab menjelaskan kepada penyimpan-penyimpannya mengapa beratus-ratus juta ringgit pelaburannya mengalami kerugian, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
“Penyimpan-penyimpan akaun TH rata-ratanya adalah umat Islam terutama yang mahu mengerjakan haji.
“TH perlu menjelaskan mengapa wang mereka dileburkan dalam perniagaan-perniagaan yang merugikan. Amat malang bagi mereka jika TH terus meleburkan wang mereka dan bukan melabur,” kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyatakan kekesalan apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja.
TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu.
Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta.
Akibat kemelut kewangan itu, tiga pegawai kanan Silver Bird digantung tugas termasuk pengarah urusannya, Datuk Jackson Tan Han Kook.
“TH bertanggungjawab menjelaskan adakah wang penyimpan-penyimpan akaun TH terpelihara?
“Perlu juga dijelaskan mengapa tatacara pelaburan dan pengurusan serta pemantauan TH begitu lemah?” Mahfuz (gambar) mempersoalkan sambil membangkitkan apa yang terjadi dalam Silver Bird itu bukan yang pertama kali.
Sebelum ini, katanya, rakyat mendengar TH rugi beratus-ratus juta dalam pelaburan yang dilaporkan melibatkan percaturan dalam tukaran wang asing sehingga dua pegawainya yang tidak bersalah diheret ke mahkamah dan diaibkan walaupun akhirnya didapati tidak bersalah dan misteri siapa yang sebenar bersalah tidak pernah terungkai.
“Kita juga mendengar pelaburan TH dalam Lityan Holdings Bhd mengalami masalah. Amat malang sungguh nasib penyimpan-penyimpan TH apabila wang mereka dileburkan dengan begitu tidak berhemah,” katanya.
Silver Bird adalah pengeluar roti High 5 yang menghadapi kempen boikot oleh pengguna apabila tersebar gambar-gambar yang didakwa diambil di kilang roti tersebut yang menunjukkan proses pembuatannya yang sangat kotor.
Perjanjian strategik antara TH dan Silver Bird ditandatangani pada 2008.
Ketika tersiar berita mengenai pelaburan TH dalam Silver Bird itu, ramai pihak membantah tindakan itu.

Fbooker sila download gambar ini dan postkan di wall masing masing,sharing is cariing!

OKU Sokong Pembangkang, Umnobn Tarik Balik Bantuan




Lelaki kurang upaya yang mendakwa bantuan kerajaan yang diterimanya diberhentikan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang kerana dituduh menyokong pembangkang berkata pengalaman itu cukup memedihkan dan beliau terasa dihina.

Walaupun tangannya cacat, namun Frusis Lebi tetap berusaha sebagai seorang peladang, namun baru-baru ini beliau menghadapi  kesukaran kerana subsidi pertanian yang lazim diterimanya dihentikan.

disabled victim Frusis Lebi makes police report against mong dagang letterKetika dihubungi, Frusis, 51 berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pertanian Sri Aman  bahawa terdapat "masalah" dalam mengagihkan baja dan racun perosak kepadanya.

"Mereka kata bahawa mereka menerima surat dari Mong yang mengarahkan supaya saya tidak lagi diberikan subsidi kerana saya menyokong pembangkang," katanya.

Menurut Frusis, pegawai berkenaan juga enggan mendedahkan surat itu, mungkin kerana takut, tetapi beliau akhirnya berjaya melihat salinan surat berkenaan pada 1 Mac lalu dari sumber-sumber yang ‘simpati’ terhadapnya.

Surat itu menuduh beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, surat itu juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

"Sepanjang ingatan saya, rumah saya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi, saya hanya menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar," kata lelaki yang tinggal di Entualang Entawa, Sri Aman itu.

Elaun OKU juga dihentikan

Menurut beliau lagi, pada Oktober tahun lalu, kira-kira enam bulan selepas pilihan raya negeri, bantuan kebajikan orang kurang upaya RM300 sebulan yang diterimanya juga dihentikan.

NONE"Seseorang pegawai dari jabatan kebajikan berkata pendapatan saya telah melebihi jumlah yang layak dan saya tidak lagi layak menerimanya.

"Saya hanya dapat kira-kira RM500 sebulan dari hasil pertanian, pendapatan saya tidak stabil... tetapi mereka berkeras, saya tidak terdaya membuat apa-apa," katanya dalam nada kesal.

Frusis berkata ketika itu, tidak terlintas di fikirannya, tindakan itu ada kaitan dengan politik sehingga subsidi pertanian beliau disekat pula.

Menurut laman web jabatan kebajikan, sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan, pekerja kurang upaya layak menerima bantuan elaun jika pendapatannya kurang daripada RM1,200 sebulan.

Walau bagaimanapun, Frusis berkata bantuan kerajaan kepada anaknya yang berusia 35 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan tidak terjejas. Seorang lagi anaknya yang berumur 21 tahun bekerja di Johor.

Golongan miskin ditindas


Berikutan itu, Frusis meminta nasihat dan Jumaat lalu, dengan bantuan ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald, beliau  membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

NONE"Kita tidak tahu sama ada Mong (kanan) yang menulis atau menandatangani surat itu tetapi kita mahu polis menyiasat untuk mencari kebenaran," kata Leon ketika dihubungi.

Menurutnya, surat yang sama juga diedarkan kepada pegawai daerah mengarahkan mereka supaya semua bantuan kepada Frusis dihentikan.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh menindas golongan miskin? Beliau menyokong parti pembangkang kerana kerajaan mencerobohi tanahnya tetapi mereka benar-benar jahil tentang nasib rakyat, ini benar-benar kejam," katanya.

Leon menambah beliau akan membantu Frusis dalam mengemukakan aduan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, apabila lelaki itu mempunyai masa lapang daripada menguruskan ladangnya.

Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas dan juga mengesahkan atau menafikan jika surat itu dikeluarkan olehnya.

mong dagang sarawak assistant agriculture minister letter
SEJAHAT-JAHAT, SEKEJAM-KEJAM  DAN SEZALIM -ZALIM KERAJAAN ISRAEL ZIONIS YAHUDI LAKNATULLAH, MEREKA TIDAK MELAKUKAN SEZALIM INI KEPADA RAKYATNYA....INI KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG MELAUNGKAN TRADISI MEMBELA RAKYAT CUKUP AMAT ZALIM DAN SAMPAI HATI MELAKUKAN KEATAS SEORANG WARGA YANG CACAT ORANG UPAYA LAGI MISKIN PAPA KEDANA.....KETUA MENTERI DAN PARA MENTERI DAN PEMIMPIN BARISAN NASIONAL SARAWAK HIDUP PENUH KEMEWAHAN MELAMPAU TAPI RAKYAT YANG MISKIN KURANG UPAYA DIZALIMI DAN DITINDAS SEBEGINI RUPA,DI LUAR JANGKAAN PEMIKIRAN MANUSIA WARAS HANYA DISEBABKAN BERBEZA ANUTAN POLITIK..KERAJAAN BARISAN NASIONAL AMAT ZALIM DAN KEJAM!!!!!

Lupakan masalah masa lampau : Muhyiddin


Muhyiddin tidak bersetuju untuk bercakap tentang kesilapan dan kesalahan BN yang lampau. Katanya apa yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk memandang kehadapan dan lupakan masalah lampau. Beliau memberikan komen ini sebagai reaksi kepada permohonan maaf Najib yang dibuatnya di Alor Setar dua hari yang lepas. Tindakan Najib berpatah sikap itu mendapat banyak reaksi ramai dan menjadi bahan perbualan disetiap tempat kita pergi. Di setengah tempat ianya menjadi bahan jenaka rakyat.

Seperti Najib, kata-kata Muhyiddn itu mempunyai satu ciri yang sama; iaitu mengakui yang BN telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan yang datang dari masalah kelemahan kepimpinan BN selama masa mereka membuat salah dan silap itu. Muhyiddin tidak mahu mengingati cerita lama yang telah membuatkan BN hampir tersungkur dihadapan mata rakyat.

Maksud kata-kata Muhyidin itu, ialah untuk rakyat lupakan segala kesalahan BN dan UMNO selama ini dan dalam waktu kita menanti kedatangan PRU ini, Muhyiddin meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dalam PRU nanti. Pendeknya BN boleh membuat kesalahan dan maafkan mereka. Apabila pilihanraya sampai kita berikan sokongan kepada mereka lagi. Itu sebenarnya maksud Muhyiddin.

Lagi satu maksud Muhyiddin jangan undi PR walaupun belum pernah memerintah, apatah lagi untuk membuat silap dan salah seperti yang dilakukan oleh BN. Dengan kata-kata lain hanya BN boleh melakukan segala kesalahan terhadap rakyat dan hanya BN sahaja yang boleh dimaafkan dan terus diberikan kuasa memerintah sampai hari kiamat. Jika PR hendak melakukan sesuatu yang baik UMNO akan kata yang PR belum tentu lagi baik dan bertanya kepada kita yang ‘entah-entah lebih teruk dari UMNO’.

Tetapi mereka hendak mempertahankan parti yang sudah tentu melakukan segala gejala buruk untuk negara dengan memberikan alasan yang PR belum tentu memberikan pentadbiran yang lebih baik. Pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokongnya mahukan rakyat memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka telah melakukan kesalahan besar dengan alasan yang PR belum tentu baiknya. Alasan yang menghina perasaan rakyat yang berfikir ini membuatkan UMNO telah menunjukan sikap yang ‘arrogant’ dan memporbodohkan rakyat yang mempunyai pemikiran.

Najib dan Muhyiddin meminta kita sentiasa memaafkan mereka walaupun melakukan perkara-perkara yang buruk. BN mahukan kita menjadi seperti Tuhan yang sentiasa memaafkan umatnya yang membuat kesalahan dan mereka (UMNO) sentiasa mahu melakunkan watak syaitan kerana mendapat laba yang besar. Setelah melakunkan watak syaitan, mereka memohon ampun dan maaf terus-terusan. Najib dan Muhyiddin mahukan kita menjadi ‘net giver’ seperti Tuhan. Siapa yang memahami madsud saya boleh lah sambung kata-kata saya tadi itu.

Tetapi hakikatnya dibawah ini telah ramai rakyat yang sedar dan mahu mengikut apa yang diperintah Tuhan dan apa yang terkandung didalam Quran, kitab suci agama kita. Itu sebabnya telah ada trend yang jelas mereka tidak mahu lagi mengikut jejak Qarun tetapi mahu mengikut Quran.

Sesiapa yang sedar dan menerima kenyataan, yang membuat kesalahan besar akan tetap mendapat pembalasan. Tetapi itu juga adalah hak Tuhan yang Maha Esa. Bukan kita yang menentukan dosa pahala sesiapa. Hanya ada setengah pihak yang telah menjatuhkan hukum yang saya ini adalah munafik dan kafir kerana menyertai DAP.

Saya jawab juga sikit-sikit mereka ini. Saya kata, “kita jumpa sahaja di yaumil mahsya” kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang kafir. Hanya Tuhan sahaja yang menentukan siapa yang beriman dan siapa yang kafir.

Tetapi masih ada yang mahu mangambilalih kerja Tuhan walaupun tanggungjawabnya sebagai ummah tidak diselesaikannya, apa yang kita hendak buat. Tengok sajalah...Kalau tidak tahan melihatnya kita hanya beristighfar sajalah sementara menunggu pilihanraya nanti untuk melakukan pembetulan.

Kesan Ammonia tinggi dalam loji

Wartawan Sinar Harian
5 Mac 2012
SHAH ALAM - Siasatan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mendapati, kandungan Ammonia tinggi dicatatkan di loji pembersihan air (LPA) Sungai Semenyih, 25 Februari lalu berpunca daripada Tapak Pelupusan Sampah Pajam, Negeri Sembilan.

Dalam satu kenyataan media, Luas berkata, air kurasan daripada tapak pelupusan sampah itu mencatatkan bacaan sebanyak 365 miligram per liter (ml/l) dan ia kemudian mengalir masuk ke Sungai Semenyih ketika hujan lebat.

“Ketika itu, LPA Sungai Semenyih dihentikan operasi sekitar jam 5.10 pagi selama dua jam disebabkan kandungan Ammonia yang tinggi sehingga 7 mg/l berbanding paras dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 1.5 mg/l.

“Luas telah memohon kerjasama kontraktor tapak pelupusan sampah berkenaan untuk membina semula ban bagi menutup laluan air kurasan ini dari mengalir keluar.

“Luas juga memohon kerjasama agensi berkaitan di Negeri Sembilan untuk menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, LPA Sungai Selisek di Hulu Selangor juga dihentikan operasi, 24 Februari jam 6 pagi dan 25 Februari jam 7.30 pagi masing-masing selama enam serta lima jam, disebabkan kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Bernam.

Siasatan Luas dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendapati, banyak ikan mati di Sungai Bernam dan anak sungainya, Sungai Inki.

Punca pencemaran dikesan daripada Sungai Inki.

Bagaimana Mahu Memaafkan "Mereka"?


Kali ini saya menulis lagi tentang PM Najib kerana apa yang beliau perkatakan di Kedah itu amat pelik dan membuat saya begitu berminat untuk memberikan pandangan.

Najib memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan oleh BN sehinggakan BN telah kalah dibanyak kawasan dan hilang sokongan 2/3 di Dewan Parlimen.

Najib mengakui yang BN telah membuat banyak kesilapan terhadap rakyat sehinggakan rakyat hampir mendamparkan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Dengan permohonan maaf itu ianya bermakna apa yang dikatakan oleh rakyat termasuk parti pembangkang selama ini yang BN itu adalah parti yang tidak senonoh adalah benar belaka.

Sekarang Umno sudah mengakui kesalahan mereka maka adalah wajar parti itu sedar dan insaf dan janganlah menyalahkan parti-parti pembangkang bermula dari sekarang.

Kita tidak tahu samada permohonan maaf itu adalah satu kesilapan “political language” bagi Umno, tetapi yang jelas Umno mengaku yang mereka merupakan pihak yang bersalah di dalam kemungkaran politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara kini.

Bagi saya memohon maaf ini tidak ada salahnya dan memang patut BN memohon maaf kepada rakyat kerana telah “menipu” rakyat sebegitu lama. Rakyat hanya dididik untuk menjadi masyarakat yang materialistik dan segala-galanya berkisar kepada wang ringgit.

Baru dua hari yang lepas Najib telah melakukan kesalahan lagi dengan menjanjikan rakyat Kelantan yang segala masalah mereka akan selesai jika mengundi BN.

Dimana letaknya kesalahan itu? Letaknya ialah diatas kemampuan BN untuk menunaikan janji-janjinya dan telah terbukti BN hanya berjanji semasa menghampiri pilihanraya dan begitulah sejak 3 dekad yang lalu. Saya sebut dalam posting saya yang lepas yang BN telah membuatkan negeri Kelantan yang dianggap Najib sebagai miskin.

Najib memperolok-olokkan rakyat Kelantan kerana dimana-mana Najib bercakap beliau mempermainkan cerita rakyat Kelantan miskin dan memandang rendah terhadap rakyat negeri itu.

Saya terlupa dimana insiden ini berlaku. Dalam ucapannya dihadapan ramai hadirin Najib telah bertanya dengan sindiran kepada hadirin, “negeri mana miskin????”. Beliau bertanya berulang kali dan setiap kali beliau bertanya hadirin pula menjawab, “negeri Kelantan!!!”

Ini dilakukan beliau berulang kali sambil senyum dan ketawa melihat rakyat Kelantan miskin dan isu itu dijadikan isu dimana-mana beliau berucap. Sesungguhnya Najib seorang Perdana Menteri yang takbur dan seolah-olah seperti orang yang kufur nikmat.

Najib begitu sombong dengan membawa orang dari negeri lain untuk mentertawakan orang Kelantan kerana kononnya rakyat Kelantan ini miskin. Najib bangga dengan kekayaan negeri atau keluarganya dan beliau bangga melihat negeri Kelantan itu miskin kononnya.

Beliau berbangga yang pemimpin persekutuan telah merampas hak royalti minyak rakyat Kelantan yang berbillion-billion itu yang menyebabkan negeri Kelantan mendapat pendapatan yang rendah berbanding dengan banyak negeri yang lain.

Setelah mencuri wang rakyat Kelantan, beliau ke Kelantan dan meminta rakyat Kelantan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya nanti dan menjanjikan rakyat Kelantan yang semuanya masalah akan selesai jika mengundi BN.

Persoalan saya, adakah ini sikap seorang Perdana Menteri yang mengaku bijak dan pandai yang boleh membawa segala transformasi kepada negara.

Inikah sikap baik seorang PM sebuah negara merdeka? Siapa yang membuatkan kerajaan negeri Kelantan miskin kalau tidak Pimpinan Persekutuan?

Najib mesti bayar tunggakan royalti minyak sebanyak RM7.4 billion itu dan mari kita tengok negeri mana yang kaya dan mana yang miskin?

Di Kedah Najib bercakap dengan nada yang lain pula. Kali ini Najib membawa watak sedih pula sambil meminta maaf. Najib boleh membawa apa watak sekali pun tetapi janjinya untuk memperbaiki keadaan tidak mungkin dapat dilakukannya.

Semasa beliau meminta maaf Najib masih melakukan apa yang dilakukan oleh BN dalam 2008 dan sebelumnya.

Rasuah bercambah-cambah, salahguna kuasa semakin menjadi-jadi, dan berbagai-bagai jenayah sedang bertambah dinegara kita. Jika Najib benar-benar mahukan perbaikpulih keyakinan rakyat, semua RM250 juta kes NFC mesti kembali kepada Perbendaharaan Negara.

Dana Modal mesti kembalikan wang rakyat sebanyak RM50 billion yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada Dana Harta. Najib mesti memberikan penerangan kepada rakyat siapakah yang mengambil alih syarikat-syarikat yang ada dalam Dana Harta itu sekarang.

Kalau Najib hendak memberikan keyakinan, rakyat mesti melihat wang yang hampir RM2 billion yang diambil oleh anak seorang bekas PM yang termasyur didunia untuk menyelesaikan perniagaan anaknya.

Najib jangan sekali-kali meneruskan penyenaraian FELDA kerana ia membawa maut kepada generasi FELDA dalam jangkamasa yang tidak lama lagi, walaupun sebahagian dari hasil penyenaraian itu akan diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh.

Najib mesti beritahu berapa billion ringgitkah yang dijanjikan akan mengalir kepada Jabatan di bawah Najib jika penyenaraian itu dilakukan juga dan berapa billion pula yang akan sampai kepada FELDA.

Adakah perkara-perkara yang sebahagian saya sebut ini usaha Najib untuk memperbaiki keadaan? Kalau inilah dia program membaikpulihan Najib, maka ia benar-benar satu kejadian yang dinamakan “tikus memperbaiki labu”.

Sebenarnya rakyat ramai tidak pernah membuat masalah kepada negara. Yang membuat masalah ialah pemimpin negara, bukan rakyat.

Selagi pemimpin-pemimpin negara mempunyai air liur yang cair, selagi itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan. Air liur itu sentiasa meleleh apabila melihat wang ringgit kepunyaan rakyat, dan tidak berdaya untuk menahan nafsu untuk mencurinya melalui berbagai cara tindakan rasuah.

Itulah sebenarnya yang berlaku dalam isu penyenaraian Felda yang akan saya tulis tidak berapa lama lagi.

Oh ya, satu lagi perkara yang sangat “urgent” untuk diselesaikan oleh Najib ialah untuk memberikan kursus sivik kepada penyokong-penyokong Umno supaya memberhentikan budaya samseng yang sedang bercambah didalam Umno sekarang ini.

Katakan kepada penyokong-penyokong Umno itu bahawa menggunakan samseng dalam politik itu adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun.

Kalau Najib tidak boleh lakukan saya percaya Umno semakin hari semakin tidak relevan lagi. Bagaimana hendak menjadi relevan kerana parti itu sudah menjadi mahkluk perosak kepada rakyat yang inginkan kaedah berpolitik yang aman dan damai.

Bagaimana kita hendak memaafkan makhluk perosak kerana habis jahanam tanaman-tanaman kita sejak dua tiga dekad dahulu. Habis hasil mahsul kita oleh kerana makhluk-makhluk perosak ini.

Bagaimanakah makhluk perosak boleh memperbetulkan keadaan? Itu adalah perkara yang tidak menesabah. Ia terpaksa di perbaiki oleh pihak lain, bukannya oleh mereka yang telah merosakan segala-galanya.

Jika yang merosakan diharapkan untuk memperbaiki keadaan maka saya ulangi, ia adalah seperti “tikus memperbaiki labu”.

- Aspan Alias

Mashitah sempurnakan kebangkrapan moral Umno


12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

"SELAMA 40 tahun dalam BN, saya tidak faham Islam tetapi dengan PAS dan PKR saya faham idealismenya. Umno tidak pernah ajar agama sebaliknya PAS yang mengajar saya mengenai Islam...," itulah pengakuan berterus terang bekas Naib Presiden MCA, Dato' Dr Chua Jui Meng ketika dijemput menjadi panelis program Wacana Sinar anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, 29 Februari lalu.

Sejauh mana Umno berperanan menyampaikan Islam dan memberi kefahaman Islam kepada ahli-ahlinya juga kepada parti-parti kerabat BN yang lain? Jika apa yang dikatakan Dr Chua itu boleh dijadikan sandaran, jelas Umno yang menjadi parti teras dalam BN gagal mempromosikan imej positif Islam walaupun sering mengakui bahawa perjuangannya berteraskan agama dan bangsa. Malah konotasi "Melayu itu Islam" dan "Islam itu Melayu" seringkali terpacul daripada mulut para pemimpin Umno.

Kegagalan Umno ini tidak menghairankan apabila kita melihat reaksi melampau parti sekutunya MCA dalam menangani isu pelaksanaan hudud. Walaupun cadangan pelaksanaan hukum jenayah syariah termasuk hudud hanya terpakai kepada penganut Islam, MCA menentangnya secara bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan sensitiviti dan perasaan umat Islam negara ini yang majoritinya menyokong cadangan tersebut.

Apa yang lebih mendukacitakan, sikap anti-syariah MCA ini tidak langsung mendapat bantahan daripada Umno mahupun kumpulan-kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh MCA terhadap parti Melayu itu. Walaupun seringkali menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam tanpa sebarang sandaran hujah, Umno dan Perkasa tetap mengambil sikap berdiam diri apabila syariah Islam dihina oleh MCA terutama Presidennya, Dr Chua Soi Lek.

Dalam membicarakan kegagalan Umno mempertahan kesucian Islam dan melaksanakan tanggungjawab dakwah, pastinya kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang peranan 'orang agama' dalam parti nasionalis sekular itu. Jelas 'orang agama' Umno yang sering diberi tanggung jawab menerajui institusi-institusi agama dan menjawat portfolio berkaitan Islam dalam kerajaan gagal menjalankan peranan sebagai da'ie (pendakwah) atau sekurang-kurangnya memberi 'nafas Islam' kepada Umno dan BN.

Lebih mendukacitakan apabila 'orang agama' Umno ini turut hanyut dalam kebejatan politik dan terikut-ikut dengan amalan politik Machiavelli majoriti pemimpin Umno.

Lihat sahajalah ruangan kolum 'Langit Terbuka' orang agama Umno, Dr Mashitah Ibrahim yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu. Dalam tulisan bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan', Mashitah secara tidak beretika cuba mengaitkan para pemimpin PAS dan KeADILan dalam apa yang disebut beliau sebagai 'krisis moral' pemimpin pakatan pembangkang.

Antara yang menjadi mangsa serangan beliau adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dr Badrolamin Baharon yang sangat diyakininya telah melakukan khalwat dengan isteri orang. Walaupun Dr Badrolamin dan wanita terbabit menafikan dakwaan liar itu dan hanya diminta memberi keterangan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mashitah sudah meyakini bahawa mereka telah melakukan khalwat.

Beliau juga menyerang Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana kononnya dibebaskan daripada dua tuduhan liwat 'atas sebab-sebab teknikal' dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana pernah ditangkap khalwat di Kota Bharu dan dibebaskan daripada tuduhan itu oleh 'Mahkamah Kelantan'. Mashitah juga tidak teragak-agak menyambung fitnah Umno dengan mendakwa Adun PAS Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Paling biadap, lulusan doktor falsafah bidang Usuluddin itu terus menjadi 'penyambung lidah syaitan' apabila mendakwa kononnya Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang terpalit dengan 'skandal membabitkan anak dara' kira-kira sepuluh tahun lalu. Tulis Mashitah, "Beliau (Tuan Guru Abdul Hadi) dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3..."

Adalah tidak menghairankan jika tuduhan dan dakwaan bertaraf sampah ini dibuat oleh blogger-blogger Umno yang sememangnya tidak beretika dan bankrap akhlak. Tetapi jika ianya datang daripada seorang ilmuwan agama Umno, berkelulusan doktor falsafah dan memegang jawatan Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, ia adalah sesuatu yang sukar diterima akal!

Sebelum ini pun Mashitah telah mencetus beberapa kontroversi tidak perlu seperti mempersendakan hukum hudud, mendakwa wanita boleh melacur jika darurat dan bergaduh dengan jiran hanya semata-mata kerana rumput halaman rumah.

Adakah beliau begitu terdesak untuk disenaraikan sebagai calon BN sehingga sanggup melemparkan tuduhan tidak berasas kepada lawan politik bagi membuktikan kesetiaannya kepada Umno dan BN?

Adakah beliau tidak merasa ngeri melihat medan politik Melayu Islam sudah begitu teruk bergelumang dengan fitnah qazaf sehingga beliau turut mahu menyumbangkan saham menyebarluaskan 'budaya lendir dan hanyir' itu?

Nampaknya 'orang agama' Umno sudah jauh tersasar daripada landasan kebenaran. Mereka bukan sahaja gagal berperanan sebagai pendakwah; malah turut merosakkan lagi imej Umno yang sudah sedia busuk dan reput di mata umum.

Jika Menteri Agama Umno, Dato' Seri Jamil Khir Baharom menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai kempen politik dan menghalang pertuduhan qazaf; Mashitah sebagai Timbalan Menteri Agama pula membantu mengukuhkan 'politik lendir dan hanyir' bagi menghadapi lawan politik.

Orang agama Umno nampaknya gagal mengislahkan parti nasionalis sekular itu. Mereka sebaliknya membantu menyempurnakan kebankrapan moral dan akhlak Umno!

Harakah Daily

Muhyidin musnahkan 'maaf' dari Najib

Harakahdaily, 05 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Permohonan maaf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kesilapan kerajaan sebelum ini hancur berderai apabila timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula berkata, "di samping kesilapan BN membuat banyak kemajuan".

Kenyataan Muhyidin ini disifatkan sebagai usaha beliau untuk mengurangkan kesan permohonan maaf Najib itu.

"Sepanjang 54 tahun, tiada siapa boleh menafikan fakta, disamping kelemahan, kita telah membuat banyak kemajuan dalam bidang sosia ekonomi, kebudayaan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi," kata Muhyidin mengulas kenyataan Najib.

Ekoran itu, kebaikan yang mungkin diperolehi dari permohonan maaf Najib disifatkan termusnah dengan sendirinya, kata Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP.

"Ini menunjukkan BN kekal bongkak dan menolak setiap kritikan rakyat Malaysia sebagaimana biasa.

"Ini juga bermakna, BN tidak akan berubah jika terus kekal berkuasa (kerana tidak mahu mengaku kesilapan)," kata beliau yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara.




Beliau juga mengkritik kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika memberikan ulasan terhadap kenyataan Najib itu yang disifatkan juga seolah-olah menolak permohonan maaf Najib.

Ahmad Maslan meminta mandat diberikan kepada BN lagi ekoran permohonan maaf Najib untuk memperbetulkan kesilapan lalu yang dibuat BN.

Kedua-dua komen diatas membayangkan keadaan panik pemimpin BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.

Masing-masing membuat kenyataan yang bertentangan antara satu sama lain semata-mata untuk mendapatklan undi.

"Ketika tidak mahu bertembung kenyataan dengan Najib yang memohon maaf, pemimpin BN lain cuba mengawal kesan yang tidak baik dari permohonan maaf itu," kata Tony Pua.

Bagi beliau, permohonan maaf Najib itu tidak selari dengan tindakannya dan sebenarnya ia terlambat untuk Najib membuat permohonaan maaf atas kesilapan yang dibuat pra-2008 lalu.

Ini kerana, dia sepatutnya memohon maaf atas kesilapannya yang gagal membetulkan segala kesilapan itu selepas tiga tahun berpeluang untuk berbuat demikian, katanya.




"Seluruh rakyat kecewa dengan pencapaian BN sejak 2008 dalam isu rasuah, kronisma dan salah guna kuasa.

"Rakyat Malaysia lebih berbecah selepas itu ekoran sikap dan polisi pecah dan perintah BN yang memainkan isu perkauman antara kaum-kaum di Malaysia," katanya.

Selepas tiga tahun memerintah, negara tidak menyaksikan sebarang pembaharuan tetapi semakin teruk.

Indeks persepsi dari Tranparency International semakin turun dari 56 ke 60 pada tahun lalu.

Kerajaan BN juga terus tidak ada keyakinan politik apabila membiarkan skandal salah guna kuasa terus berlalu sebagaimana skandal NFC yang melibatkan pinjaman RM250 juta wang rakyat.