Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipenuhi ribuan anak muda macam Dataran Tahrir
Malam tadi saya ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk melihat suasana sambutan Tahun Baru 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor di bawah Exco Pendidikan Dr Hajah Halimah Ali.Pada fikiran saya tidak akan berjaya menarik orangramai untuk hadir sebab ini anjuran kerajaan negeri.Maklumlah media Umno kata rakyat Selangor khususnya orang Melayu bukan minat pun apa-apa agenda kerajaan negeri.Klik gambar untuk besarkan.Tapi segala tanggapan saya salah.Ribuan anak muda hadir yang pada fikiran saya tak kurang daripada 10,000 orang membayangkan bahawa kalau macam nilah sambutan anak muda Melayu khususnya terhadap kerajaan negeri Selangor tak berjayalah Umno Selangor nak tawan Selangor!
Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang terletak di sebelah bangunan Umno Selangor malam tadi bergema dengan laungan takbir bukan takbur.Acara dimulakan dengan solat Isya berjamaah di padang yang luas yang julung-julung kali diadakan.Kempen anti zina , anti maksiat turut jadi agenda utama dalam sambutan tahun baru 2012 kerajaan negeri Selangor.
Penceramah terkenal masa kini yang jadi idola anak muda iaitu Ustaz Azhar Idrus berbicara secara santai dalam soal-jawab agama bersama Zizan Rajalawak .Turut tampil menghiburkan orangramai dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan ialah Syam Kamikaze, Shahir AF
Umno Selangor yang kini berkampung di I-City Shah Alam , Seksyen 7 dengan meratib-ratib 'Selamatkan Selangor' tentu terkejut beruk dengan sambutan anak muda Melayu kepada PR di Selangor.PR di Selangor telah berjaya Selamatkan Selangor' daripada terus dijadikan lubuk duit oleh Umno Selangor.Wahai anak muda pada anda semualah harapan untuk jadi penyelamat supaya Umno terus kalah di Selangor.
Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi macam Dataran Tahrir di Mesir.
Tahun baru 2012 dah bermula maka bermulalah perang pilihanraya yang semakin hampir.Marilah kita ramai-ramai tua muda , miskin kaya bersatu tenaga untuk jadikan Umno patah segala sayap dan berjaya dikuburkan daripada terus berkuasa di Putrajaya.Selamatkan anak cucu kita daripada terus bertuhankan Umno yang bongkak, sombong dan zalim tidak mahu dengar tuntutan rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pilihanraya yang adil dan telus.
Selamat tahun baru 2012 buat semua pengunjung blog ini tak kira apa saja parti yang anda pilih.