12   Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari   sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang   dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..
Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.
Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.
Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.
Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.
Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.
Satu kenyataan Surat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-
Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..
Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.
Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.
Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.
Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.
Satu kenyataan Surat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-
i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.
Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..
Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan   saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan   sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis   Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas   menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan   besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut.Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British yang telah ditahan. Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun tiada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.
Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?
Apa   yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak  dapat  dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika  ia satu  ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.
Tanggal   19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman   di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam   sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak   pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi   penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan   Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Anggota   polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang   diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat   maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis   dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan   pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan   polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang  mengetahui  bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian,  maklumat  diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu  malam 18 Nov  tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan  berpesta besar di  sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota  polis yang terlibat  didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka  yang bukan beragama  Islam.
