Oleh: MZ 
                       
Mari mengenali siapa British dan hubungkait dengan talibarut British.
Mengenai dengan polis/askar sebelum merdeka dan selepas merdeka,terdapat perbezaan yg amat jauh sekali dengan tugasan  dan tangungjawab mereka.
SEBELUM MERDEKA.
1.) Negara kita masa   itu sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah tanah   melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan   penjajah kafir barat-British. 
2.)  British dengan bijaksananya merekrut org2 melayu (sebahagian yang tak  ada kerja), untuk menjadi mata2 (polis bawahan) British di Tanah  melayu. 
3.) Tugas mata2 British ini adalah untuk menjaga kepentingan British dan TAAT Setia mereka adalah kepada Queen Elizabeth (Raja British).
4.)  Terdapat ramai dikalangan anak tempatan (samada melayu atau bukan  melayu) di masa  ini yang mempunyai semnagat untuk menuntut kemerdekaan  bagi negara  sanggup menggadai harta dan nyawa demi membebaskan negara  pada masa itu. 
5.)   Ini boleh dibuktikan dengan perjuangan awal orang-orang melayu seperti   Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya. Dalam perjuangan mereka, mereka   juga terpaksa bertempur dengan orang-orang melayu yg menjadi   talibarut-talibarut penjajah yang tugasnya menjaga kepentingan penjajah.
6.)   Satu fakta penting lagi, kafir penjajah British adalah musuh utama   kepada Khilafah Islam Utmaniah. Mereka telah membolot hasil bumi dan   kekayaan melayu untuk melawan Khalifah Islam Uthmaniah.   (Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar   Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914
. 
Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914) 
7.)  Satu lagi fakta penting pasal Penjajah British pada masa  berkenaan —  Henry Gurney dilantik  menjadi Pesuruhjaya Tinggi British  Di Tanah  Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin  sebagai  Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney  adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera  British. Antara anggota tentera  British yang bertugas di Palestin  ketika itu adalah Raymond Dancey.  Siapakah Raymond Dancey?. Malayan  Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray  Dancey adalah Ketua Balai Polis  Bukit Kepong pada tahun 1950.
8.)   Jadi penentangan orang-orang melayu islam  terhadap kafir British  bukan  sahaja menentang penjajah tanah air tetapi juga adalah jihad  terhadap  musuh islam (Khilafah Utmaniah) pada masa tersebut. Orang  yangg bersubahat untuk menjaga kepentingan British pada masa berkenaan  untuk melawan jihad terhadap British pada masa berkenaan sebenranya  bukanlah pejuang agama dan negara yg sebenar.
Ini  adalah fakta. Malah orang-orang yang berjuang menentang British pada  masa  berkenaan adalah hero@pejuang sebenar negara. Mengenai kerjasama  antara  orang Islam dengan bukan Islam (tempatan) menentang British itu  adalah  perkara diharuskan. Dan perlu diingat tindakan2 PKM sebelum  merdeka dan selepas merdeka adalah sangat berbeza sama sekali. Sebelum  merdeka,  tumpuan mereka hanya memperjungkan kemerdekaan dan tidak  membunuh  mana-mana orang awam kecuali talibarut penjajah sahaja (kena baca  fakta2 sejarah dr pelbagai pihak). Walau bagaimanapun tidak dinafikan  terdapat tindakan melampau PKM pada masa tersebut dan ini juga perlu  dikutuk.
9.)   Berdasarkan hujah bahawa British adalah penjajah Tanah Melayu dan  musuh  utama khilafah Islam Uthmaniah, pihak-pihak yang bersekongkol dan    berjuang mempertahankan British pada masa berkenaan bukanlah pejuang  Agama dan Negara.
10.)   Untuk persoalan macam mana British boleh senang-senang bagi  kemerdekaan  Tanah Melayu melalui rundingan , sila renungi fakta penting  berikut —-;  Perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer pernah  menyatakan di  dalam bukunya ‘Modern Egypt’:"Inggeris bersedia untuk  memberi kebebasan  berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja  generasi yang  dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk  memerintah, tetapi  British sama sekali tidak akan membenarkan  tertegaknya sebuah negara  Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa  pun"
SELEPAS MERDEKA.
1.) Negara kita sudah merdeka dan mempunya raja sendiri.
2.)  Polis dan Askar pada masa ini berkhidmat untuk menjaga keamanan negara  dan taat setia kepada Agung/ Raja Melayu. (terdapat perbezaan yang amat  ketara disini berbanding sebelum merdeka).
3.) Tindakan Polis dan Askar memerangi komunis adalah tindakan demi menjaga kepentingan Negara adalah pejuang Negara.
4.)   Ini langsung tidak dipertikaikan asalkan tindakan tersebut benar-benar   demi untuk agama, bangsa dan negara bukan untuk kepentingan pihak   tertentu.
5.) Jadi Ayah/Atuk (anda) serta ahli keluraga aku yg berkhidmat melawan komunis selepas merdeka adalah jelas pejuang agama dan bangsa.
6.)   Walaupun begitu jikalau British membenarkan pendamaian (seperti dalam   rundingan Baling), semua yang berlaku ini mungkin dapat dihindarkan.   Tetapi British bijak dalam melaksanakan teknik pecah dan perintah demi   untuk kepentingan penjajah British pada masa berkenaan.
