
KUALA LUMPUR, 11 Julai:Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.
“Kita  berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita  mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan  Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta  perhimpunan Bersih Sabtu lepas.
Beliau  melahirkan rasa bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan  Bersih 2.0  untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk  mengadap sultan bagi menyerahkan memorandum.
"Tetapi  perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU,” kata Pak  Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk  menuju ke Stadium Negara petang Sabtu lepas.
“  Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan  milik Najib dan Umno, negara  ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini  milik rakyat.  Ini rumah kita,” katanya.
Bagi  beliau, rakyat  ke stadium Merdeka dengan  bertekad untuk menyatakan  hak tetapi disekat,  di layan buruk oleh pihak polis dan FRU.
Menurut  Pak Samad, dia datang daripada KL Central. Namun belum pun  sempat  sampai KL Central mata beliau sudah pedih ditembak dengan gas pemedih  mata yang sangat dasyat.
"Mata  kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat.   Beberapa  wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis.  Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan  tugas?" soal tokoh yang dinobatkan sebagai Sastrawan Negara itu.
Menurut  Pak Samad, mereka datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan  untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan  adil tetapi tidak  kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung  dalam perbincangan dengan beberapa orang pimpinan NGO.
Berbagai  alasan yang diberikan oleh polis. “saya benar-benar rasa kesal dengan  tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji  kepada rakyat.
"Najib  berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam  berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun  mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa  mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan  bersih di stadium.
"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun  sudah beberapa kali diminta.

“Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?”  soal beliau.
Sehubungan itu, beliau memberikan peringatan:
“saya  ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem  demokrasi  oleh itu,  kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita  tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk  kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang," tegasnya.
(Antara ribuan yang mendengar ucapan A Samad Said)
Menurut  beliau, dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya  mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."
Justeru itu, beliau berharap semua rakyat harus fikirkan  masa depan negara ini.
"Masa  depan negara  kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang  layak mengubah. Setiap orang muda harus  fikir bagaimana  untuk membantu  membentukkan kerajaan yang baru," kata Samad yang diikuti dengan  laungan takbir daripada rakyat yang  berhimpun disitu.
Gandakan kejayaan Bersih 2007
Sementara  itu pula Saudara Mazlan Aliman pejuang rakyat pula berkata,  “walaupun  kita hadapi ugutan dengan ancaman sekatan daripada pihak  berkuasa polis  yang dikuasai oleh Umno tetapi kita berjaya  hadapi dengan tenang dan  dapat berkumpul dengan aman melebihi 300, 000 rakyat yang datang dari  seluruh negeri”.
Demokrasi petang ini mencatat sejarah apabila ratusan ribuan manusia berkumpul di merata tempat.
"Message  ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut  pilihanraya yang telus dan bersih. Dengan itu saya harap kepada semua  peserta himpunan Bersih 2.0 jadikan  himpunan ini sebagai pusingan ke  dua.
"Kalau  2007 ribuan penduduk berkumpul dalam himpunan bersih  sehingga Pakatan  Rakyat (PR) berjaya merampas lima negeri dan akan datang  saya harap  kita akan rampas semua negeri di Malaysia ini," katanya dengan disambut  laungan takbir.
.Khaulah Azwar