BUTTERWORTH, 9 Mei:   Tindakan ala samseng yang dipamerkan oleh pemuda Umno Pulau Pinang   sepertimana yang dizahirkan selepas majlis perasmian Projek Pembinaan   Jalan Penghubung di Jalan Bagan 29 - Jalan Siram oleh Ketua Menteri, Lim   Guan Eng memperlihatkan wajah sebenar pimpinan mereka yang ingin   wujudkan. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man (gambar),   ketika mengulas insiden yang mencemarkan imej Umno Pulau Pinang itu,   menyatakan apa yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno yang diterajui oleh   ketuanya, Shaik Hussein Mydin, mencalarkan wajah Umno sendiri.
Dalam insiden semalam, selepas majlis perasmian bertempat di pasar awam Taman Bagan, sekumpulan pemuda Umno telah menyerbu Lim Guan Eng (gambar bawah) ketika bersama dif kehormat untuk menyatakan kekesalan mereka mengenai isu 'Kristian agama rasmi negara' sepertimana yang disiarkan oleh akhbar arus perdana milik Umno.
"Apakah ini barisan pemimpin yang mahu diwujudkan oleh Umno tanpa menghormati seorang ketua kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sebagai pemerintah.

“Jika  tindakan tidak bermoral dan ala samseng ini jelas  dipertontonkan di  khalayak ramai, apakah kita yakin mereka ini dapat  membela nasib rakyat  dan golongan muda sekiranya ini akhlak yang ada,”  kata Salleh yang  juga Adun Permatang Pasir.
Beliau berkata, Umno sepatutnya berasa malu di atas tindakan ala samseng yang ditunjukkan oleh pemuda mereka.
Beliau berkata, Umno sepatutnya berasa malu di atas tindakan ala samseng yang ditunjukkan oleh pemuda mereka.Soalnya, bagaimana pula sekiranya kejadian ini dilakukan oleh kumpulan lain terhadap pimpinan mereka pula.
“Apakah  mereka rela ianya berlaku sedemikian. Begitu jugalah dengan  tindakan  mereka pada hari ini. Sepatutnya gunakan saluran yang betul.  Jangan  tunjukkan betapa rendahnya akhlak yang ada pada pimpinan mereka  apabila  bertindak demikian, " ujarnya lagi.
Dalam insiden tersebut juga juak-juak Umno telah membentangkan kain rentang, namun dengan kepantasan pihak polis, insiden yang memalukan itu dapat dihalang daripada terus menjadi satu provokasi yang memalukan.
Selain dari Mohd Salleh turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng dan kepimpinan PAS dan PKR.