Keadilan Daily|  Kira-kira 500 orang berhimpun di depan kedutaan Australia bagi  membantah projek pembinaan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Mereka  bergerak dari masjid As Syakirin KLCC menuju ke Pejabat Pesuruhjaya  Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat  Jumaat tadi.
Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas.
Mereka mengiringi enam wakil menghantar memorandum bantahan berhubung sisa radioaktif yang dihasilkan projek berkenaan .
Peserta perhimpunan turut melaungkan slogan ‘Hancur Lynas, Hidup Rakyat’ ketika tiba di kedutaan itu.
Jurucakap  bagi NGO itu Vincent Chiam, berkata, mereka mendesak Lynas menamatkan  operasi pembinaan projek nadir bumi itu sebelum 31 Ogos ini, sempena  hari kemerdekaan yang jatuh pada tarikh tersebut.
Antara  pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir menyatakan sokongan ialah Ahli  Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli  Parlimen Klang, Charles Santiago, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong  dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvam.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dan Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri turut menyertai perhimpunan berkenaan.
Sebanyak  enam trak polis lengkap dengan water canon dan dua trak dari Pasukan  Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan  namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.
