Sentimen  ini bagi aku berlaku secara tiba-tiba,malah pemimpin  Pakatan sendiri  tidak menjangkakan sambutan yang diberikan menjadi  hangat sebegitu  rupa.Nampaknya,dalam hal ini Pakatan cuba membesarkan  gelombang  kebangkitan tersebut sehingga ke kawasan separa bandar dan  pinggir  bandar,memasuki perkampungan tradisi Melayu Melanau dan  akhirnya  menyusup masuk ke kawasan rumah panjang.Jika dalam pilihanraya  kecil BN  mampu menangkis gelombang ini,tetapi tidak pada pilihanraya  umum yang  besar.
Oleh itu,maka tidak hairanlah  apabila kajian akademik telah  menunjukkan bahawa Barisan Nasional  sebenarnya telahpun tumbang hasil  prediksi dan ramalan yang  dibuat.Zentrum Future Studies yang  dimobilisasikan oleh Pensyarah  Universiti Malaya,Profesor Dr.Abu Hassan  Hasbullah telahpun mendapat  hasil kajian yang memberangsangkan dan  berada di luar jangkaan.
Berdasarkan  kajian Zentrum,kedudukan parti bertanding  menunjukkan Barisan Nasional  hanya memperoleh 38% sokongan  keseluruhan,diikuti rapat oleh Pakatan  Rakyat sebanyak 37%,Parti SNAP  20% dan Bebas sebanyak 6%.Dan jika  peratusan pembangkang berbanding  kerajaan diambil kira,Barisan Nasional  telahpun tumbang dengan peratusan  terkumpul sebanyak 62% untuk  pembangkang manakala hanya 38% untuk  Barisan Nasional.
Dari segi jumlah kedudukan kerusi pula,Barisan Nasional akan tewas di 46 buah kerusi seperti yang diperincikan di bawah:
PREDIKSI KALI PERTAMA
Kerusi Bakal Dimenangi Barisan Nasional:
N2   Tasik Biru,N4 Pantai Damai,N5 Demak Laut,N6 Tupong,N7 Samariang,N17   Tarat,N19 Kedup,N23 Lingga,N33 Kalaka,N35 Belawai,N36 Semop,N38   Jemoreng,N52 Tamin,N56 Baleh,N58 Jepak,N61 Bekenu,N63 Piasau,N65   Senadin,N68 Bukit Kota,N69 Batu Danau,N70 Ba Kelalan
Jumlah : 21
Kerusi Bakal Dimenangi Pakatan Rakyat:
N3   Tanjung Datu,N8 Satok,N9 Padungan,N10 Pending,N11 Batu Lintang,N12  Kota  Sentosa,N13 Batu Kawah,N14 Asajaya,N15 Muara Tuang,N20 Sadong  Jaya,N22  Sebuyau,N24 Beting Maro,N27 Simanggang,N29 Batang Air,N30  Saribas,N39  Repok,N40 Meradong,N42 Meluan,N45 Bukit Assek,N46  Dudong,N47 Bawang  Assan,N48 Pelawan,N49 Nangka,N50 Dalat,N53 Kakus,N54  Pelagus,N59  Kidurong,N62 Lambir,N64 Pujut,N67 Telang Usan,N71 Bukit  Sari
Jumlah : 31
Kerusi Bakal Dimenangi SNAP:
N1   Opar,N16 Bengoh,N18 Tebedu,N25 Balai Ringin,N26 Bukit Begunan,N28   Engkelili,N32 Bukit Saban, N34 Krian,N41 Pakan,N43 Ngemah,N44 Machan,N55   Katibas,N57 Belaga,N60 Kemena,N66 Marudi
Jumlah : 15
Kerusi Bakal Dimenangi Calon Bebas:
N21 Simunjan,N31 Layar,N37 Daro,N51 Balingian
Jumlah : 4
Lampiran kajian Zentrum dalam bentuk jadual:
![]()  | 
| Ramalan Satu (1) : N1-N19 | 
![]()  | 
| Ramalan Dua (1) : N20-N40 | 
![]()  | 
| Ramalan Tiga (1) : N41-N60 | 
![]()  | 
| Ramalan Empat (1) : N61-N71 | 
Itu adalah hasil dapatan daripada prediksi pertama yang telah dilakukan oleh Zentrum.Kajian kali kedua pula mendapati bahawa:
![]()  | 
| Prediksi Satu (2) : N6 Tupong beralih kepada PR, manakala N15 Muara Tuang kembali kepada BN  | 
![]()  | 
| Prediksi Dua (2) : N20 Sadong Jaya beralih kepada BN dan N30 Saribas beralih kepada BN  | 
![]()  | 
| Prediksi Tiga (2) : N50 Dalat,N54 Pelagus dan N60 Kemena kembali kepada BN  | 
![]()  | 
| Prediksi Empat (2) : N62 Lambir dan N71 Bukit Sari beralih pada BN manakala N63 Piasau dan N70 Ba Kelalan dimenangi PR  | 
Oleh itu,hasil kajian kali kedua Zentrum menunjukkan bahawa:
-BN mengambilalih kepercayaan pengundi di 7 buah Dun Pakatan Rakyat dan satu Dun SNAP
-Pakatan Rakyat mengambilalih kepercayaan pengundi di tiga Dun BN.
Ini menjadikan kedudukan kerusi semasa berdasarkan kepercayaan pengundi kepada:
Barisan Nasional : 25 kerusi
Pakatan Rakyat  : 28 kerusi
SNAP                : 14 kerusi
Bebas                 : 4 kerusi
Selain itu,sokongan ke atas parti politik berdasarkan pecahan kaum adalah seperti berikut:
Jika   sokongan ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk kertas undi,Barisan   Nasional sebenarnya telahpun tumbang di Sarawak.Apa yang menarik   berdasarkan kajian Zentrum adalah:
1.Pas   menang di kesemua kerusi pada ramalan pertama,kecuali hilang dua  kerusi  pada ramalan kali kedua iaitu Muara Tuang (BN mendahului 4%) dan  Sadong  Jaya (BN mendahului 2%).
2.Calon   Ketua Menteri Baru Bian didapati tewas pada bacaan kali kedua,tetapi   memperbaiki semula kemenangan pada bacaan kali kedua
3.Kebanyakan   kerusi yang dimenangi BN adalah disebabkan pertandingan tiga penjuru   atau lebih yang menyebabkan perpecahan undi pembangkang
4.Empat   calon Bebas menang iaitu Zaini bin Le di Simunjan,Kibak Anak Datu di   Layar,Zamhari bin Berawi di Daro dan Salleh Jafaruddin di Balingian.
5.Kuasa penentu untuk membentuk kerajaan negeri terletak di tangan SNAP.
Apapun,masih   terdapat baki lebih kurang 30 jam dari sekarang untuk calon bertanding   bergerak ke peringkat habis-habisan.Adakah ramalan Prof.Jeniri Amir   daripada UMS akan berlaku?Mengikut beliau,Barisan Nasional akan   menggunakan taktik carpet bombing di saat akhir,di mana pelbagai bantuan   segera akan diberikan supaya pengundi menyokong BN.Ataupun,adakah   ramalan Zentrum ini akan menjadi 100% tepat?
Sama-sama kita nantikan kesudahannya.













