Tengku  Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah  buku di  Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku  memoir Tun  Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai “menipu secara politik”.
Dalam   memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan  di  Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa   Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini   kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.
"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular,” katanya.
Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.
"Saya   gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem   komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard   Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu   secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.
Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.
"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh.
Dalam   memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan  di  Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa   Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini   kekurangan kualiti dalam persekitaran politik."Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular,” katanya.
Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.
"Saya   gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem   komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard   Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu   secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.
"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh.