Khamis, 9 September 2010

Misteri kehilangan Sosilawati:'Nak duit minta, jangan curi 'Jangan buat aku macam ini”


BATU PAHAT: “Aku dah kena tipu. Kau bayangkan, setiap bulan kebelakangan ini untung meniaga tak nampak...lepas bayar duit elektrik dan air, sudah tidak ada duit simpanan.
“Aku tidak suka orang tipu aku. Kalau nak duit minta, jangan curi. Jangan buat aku macam ini,” itu sebahagian daripada kata-kata jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ketika pertemuan akhir bersama adiknya sebelum dilaporkan hilang, 30 Ogos lalu.

Menurut adiknya, Rosnani Lawiya, 45, kakaknya bersungguh-sungguh mengadu kesal kerana dia ditipu orang kepercayaan yang membantu menguruskan syarikatnya.

Rosnani berkata, masalah itu didedahkan Sosilawati dalam pertemuan terakhir mereka di rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini akhir bulan lalu, selepas kenduri kesyukuran menyambut Ramadan.

“Sebelum ini, saya kerap berpesan pada kakak tidak terlalu mempercayai orang lain dan mengambil tahu hal ehwal kewangan syarikatnya bagi mengelak ditipu.

“Namun Kak Wati selalu mengatakan dia amat mempercayai orang di sekelilingnya dan pernah mengatakan tidak mungkin mereka sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberi dengan menipunya.

“Bagaimanapun, pada pertemuan terakhir kami sebelum Kak Wati tiba-tiba hilang, dia mengadu kepada saya apa yang pernah saya pesan kepadanya kini benar-benar menimpanya dan dia begitu sedih dan terkejut apabila mengetahuinya,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga resah apabila kata kakaknya itu menjadi kenyataan selepas dia dilaporkan hilang bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Rosnani berkata, sebelum kejadian penuh tanda tanya itu berlaku, kakaknya tidak pernah berkelakuan sedemikian atau mengadu sebarang perkara hingga membuatkannya runsing.

“Kak Wati seorang yang ceria, penyayang apa lagi mempunyai prasangka buruk atau bukan-bukan terhadap mereka yang rapat dengannya terutama membabitkan soal kerja.

“Sebelum ini Kak Wati jarang bercerita tentang perniagaannya, malah setiap kali berjumpa dia lebih gemar bersembang mengenai hal keluarga dan bertanya khabar.

“Perkara paling penting hal ibu kami (Yatemah Abdul Rahman, 80), kehidupan kami adik-beradik selain memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada kami mengenai selok- belok dunia perniagaan,” katanya.

Rosnani meluahkan kerisauannya apabila Sosilawati mengadu ditipu menyebabkan dia turut sedih dengan nasib kakaknya itu.

Lebih menyedihkan, ketika menceritakan masalahnya itu Sosilawati kelihatan kesal, sedih, kecewa dan teraniaya diperlakukan sedemikian.

Selepas mengetahui perkara itu, dia sekeluarga dan suami, Misjam Jamikun, 48, mendoakan kakaknya mampu mengatasi halangan dan cabaran dihadapinya.

“Kali terakhir Kak Wati menghubungi saya menggunakan telefon bimbitnya pada 29 Ogos lalu, kira-kira jam 2.30 petang, sehari sebelum dia dilaporkan hilang.

“Dalam perbualan singkat itu kami berkongsi persediaan Aidilfitri dan saya langsung tidak menduga perkara buruk bakal menimpanya kerana nada suaranya ceria,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, persediaan tahun ini agak pelik kerana kebiasaannya Sosilawati akan membelikan kuih raya untuk semua adik- beradiknya, sebaliknya tahun ini berjanji memberikan wang tunai RM500 dan meminta membeli sendiri persiapan hari raya.

“Dia juga sempat bergurau jika dia yang belikan kuih semua pasti sama dan mungkin tidak kena selera adik beradik, jadi lebih baik dia beri wang dan kami beli sendiri.

“Hanya ibu akan mendapat kuih raya dibelikan, dia berjanji memberikan duit raya pada kami seperti tahun sebelumnya sebagai persediaan menyambut Aidilfitri kelak,” katanya.

Ibrahim bidas Setiausaha Agung Umno hanya mahukan undi Cina

THE MALAYSIAN INSIDER |

KUALA LUMPUR – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.

“Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas (gambar) ini kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: “Tidak perlu. Ini sudah cukup.”

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Rabu, 8 September 2010

Nilai semula di mana punca isu perkauman negara kita

Terlalu banyak hal berkaitan perkuaman berlaku tatkala umat Islam sedunia sedang berlatih menahan nafsu sepanjang Ramadhan tahun ini. Baik dari aspek perkauman melayu mahupun bangsa lain.

Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya baru sahaja selesai membuat laporan polis berkenaan laman Facabook yang menghina Islam dan Allah. Akaun tersebut kelihatannya dinamakan atas nama seorang berbangsa Cia iaitu Katy Lim Li Lian.

GPMS juga baru sahaja membuat laporan polis yang sama terhadap satu akuan faacebook yang menggunakan nama Melayu babi.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee pula telah membuat Klip video terbaru beliau atas nama seni yang belia bawa tetapi berunsur menghina suasana perpaduan keharmonain antara kaum di malaysia.

Masalah ini bukan masalah lama malah ia adalah amalan majoriti penduduk malaysia baik dari kalangan pemimpin, media, artis dan rakyat jelata.

Adakah dengan saranan PM agar SKMM mengambil tindaka tegas terhadap sebarang penghinaan melalui media baru seperti facebook dan youtube akan menyelesaikan ketegangan kaum di Malaysia? Adakah benar kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa institusi keluarga yang gagal telah melahirka para pemikir komunalisme, perkuaman dan sikap chauvinis yang menghina melayu dan islam.

Dari mana fahaman kebangsaan dan 'tekanan dalaman' (internal stress) yang berlaku di kalangan masyarakat bukan Melayu sehingga mereka juga berani membuat sesuatu tindakan yang kelihatan mencabar nama Islam dan toleransi kaum sejak merdeka?

Sebenarnya rangka asal kehidupan di Malaysia telah dirangkakan sebagai kehidupan yang penuh dengan nafas perkauman dan ini telah diteruskan denga jayanya oleh para pemerintah hari ini. Penghinaan terhadap dunia melayu dan tradisi melayu iaitu beragama islam bukan sahaja dihina oleh kaum bukan melayu malah juga dicarik dan dirosakkan oleh gerakan atau individu seperti Abdul Kahar yang mengaku sebagai nabi melayu. Kes Ayah Pin yang juga terang-terang membina institusi sesat terkenal di pantai Timur. Bukankah mereka juga disokong oleh segelintir elit melayu yang menganut fahaman sekularism, juga bercanggah dengan Islam? Lihat sahaja betapa sukarnya Mahkamah Syariah untuk mendakwa Abdul kahar sehingga beliau juga masih berjaya membuat blog khas 'Nabi Melayu' walaupun telah lama diburu oleh Mahkamah.

Ancaman Mahyuddin bahaawa si penghina agama dan Melayu tidak akan dilepas begitu sahaja, tidak membawa apa-apa remedi berkesan untuk merawat fitrah perkauman dan keresahan kaum di Malaysia.

Selagi mana gendang perkauman dimainkan di media massa, agenda perkauman masih lapuk dalam perlembagaan parti-parti politik Malaysia, selagi mana perpaduan kaum hanya dilampirkan dalam pakej 1 malaysia hanya sebagai kosmetik melalui tarian dan nyanyian beramai-ramai semata-mata, selagi itulah akan muncul beratus-ratus facebook dan klip video sepertimana yang kita lihat hari ini.

Silibus pendidikan AM, Tamadun Asia dan sebagainya yang diajar di kolej dan universiti masih kaku malah ia hanya membincangkan asal usul tanah melayu tanpa menggesa dan memandu anak-anak melayu, Cina dan India di negara ini untuk bertoleransi dan memahami antara agama yang lain. Kampus-kampus di malaysia juga masih menjadi kilang pengeluar produk mahasiswa perkauman yang kemudiannya menghiasi pasaran kerja yang jauh lebih dahsyat perkaumannya.

Naun begitu, dalam membawa agenda perpaduan, bukan sekadar kerajaan dan melayu yang merapatkan jurang sesama kaum, sebaliknya juga tindakan optimis dan progresif daripada bangsa lain untuk mengertikan hakikat perpaduan kaum. Agenda perpaduan kaum juga menjadi dingin memandangkan Malaysia masih terlapuk dengan politik komunalisme yang sempit dan menyesakkan agenda ini berlangsung. Kaum-kaum yang daulunya taat dan setia dengan negara asal mereka kini pula hanya taat kepada parti perkauman mereka. Mereka hanya dipujuk dan ditenteramkan melalui agenda negara serta kontrak sosial sahaja tanpa ada usaha oleh kerajaan untuk memecah tembok perkauman ini.

Kekabutan pemahaman perpaduan kaum adalah disebabkan sosio-politik negara ini. Lirik Namewee dan videonya serta beberapa laman facebook adalah manifestasi isihati segelintir rakyat yang jelak dengan kepura-puraan integrasi kaum. Ia petanda bahawa agenda 1 Malaysia masih teruk bermasalah dan belum merawat masalah lama.

Penyelesaian yang disarankan oleh Setiausaha gabungan Ihtisas dan usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) di dalam akhbar bahawa Namewee perlu diISA adalah langkah penyelesaian lapuk BN sejak dahulu dan ia bukan penyelesai penyakit ini.

Jika ingin meggunakan ISA, tentu parah malaysia ingin ISAkan semua rakyat Indonesia yang terlibat memijak bendera Malaysia yang juga mengandungi simbol Islam iaitu Bulan dan Bintang! Malaysia juga perlu ISAkan TV3 yang jelas menyiar iklan perpaduan kaum ala liberal yang menyamakan islam dengan agama lain. Adakah ini penyelesai masalah? Akta zalim yang buta undang-undang tamadun ini bukan ubat bagi penyakit sosial sebegini. Banyak aspek yang perlu dinilai semula oleh pihak kerajaan khususnya disamping kesedaran rakyat. Jika budaya artis yang berleluasa dibenarkan menghina syariah dan agama islam melalui kenyatan-kenyataan bodoh di media perdaanamereka dibiarkan sahaja, jangan harap kita berjaya menangani rakyat yang menggunakan ruang maya seperti internet.

Lebih malang apabila ada penganut fahaman perkuaman melayu menggesa melayu bersatu untuk menentang persekutuan kaum bukan melayu yang menggugat islam dan Melayu. Bermakna kata si pembela itu juga 2 kali 5 sahaja dengan penghina kaum bukan melayu itu.

Islam telah lama mengharamkan pemikiran chauvinis sempit. Malah tiada amalan dalam syariah yang cuba menerbitkan suasana tegang antara kaum jika diamalkan. Jika benar ingin memahamkan kaum bukan melayu tentang Islam, berilah penerangan yang sahih tentang apa itu islam dan nyatakan di mana perkara yang menjadi sensitiviti Islam dan bukannya telah memalu gendang perkuaman dalam akhbar-akhbar seperti yang berlaku hari ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

SELAGI BN BERKUASA, SELAGI ITULAH POLIS TIDAK BEBAS

from cetusan rasa JJ |


Luahan hati mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengakui wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, ternyata dakwaan orang ramai termasuk parti parti politik khususnya Pakatan Rakyat memang betul, bukannya rekaan semata mata.

Sejak dahulu lagi khususnya parti politik selain BN tidak begitu berpuas hati dengan polis, ada semacam orang ketiga mempengaruhi pihak polis. Tetapi ketiika itu dakwaan itu ditphmahan oleh Umno/BN sebagai suatu cerita rekaan semata mata, ataupun mungkin cerita penglipur lara.

Tetapi kenyataan Musaa Hasan itu jelas menunjukkan cerita itu bukan rekaan atau fitnah untuk memburuk burukkan pihak polis. Cerita itu adalah benar dan wujud dalam negara yang diperintah oleh Umno/BN.

Menurut Musa Hasan campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar," ujarnya.

Musa turut mendedahkan ada pegawai-pegawai beliau yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mustahil sama sekali PAS, DAP atau PKR yang campurtangan kerana Pakatan Rakyat tidak ada kuasa. Yang memerintah negara ini adalah Umno/BN, bukan Pakatan Rakyat.

Ketika menjelaskan lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Kebiasaan yang campurtangan ini adalah mereka yang ada kuasa, lebih lebih lagi kuasa politik. Walaupun Musa tidak menjelaskan pihak mana yang campurtangan tersebut, tetapi kita boleh menjangkakannya. Tidak lain parti yang memerintah, Umno/BN atau pemimpin pemimpin Umno/BN kerana mereka ada kuasa.

"Pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan," jelas Musa.

Menurut Musa lagi, apa yang diluahannya itu adalah perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Rakyat Malaysia yang ingin melihat perubahan dalam pentadbiran negara termasuk dalam pentadbiran polis, perlu melihat kenyataan Musa itu satu yang penting bagi mereka melakukan perubahan pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Jangan dibiarkan lagi Umno/BN terus berkuasa di negara ini. Selagi parti itu berkuasa, keadilan sukar diwujudkan, campurtangan politik akan terus menerus berlaku.

Kita mahukan pemerintahan yang adil bukannya pemerintahan yang menzalimi rakyat dengan pelbagai akta. Kita mahu bebaskan negara dari cengkaman Umno/BN kerana rakyat merasakan selagi parti itu berkuasa, kezaliman, penindasan dan ketidakadilan terus berlaku.

Sekiranya kita mahu melihat pihak polis bertindak dengan adil dan telus dan tidak ada campurtangan dari pihak ketiga, rakyat negara ini mesti memilih Pakatan Rakyat menerajui negara ini.

Felcra: PAS belum dedah, Umno BN sudah cemas

Hazayani Zakaria




HarakahDaily | KUALA LUMPUR, 7 Sept: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.

Mazlan juga menyangkal dakwaan Zambry bahawa pihaknya sengaja membuat tohmahan terhadap Felcra bertujuan menimbulkan kebencian peneroka terhadap Umno Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kuat untuk didedahkan.

"Kalau mereka kata kita sengaja membuat fitnah dan tohmahan terhadap Felcra, sebenarnya saya sudah tegaskan beberapa kali kita punyai bukti dan selepas hari raya ini kita akan mendedahkan secara bersiri bukti-bukti yang ada pada kita," katanya.

Dalam satu majlis di Sitiawan semalam, Zambry 'menasihati' peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai 'dakyah dan tohmahan' terhadap Felcra yang didakwa giat dijalankan oleh PAS.

Sebelum ini, Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga mendakwa PAS kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap Felcra termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra.

Tambah Mazlan juga, pemimpin Umno BN termasuk Tajuddin mula cemas dengan pendedahan yang dibuat pihaknya setelah melihat kejayaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat pendedahan mengenai Felda.

"Saya berpendapat bahawa bila kita mula dedahkan isu Felcra mereka rasa cemas sebab mereka tahu berdasarkan pengalaman kita dedahkan isu Felda yang membangkitkan gelombang di kalangan rakyat.

"Mereka takut akan hadapi nasib yang sama dengan Felda dan bimbang segala penyelewengan yang dilakukan akan terbongkar," katanya lagi.

Ujarnya, Umno BN tidak perlu takut berhadapan dengan tuduhan jika mereka tidak bersalah.

"Mereka tdak perlu bimbang jika tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi bila mereka rasa bimbang saya kira isu ini mendapat tempat yang istimewa sama ada pada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Tajuddin sendiri dan Zambry melatah kerana Felcra paling banyak di Perak," ujarnya yang juga pengerusi Anak.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan satu lagi NGO iaitu Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya (Bapa), Mazlan memberitahu, ianya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari raya nanti.

Pengerusi penaja NGO itu akan diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria manakala ahli jawatankuasa dan pengerusi NGO itu akan diserahkan kepada peserta Felcra sendiri.

"Selepas pelancaran Bapa kita akan mulakan siri pendedahan kita untuk kita buktikan apa yang kita cakap ini benar.

"Tajuddin pernah cakap ini rekaan semata-mata tapi saya tegaskan ini bukan rekaan dan kita ada bukti dan akan dedahkan satu demi satu," katanya.

Penubuhan Bapa adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu.

Mengapa Pegawai Bank Iringi Sosilawati?

Isteri kepada pegawai bank yang hilang, Suzana Radim Pangat, 38, bersama anak-anaknya menunjukkan kad ucapan hari raya yang dikarang oleh anak-anaknya kepada ayah mereka selepas sidang media eksklusif di kediamannya di Kuala Lumpur, Selasa.

Turut sama anaknya (dari kiri) Mohamad Azri Shahzan,14, Mohamad Faiz Ridzmi, 5, dan Nur Aneesa Salbiah, 11. Suami beliau Norhisham Mohamad sehingga kini hilang bersama tiga lagi iaitu jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, peguam Ahmad Kamil Abd Karim dan pemandu peribadi Kamarudin Shansudin. Foto BERNAMA

KL, 7 Sept 10: “Tolong faham, abang tak balik rumah tiga hari dan abang minta maaf."

“Nanti balik abang akan cerita,” itulah kata-kata terakhir Noorhisham Mohammad kepada isterinya Suzana Radim Pangat menerusi telefon sebelum beliau dilaporkan hilang.

Noorhisham, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru dilaporkan hilang bersama-sama juwatan kosmetik Sosilawati Lawiya, 44, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Suzana, 38, berkata kali terakhir beliau bercakap dengan Noorhisham ialah melalui panggilan telefon kira-kira 8.15 malam Isnin minggu lalu dalam keadaan tergesa-gesa.

“Saya rasa sangat pelik. Apabila saya tanya kenapa, dia cuma jawab yang dia suruh saya faham, nanti balik dia akan cerita semuanya, dan ketika itu dia hanya sehelai sepinggang.

“Jadi, saya tak buat apa-apa tindakan kepada polis walaupun saya rasa apa yang berlaku ini pelik sebab bila suami cakap dia akan balik tiga hari lagi, fahaman saya dia akan balik," katanya kepada Bernama di kediamannya di Taman Seria, Ampang hari ini.

Beliau berkata pada hari kejadian, suaminya ada memberitahu bahawa beliau akan ke Banting atas urusan kerja bersama-sama Sosilawati, Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

“Dan apa yang saya tahu pada masa itu, suami saya menaiki kereta dengan (Ahmad) Kamil sebab sebelum bertolak ke Banting dia ada telefon bagi tahu yang dia nak bertolak,” katanya.

Suzana yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan Noorhisham, berkata sejak 31 Ogos hingga kini beliau tidak dapat menghubungi suaminya. “Pada hari berikutnya itu, saya risau kenapa dia tak hubungi. Petang saya hubungi dan SMS suami saya guna telefon saya dan anak, tetapi tak dapat,” katanya.

Menurutnya beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 5 petang pada Khamis lepas selepas tiga hari suaminya tidak pulang ke rumah.

“Saya risau sebab dah tiga hari dia tak balik, sebelum ini dia tak pernah buat macam ni. Kalau pergi out station pun dia akan balik,” katanya sambil menambah Sosilawati merupakan pelanggan Noorhisham sejak dua tahun lalu.

Menurut Suzana, hari ini beliau dapat mengenal pasti kereta suaminya yang berada di Seksyen 7, Shah Alam.

“Anak Datuk Sosilawati beritahu kereta (Proton Perdana) Noorhisham ada di Seksyen 7. Nasib baik kunci spare ada dan saya terus ke sana untuk bawa kereta itu balik ke rumah,” katanya.

Mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, Suzana berdoa agar suaminya dapat pulang untuk meraikannya bersama mereka sekeluarga.

“Kali ini saya tak ada apa-apa persiapan. Hanya saya harap suami saya balik sebelum hari raya. Sebelum suami saya hilang dia dah belikan baju raya untuk anak-anak kami.

“Yang paling menyedihkan ialah 13 Sept ini adalah ulang tahun kelahiran suami saya," katanya.

Keluarga Sosilawati pula berkata mereka tidak menerima sebarang surat amaran termasuk ugutan berhubung kehilangan jutawan itu. Adiknya Masturi, 42, berkata sebarang surat atau panggilan telefon termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak diterima keluarganya dari mana-mana pihak berhubung misteri kehilangan kakaknya itu.

Anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 24, pula berharap kerjasama berterusan daripada masyarakat akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar lagi selepas ini seterusnya merungkaikan segala permasalahan berhubungan kehilangan ibunya.

“Saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu mengenai ibu kami sehingga membawa kepada penemuan kenderaan ibu kami semalam.

“Penemuan terbaru ini menunjukkan kerjasama, keprihatinan yang tidak berbelah bahagi seluruh rakyat masyarakat Malaysia terhadap dugaan yang sedang kami sekeluarga hadapi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Sabtu Osman berkata masih belum ada perkembangan terbaru mengenai kes kehilangan Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

“Polis sedang giat menjalankan siasatan dengan mengambil beberapa keterangan dari keluarga dan rakan-rakannya.

"Siasatan ini juga merangkumi pemeriksaan terhadap dua buah kereta yang ditemui semalam termasuk cap jari yang terdapat pada kereta berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Semalam, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. Laporan Bernama

Sementara itu di Shah Alam menurut Kosmo! Online, pihak Polis percaya Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang bersama tiga lelaki pada 30 Ogos lalu berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) berkata, hasil pemeriksaan ke atas dua buah kereta yang dijumpai di Subang Jaya dekat sini malam kelmarin tidak menemui sebarang unsur mencurigakan. (AK)

Selasa, 7 September 2010

Hishamuddin Rais: Minda Melayu 'dibonsaikan' Oleh Umno

Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda politik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.

Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.

"Di Malaysia agak mudah. Hantu bagi orang Melayu adalah Cina. Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu dan rakyat patut berterimakasih kepada Umno kerana menyelamatkan mereka.

"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.

Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka.

Musa Hassan akui ada Pegawai KDN mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia

Bernama | Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.

Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.

Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.

"Bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM," katanya.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.

Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada orang awam, beliau berkata masyarakat perlu mempunyai 'first class mentality' dengan tidak bertindak sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga melanggar undang-undang.

Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.

"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah.

"Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya.

Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.

Ketika ditanya apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, Musa berkata kini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk berehat panjang memandangkan jarang mengambil cuti selain ingin menjadi rakyat yang baik.

"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

"Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya.

Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat ! Mana MAIS?

Minggu lepas dan sebelumnya riuh rendah 1Malaysia membicarakan tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.

Hingga mengakibatkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching diberikan amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau perlu mendapatkan kebenaran MAIS jika hendak memasuki ruang solat..

Isunya ialah beliau bukan Islam dan Tidak menutup aurat..



Bagaimana pula dengan gambar-gambar diatas dan juga dibawah.. seorang isteri kepada pemimpin Negara membaca Al-Quran sambil mendedahkan auratnya dalam majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan di Seri Perdana .

Hukum membaca al-Quran tanpa menutup aurat adalah jelas mengatakan yang ianya adalah haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Malang sekali kerana seorang ustaz yang turut kelihatan berada di situ juga takut untuk menegurnya.. mungkin beliau takut elaunnya dipotong atau beliau dipecat.. jadi bagi mengelakkan itu semua menimpanya.. beliau bertukar menjadi Syaitan yang Bisu…

Mana Pengarah MAIS?? Tegurlah kalau berani!!





Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (empat, kiri)
ketika membacakan surah-surah lazim pada majlis Khatam Al-Quran
di Seri Perdana di sini, hari ini. Turut sama Ustaz Ahmad Shubki Osman.


Hukum membaca Al-Quran tanpa menutup Aurat

SOALAN 1
APA hukumnya membaca al-Quran tanpa menutup aurat?

JAWAPAN: Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama. Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat.

Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat.

Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya. Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah.

Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran supaya maksud tarbiyah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca:

Adab secara batiniah

* Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan.

* Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.

* Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.

* Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas .

* Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat.

* Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini.

Adab secara lahiriah

* Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya.

* Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya .

* Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.

* Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita.

Dua kereta ditemui di Subang Jaya, Nasib Sosilawati Masih ‘Misteri’

Pasukan forensik sedang mengambil bahan bukti daripada kenderaan BMW M5, dipercayai milikjutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana, USJ 1, malam tadi. - Foto THE STAR Oleh KEVIN TAN


Sosilawati Lawiya, bekas isteri penyanyi Nash yang hilang sejak 30 Ogos lalu. — Gambar ihsan dari akaun Facebook
KUALA LUMPUR, 7 Sept — Dua kereta mewah dipercayai milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan seorang peguamnya, yang dipercayai hilang sejak 30 Ogos lalu, ditemui oleh di dua lokasi berbeza di Subang Jaya dekat sini malam tadi.

The Malaysian Insider difahamkan kereta BMW M5 dengan nombor pendaftaran WTL 11, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana di Persiaran Subang Mewah manakala BMW 5series, bernombor pendaftaran AAJ 5, dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan dengan sebuah rumah teres berdekatan Pusat Perubatan Subang dan hotel berhampiran.

Kedua-dua kenderaan itu ditemui sekitar 10 malam tadi.

Bernama melaporkan sehingga berita ini ditulis, tengah malam tadi, terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan.

Difahamkan kenyataan media berhubung penemuan itu akan dikeluarkan pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penemuan kereta terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Ketika ditanya sama ada kesemua mangsa sudah dikesan, Ku berkata: “Belum.”

Polis Selangor juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihkanya dimaklumkan ada menerima maklumat mengenai penemuan kereta tetapi enggan mengulas lanjut kerana kes ini dikendalikan oleh Kuala Lumpur.

Dua kereta dan peguamnya ditemui beberapa jam selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata senarai panggilan telefon terakhir Sosilawati dan tiga yang lain dipercayai dapat membuka laluan penyiasatan berhubung kehilangan mereka.

Musa berkata pihaknya sedang menunggu data tersebut dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai sebaik sahaja perincian penggunaan telefon oleh keempat-empat mereka diteliti.

“Kita perlu siasat kesemua anggota keluarga yang terlibat. Setakat ini kita belum dapat apa-apa petunjuk lagi.

“Antara yang kita siasat adalah panggilan telefon (panggilan terima dan panggilan keluar) kesemua mangsa untuk siasatan lanjut,” katanya.

Hanya satu laporan saja diterima polis berhubung kehilangan keempat-empat individu tersebut iaitu pada Khamis lepas daripada keluarga Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Sosilawati, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya setelah dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak 30 Ogos lalu.

Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun gagal berbuat demikian sehingga kini.

Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lepas dan difahamkan Sosilawati membawa wang jutaan ringgit.

Polis kini menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu.

Sosilawati merupakan bekas isteri kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash.

Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.

Laporan media semalam menyebut sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting.

Sosilawati menghadiri Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam 26 Ogos lalu dan memaklumkan mahkamah bahawa wang RM1.38 juta yang digunakan untuk membayar hutang rumah serta dilaburkan dalam tiga akaun atas nama Nash adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Sosilawati memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

Beliau juga dikatakan menghadiri majlis berbuka puasa rasmi pada 29 Ogos lalu.

Isnin, 6 September 2010

Kapal selam pelengkap sistem pertahanan negara

Bernama | Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini memiliki dua kapal selam adalah pelengkap kepada sistem pertahanan negara.

Baginda bertitah kehadiran dua kapal selam Scorpene yang diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak itu sudah pasti meningkatkan keupayaan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawabnya menangani ancaman di perairan negara.

Bertitah pada majlis penyampaian kuih raya kepada anggota TLDM di Pangkalan TLDM Telok Sepanggar dekat Kota Kinabalu malam tadi, baginda berharap aset ketenteraan yang sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuhkan lagi benteng pertahanan negara.

"Sejarah perjuangan warga TLDM seharusnya menjadi kebanggaan kita semua kerana kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini adalah turut disumbangkan oleh angkatan itu," titah baginda yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah.

Pada majlis itu baginda menyampaikan kuih raya kepada Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Pertama Datuk Anuwi Hassan untuk diagih kepada anggota yang berkhidmat pada Hari Raya Aidil Fitri ini.

Terdahulu baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anggota Jawatankuasa Pendokong Askar Wataniah (JAKPAW) Perlis berbuka puasa di atas kapal KD Kedah di pangkalan itu.

Baginda dan delegasi kemudiannya bersembahyang Maghrib di atas kapal KD Pahang yang terletak bersebelahan dan menunaikan solat Isyak dan sunat Tarawih di atas kapal yang sama dengan diimamkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Sebelum melawat pangkalan TLDM, baginda dan rombongan diberi sambutan meriah di Kota Marudu oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu.

Pada majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu 2 itu, baginda mengingatkan pelajar supaya memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dengan sebaik mungkin.

Masyarakat akan berhadapan dengan ancaman jenayah siber jika teknologi canggih itu tidak dimanfaatkan secara berfaedah, titah baginda.

Raja Muda Perlis berada di Sabah sejak 3 Ogos lepas kerana mengetuai delegasi JAKPAW ke kawasan Ops Pasir termasuk melawat anggota pasukan keselamatan yang bertugas di beberapa pulau di perairan Sabah.

Sosilawati Bekas Isteri Nash Hilang Bersama RM4 Juta

KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.

Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji'e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.

Ahad, 5 September 2010

Berapa banyakkah bangkai ayam yang sudah kita makan?

BUKTI...Amri (kanan) menunjukkan urat leher ayam yang tidak disembelih secara sempurna, semalam.

HMetro | KUALA LUMPUR: Tiga pusat penyembelihan ayam di pasar Chow Kit, di sini yang mengedarkan ayam sembelihan ke pasar raya dan pasar di Lembah Klang didapati menyembelih ayam secara tidak sah menurut hukum Islam selepas didapati urat halkum ayam disembelih tidak putus seperti disyaratkan.

Lebih menyedihkan pemilik pusat itu sanggup mengupah tukang sembelih warga asing serta tidak bertauliah menyebabkan ayam yang disembelih itu ibarat ‘bangkai’ kerana ia turut dilemaskan dalam tong besar berisi air.

Ini terbukti dalam satu operasi khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke pasar berkenaan awal pagi semalam.

Dalam operasi bersepadu kira-kira jam 5 pagi itu, seramai hampir 30 pegawai dan anggota dari Jakim, Jawi, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak melakukan pemeriksaan mengejut terhadap tiga pusat penyembelihan ayam di pasar terbabit yang disyaki melakukan pelanggaran syarak.

Operasi terbabit turut disertai Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Zainal Abidin Jaafar dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah bagi melihat sendiri masalah berhubung isu halal di kalangan pengusaha ayam tempatan.

Namun kehadiran pihak berkuasa seolah-olah dihidu apabila seorang penyembelih ayam yang tidak mempunyai tauliah lari lintang pukang dan gagal diberkas selepas pusat penyembelihan ayam di kawasan itu digempur.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah yang turut menyertai operasi itu terkejut apabila empat dari ayam yang baru disembelih didapati tidak putus urat halkum.

Ayam itu yang masih belum diproses disembelih menggunakan pisau tumpul sebelum dicampakkan ke dalam tong besar berisi air.

Amri berkata, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya sukar memastikan sama ada ayam berkenaan mati akibat disembelih atau lemas akibat disumbat ke dalam tong berisi air berkenaan.

Menurutnya, keadaan ini menimbulkan isu ‘syubahah’ atau curiga sama ada ia halal dimakan atau sebaliknya berikutan pernah berlaku peniaga melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai.

“Bagaimanapun pemeriksaan mendapati kebanyakan ayam disembelih dengan cara tidak sempurna, malah lelaki yang ditugaskan menyembelih ayam berkenaan adalah pendatang asing Indonesia yang tidak mempunyai surat kebenaran menyembelih dari Jawi.

“Agak menghairankan apabila empat pekerja penyembelih tempatan yang mempunyai surat kebenaran Jawi sebaliknya, tidak bertugas dan berada di pusat penyembelihan berkenaan. Rata-rata pekerja yang ditemui hanyalah warga Bangladesh dan Indonesia yang digaji untuk menyembelih dan memproses ayam terbabit,” katanya.

Khusrin Dinasihat Rujuk Fatwa Jika Cetek Pengetahuan Agama

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 4 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang beliau anggap mempunyai pengetahuan agama yang cetek supaya merujuk kepada fatwa berhubung isu orang bukan Islam memasuki masjid atau surau yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 1 Mac lalu sebelum membuka mulut mengenai apa-apa perkara berkaitan Islam.

Khalid juga menganjurkan supaya Mohammed Khusrin meneliti fakta sesuati isu bersangkutan agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan jika beliau tidak pasti samada apa yang dikatakan berlandaskan fajta atau sebaliknya.

"Nampak pengetahuan yang ada pada Khusrin terlalu cetek, sepatutnya beliau merujuk terlebih dahulu kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membincangkan hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama.

"Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini Selasa lalu.

Menyentuh mengenai kenyataan Mohammed Khusrin dan tindakan Umno yang mempolitikkan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu, Khalid membidas ia adalah satu fitnah besar serta menyifatkan Umno telah membina tembok penghalang yang besar dalam perpaduan kaum di negara ini.

"Banyak fitnah yang telah dimainkan oleh Umno di dalam bulan Ramadhan ini, daripada isu doa ketika khutbah Jumaat yang menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehinggalah kepada kes terbaru yang membabitkan Ahli Parliman Serdang. Umno memfitnah tanpa meneliti terlebih dahulu apa sebenarnya yang berlaku.

"Malah dalam kes Teo saya melihat, Pengarah Jais telah mengeluarkan pelbagai kenyataan di media tanpa merujuk kepada Mufti terlebih dahulu. Kenapa beliau tidak melihat fatwa yang telah dikeluarkan berkenaan isu orang bukan Islam memasuki surau atau masjid, kalau ilmu pengetahuan masih lagi cetek beliau perlu membuat rujukan terlebih dahulu barulah mengeluarkan kenyataan ini tidak hanya mengikuti telunjuk Umno yang sudah tentu jahil dalam bab-bab sedemikian.

"Bagi saya tidak menjadi masalah kalau orang bukan Islam ini memasuki surau ataupun masjid kerana tidak pernah timbul masalah kepada penduduk setempat, begitu juga dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang memasuki gereja ataupun kuil tidak pernah timbul ketidak selesaan mereka yang berada di dalam tempat tersebut.Malah mereka menyambut pemimpin Islam daripada Pakatan Rakyat dengan baik dan mesra dan begitu juga sebaliknya orang Islam menyambut dengan rasa hormat ke masjid dan surau.

"Tindakan Umno ini telah mencemarkan imej Islam di mata mereka yang bukan Islam, kita dari Pakatan Rakyat sentiasa berusaha membentuk silaturahim di dalam perhubungan sesama kaum dan juga agama di negara ini tetapi Umno mengambil pendekatan yang terpesong cuba menakutkan orang bukan Islam dengan pelbagai kecaman," tegasnya.

Ketika ditanya berkenaan dengan kewibawaan Khusrin sebagai Pengarah Jais yang dilihat telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang lebih mirip kepada politik serta membuat kecaman tanpa merujuk kepada mufti mahupun fatwa, beliau akan meminta kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan Khusrin di jabatan itu.

"Saya akan menulis surat kepada kerajaan negeri bagi menilai semula kedudukan Khusrin di Jais, mungkin langkah terbaik kita kemukakan cadangan pindahkan beliau ke tempat lain agar tiada lagi jawatan beliau digunakan untuk kepentingan politik Umno.

"Bila melihat Umno ini terlalu membentuk benteng perpaduan antara kaum mungkin paling layak Umno ditukar kepada 'Unfriendly Malay Nation Organization', sebab terlalu banyak kenyataan fitnah dikeluarkan Umno dalam soal isu bukan Islam," kata Khalid lagi.

Dinar Emas habis dijual di Kelantan


Pelbagai komen dan tuduhan dilemparkan oleh kerajaan Pusat terhadap matawang Dinar dan Dirham keluaran kerajaan Kelantan sebelum ini.

Bukan itu saja, malahan ada yang mencabar agar dibuktikan bahawa matawang Dinar ini mendapat sambutan daripada orang ramai.

Nah, sekarang cabaran itu telah terjawab apabila matawang Dinar habis dijual di Kelantan.

Menurut Kelantan Gold Trade (KGT) Sdn Bhd yang mengeluarkan matawang Dinar berkata sebanyak RM1.5 juta wang dinar dan RM1 juta wang perak dirham telah terjual semenjak diperkenalkan pada 12 Ogos lalu.

"Kami memohon agar orang awam bersabar sehingga selepas Aidilfitri bagi mendapatkan dinar. Buat masa ini, hanya syiling dirham sahaja yang boleh didapati tetapi ianya akan hanya dijual kepada yang mahu menggunakannya untuk membayar zakat fitrah," kata CEO KGT Umar Ibrahim Vadiloo.

KGT adalah anak syarikat kepada Kelantan Menteri Besar Corporation yang juga menguruskan matawang berdasarkan syariah.

Umar berkata sebanyak 150,000 syiling dinar dan dirham yang dikeluarkan dan kebanyakan pembeli membelinya untuk kegunaan pelaburan.

"Ianya adalah wang syiling emas, jadi mereka membelinya untuk pelaburan dan daripada pemerhatian kami ramai pembeli berbuat demikian," katanya lagi.

Satu dinar sekarang ini berharga RM592 dan dirham RM13 tetapi nilainya berubah-ubah mengikut harga pasaran.

Mengikut perundangan Islam, syiling dinar seberat 4.25 gram emas manakala dirham 3.0 gram perak tulen.