Sabtu, 14 Ogos 2010

DEB telah 'dipernyataan-haramkan' - Nazir Razak

Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerima antara bidasan yang paling perit apabila ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak mengambarkan dasar itu sebagai sesuatu yang telah 'dipernyataan-haramkan' dan menyimpang daripada tujuan asalnya.

"DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini.

Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.

"Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP).

"Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu.
Nazi
r juga berkata MBE perlu menyandarkan kepada kepelbagaian Malaysia mengikut kaedah yang menyediakan sokogan bagi syarikat Malaysia berkembang ke perigkat serantau.

"Kejayaan yang dicapai oleh CIMB, Axiata, YTL dan AirAsia juga boleh dilaksanakan di Malaysia. Syarikat sedemikian telah menarik bakat rakyat Malaysia walau di mana sahaja mereka berada.

"Kita memerlukan lebih banyak syarikat Malaysia, malah pada tahap enterpris kecil dan sederhana (EKS) untuk merentasi sempadan nasional," kata Nazir, sambil menyatakan bahawa beliau berharap MBE akan mewujudkan satu kerangka bagi merangsang pertumbuhan percambahan syarikat merentasi sempadan nasional Malaysia.

Katanya nilai kepelbagaian sangat difahami di dalam dunia perniagaan.

"Kepelbagaian di dalam portfolio boleh mengurangkan risiko, kepelbagaian di dalam tenaga kerja jualan diterjemahkan kepada liputan pelanggan yang lebih baik dan kepelbagaian di dalam pemikiran meluaskan julat penyelesaian kita," katanya.

Menurutnya kepelbagaian memupuk kreativiti dan kepakaran kebudayaan yang diperlukan untuk membina dan mengembangkan perniagaan serantau.

Kenapa Adik Najib Senada Dengan Anwar?

MSO | KATA adik Najib Razak, Nazir Razak, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibangga-banggakan oleh Umno dan sering dirujuk sebagai ikon kehebatan dan kejayaan kerajaan BN, hanya mengkayakan segelintir golongan tertentu saja. Dasar itu juga sudah dikenyataan-haramkan. Kata-kata Nazir itu sama dengan apa yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.

Sudah lama Ketua Pembangkang mengenal pasti bahawa DEB tidak relevan lagi sebagai plan pembangunan sosio bangsa dan negara kerana ia memberi kekayaan kepada segelintir manusia saja. Justeru menurut persepsi Anwar setelah berada di luar kerajaan dasar (pelaksanaan) itu juga dasar yang tidak adil dan berunsur perkauman.

Anwar memperakui matlamat DEB baik, tetapi pelaksanaannya tidak memuaskan disebabkan budaya korupsi dalam perlaksanaannya. Tidak ada guna satu sen pun sesuatu dasar yang baik pada nama dan menguntungkan segelintir orang tetapi bukan rakyat umumnya. Kata Anwar juga berlaku banyak ketirisan dalam DEB.

Kata Anwar disebabkan itu wajar DEB dibaiki atau dihapuskan terus. Kerana itu Anwar mencadangkan kalau Pakatan Rakyat memerintah satu plan ekonomi dan sosial baru akan diperkenalkan bagi menggantikan DEB yang lebih adil dan telus yang berintipati kepada semangat Malaysia Baru.

Bagaimana pun cadangan Anwar itu mudah dipandang hina dan telah dipolitikkan oleh para badut politik. Ia dikelirukan dalam usaha untuk menghantukan wajah Anwar sebagai pengkhianat negara. Anwar dikritik sebagai tidak bersemangat Melayu dan liberal melampau kepada bukan Melayu. Itu saja dan ia satu alasan mudah oleh musuhnya. Tetapi hari ini bila Nazir 'mengkritik' DEB hampir senada dengan Anwar apakah ia menunjukkan adik PM itu juga benci kepada DEB?

Nazir meluahkan pandangan itu dihadapan orang Cina sewaktu berceramah di Konvensyen Ekonomi Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur hari ini. Sekali dengar kenyataan Nazir itu kontras dengan pegangan parti abangnya, Najib Razak. Tetapi harus difahami di mana dan dalam keadaan apa Nazir mengucapkan demikian. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan ungkapan Nazir itu.

Elok kalau semua orang meneliti sebaik mungkin dan mengkaji apakah motif kenyataan Nazir itu. Apakah ianya ikhlas atau pun sebagai gula-gula untuk dilihat dan dijilat oleh orang Cina saja? Bagi saya Nazir tidak akan bercakap sesuatu yang bercanggah dengan pegangan parti abangnya. Justeru pada saya kenyataan Nazir itu penuh dengan politik dan mempunyai makna yang berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat. Saya yakin kalau di hadapan orang Melayu Nazir tidak akan berkata demikian. Nadanya akan berubah, dia tidak akan batuk mungkin hanya berdaham macam arwah bapanya saja.

Saya cabar Nazir untuk mengulangi pandangan itu dalam forum anjuran Melayu ataupun dihadiri oleh orang Melayu. Dalam masa sama saya ingin melihat apa komen sebuah pertubuhan yang bersemangat Melayu yang cuba menunjukkan diri sebagai juara bual ketika ini dalam menerima pandangan Nazir itu. Apakah ketuanya akan bersikap mengherdik Nazir seperti mana dia mengherdik Anwar? Kalau dia diam membisu maka sah dia sudah tertelan air liur Nazir.

Nazir adalah penasihat ekonomi peribadi kepada Najib dan juga pemilik kumpulan bank CIMB. Nazir adalah pegawai eksekutifnya. Peranan dan kedudukan Nazir dalam mewarnai dan menghala tujukan ekonomi Malaysia hari ini sangat penting. Kalau di zaman Mahathir Mohamad beliau memiliki orang bernama Daim Zainuddin, di zaman Abdullah Ahmad Badawi memiliki orang bernama Kamarudin Abdullah, atau Khairy Jamlauddin, di zaman Najib, Nazir adalah watak-watak baru Daim Zainuddin, Kamarudin atau pun Khairy.

Tegasnya bagi hemah saya Nazir berkata demikian tidak lebih daripada untuk mengambil hati orang Cina bahawa perlaksanaan DEB seperti mana dipersoalkan Anwar perlu dipinda segera bagi mengelakkan abangnya berhadapan dengan masalah. Itu saja. Pada saya kenyataan dan bidasan Nazir kepada DEB itu satu lagi babak sandiwara ciptaan Melayu. Nazir tidak akan menolak DEB walaupun ia cacat kerana kecacatan (penyelewengan dalam perlaksanaannya) DEB itulah yang meletakkan dia dipunca kolongmaret bank hari ini.

Bekas tahanan ISA: Bankrap bukan satu pilihan

Salhan K Ahmad & Regina Lee

Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia tidak boleh persalahkan.

Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Sepanjang tahanan itu, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing -- dan kini dia terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.

Bagaimanapun, Abdul Malek tetap tabah apabila pada Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan mengenepikan permohonannya untuk mendapatkan gantirugi sebanyak RM2.5 juta yang dianugerahkannya oleh Mahkamah Tinggi pada 2007 kerana bersetuju dengan penghujahannya bahawa penahanannya itu adalah salah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, selain menolak gantirugi itu, Abdul Malek juga diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden.

Sebelum ini, rayuannya kepada Mahkamah Rayuan pada Mac lalu juga ditolak dan dia diarahkan membayar RM50,000 sebagai kos litigasi.

Dalam menghadapi keputusan yang memungkinkannya jatuh bankrap, tanpa ruang pengadilan lanjut di mahkamah, kini Abdul Malek mungkin terpaksa meraih sumbangan orang ramai.

Abdul Malek yang bertugas sebagai pegawai penyelaras hal ehwal parlimen kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak suka idea 'menagih simpati' seperti itu, termasuk usaha mendapatkan bantuan daripada NGO.

N
amun, pada masa yang sama beliau juga tidak ingin melihat dirinya diisytiharkan bankrap kerana keadaan itu akan memaksanya kehilangan banyak peluang dan tanggungjawab dalam tugasnya.

Katanya, beliau akan berhubung dengan NGO hak asasi manusia Suaram dan mengadakan pertemuan dengan NGO tersebut pada Isnin ini untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Mahkamah Persekutuan Khamis lalu menolak permohonan rayuan Abdul Malek yang hilang gantirugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.

Mal
ah, Abdul Malek juga diperintahkan membayar RM20,000 kepada setiap responden dalam kes tersebut -- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kepada kerajaan.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai 'kejam'.

"Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu.

"Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya.

"Bdan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah.

"(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.

PROJEK BAKUN: SUBSIDI KORPORAT DITERUSKAN, SUBSIDI RAKYAT DIAMBIL






Saya memandang dengan serius laporan-laporan mutakhir yang menunjukkan kelewatan projek Empangan Bakun kerana begitu banyak wang rakyat telah disalurkan ke projek ini sejak sedekad yang lalu.

Berdasarkan laporan, jumlah kos keseluruhan dijangkakan akan meningkat akibat beberapa kelewatan projek. Kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 billion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 billion yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Kedua-dua pinjaman ini juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Sikap tidak peduli Perdana Menteri yang membiarkan wang rakyat terus digunakan di dalam projek Empangan Bakun adalah sangat bertentangan dengan pendapat beliau mengenai subsidi minyak dan gula. Beliau seolah-olah tidak kisah dengan kemungkinan wang rakyat terus dibazirkan untuk projek ini, tetapi bersungguh-sungguh mahu menarik balik subsidi minyak dan gula – sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek Empangan Bakun setakat ini.

Sasaran penjimatan RM750 juta dari potongan subsidi hanyalah 10% dari jumlah kos keseluruhan projek Empangan Bakun. Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.

Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?

Empangan Bakun adalah lambang layanan Barisan Nasional yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam menentukan subsidi. Di mata Barisan Nasional, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbillion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Saya menyeru Perdana Menteri mengambil pertanggungjawaban dan berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah kewangan projek Empangan Bakun dan kesannya kepada wang rakyat. Menteri yang dipertanggungjawabkan menyelia projek juga perlu berterus-terang dan menerangkan kepada rakyat kenapa anggaran kerugian RM2 billion itu perlu ditanggung oleh rakyat.

Rakyat berhak tahu terutamanya apabila rakyat diminta mengurangkan beban kewangan kerajaan, maka subsidi korporat juga perlu dihentikan.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG

Mazlan: 'Duit raya' hanya gimik Felda

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Pengumuman Perdana Menteri untuk memberi RM350 duit raya kepada setiap peneroka adalah cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka, kata Mazlan Aliman.

Sebaliknya, Mazlan (gambar) yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) berkata, 'duit raya' tersebut adalah sememangnya duit peneroka yang diambil Felda.

"Mereka cuba memberi gambaran bahawa Felda melayan peneroka dengan baik. Padahal itu adalah duit hasil usaha peneroka yang mereka ambik dan dikembalikan atas nama 'duit raya'," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam berhubung pemberian duit raya RM350 kepada setiap peneroka Felda dan RM150 kepada yang tidak bersama Felda.

Menurut Najib, Pemberian itu melibatkan jumlah RM37.14 juta kesemuanya.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pengumuman Najib itu juga hanya gimik bagi menutup isu Felda yang akan bankrap.

"Tak padan PM yang umum, sepatutnya cukup setakat Pengarah Besar Felda sahaja yang umum," katanya lagi.

Selain itu, jumlah pemberian itu juga katanya tidak berbaloi dengan usaha peneroka selama ini dan sangat kecil jika dibandingkan dengan peningkatan harga komoditi sawit semasa.

"Kalau nak kira, jumlah yang diberi terlalu kecil, tak berbaloi dengan usaha peneroka," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan akan memfailkan saman terhadap Felda ekoran menahannya di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu.

Saman tersebut akan difailkan peguam mewakilinya, Wan Rohaimi Wan Daud di Mahkamah Tinggi Temerloh jam 11 pagi Isnin, 16 Ogos ini.

Beliau mendakwa, penahanannya oleh Felda adalah tidak sah, berniat jahat dan menjejaskan reputasinya.

Suhakam: Bersatu tukar kerajaan jika mahu bubarkan ISA

Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam membuat cabaran kepada semua rakyat Malaysia - jika tidak mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka bersatu menentangnya.

Diplomat negara yang telah bersara itu berkata Malaysia tanpa ISA adalah situasi yang ideal tetapi mengakui ia tidak semudah itu.

Hasmy, 66, berkata hak asasi akan hanya diletakkan di tempatnya yang sewajar di negara ini, apabila semua pihak, bermula daripada kanak-kanak sekolah sehingga pegawi penguatkuasa memahami hak masing-masing.

"Terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mereka mahu (atau tidak) mengekalkan ISA sekarang ini ataupun dalam bentuk yang lain,” katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, baru-baru ini.

Hasmy, seorang duta ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu menghapuskan akta kuku besi - ISA itu tidak semudah seperti yang disangkakan.

Katanya, tindakan kerajaan untuk meminda beberapa perkara yang amat tidak disenangi rakyat tetap tidak akan disenangi kerana ia hanya berubah bentuk.

"Jika parti politik yang mahu ISA dikekalkan terus berkuasa, sama ada BN atau sebaliknya, ini kehendak rakyat; (ia sebahagian daripada) proses demokrasi.

"Saya kira jika sesuatu parti itu tidak menjuarai ISA, maka apabila mereka membentuk kerajaan - mereka mempunyai tanggungjawab bagi membubarkan akta itu,” katanya.

Hasmy berkata beliau senada dengan pendirian Suhakam bahaaw undang-undang arbitrari seperti ISA tidak secocok dengan prinsip hak asasi manusia dan lebih cepat ia digugurkan, maka itu adalah lebih baik.

Bagaimanapun, Hasmy yang menganggap dirinya sebagai seorang idealis sedar bahawa ia tidak semudah itu dan menyedari Suhakam sentiasa berdepan dengan tentangan daripada kerajaan dan agensi penguatkuasaannya dalam menjalankan tugas. Malah beliau juga mengakui tidak mudah berdepan dengan kumpulan berkenaan.
"Ini telah menjadi isu sejak sekian lama. Suhakam telah dan akan terus mendesak agar ISA dibubarkan. Pendirian Suhakam jelas. Kami mahu ia dibubarkan. Bagaimana untuk kita lakukannya? Kita kena yakinkan kerajaan, pihak polis,” katanya.

Hasmy berkata kerajaan dan polis mempunyai beberapa justifikasi bagi mengekalkan ISA kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan yang kompleks. Sebagai contoh, katanya, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 seringkali dijadikan alasan supaya ISA terus dikekalkan.
Tegasnya, seringkali juga agensi penguatkuasaan tidak mematuhi peraturan dan menyalah-gunakan akta itu bagi menafikan hak kebebasan untuk berhimpun dan hak untuk diwakili bagi dibicarakan di mahkamah.

"ISA ini adalah tinggalkan sejarah. Dunia sudah berubah. Darurat sudah berakhir. Tidak ada lagi komunis. Mengapa ISA perlu dikekalkan?

"Kita boleh memperketatkan undang-undang lain bagi menjamin ketenteraman awam dan keamanan. Perketatkan undang-undang hasutan atau mungkin juga adakan akta anti-pengganas.

"ISA ini agak kejam dan kuku besi. Dan pasukan keselamatan serta pihak berkuasa hanya menggunakannya bagi memudahkan kerja mereka,” kata Hasmy lagi.

Mekah Miliki Menara Jam Terbesar Dunia


Menara jam terbesar di dunia akan berada di kota suci Mekah. Pemerintah Arab Saudi merancang jam itu akan bergerak pada awal Ramadhan.

Projek yang direka oleh jurutera Jerman dan Switzerland setinggi 601m, 6 kali lebih tinggi dari menara jam tersohor Big Ben London . Melalui menara ini juga, penduduk Mekah akan dapat melihat pemandangan kota Mekah sejauh 7 km.

Seni bangunan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Islam. Khususnya rekaan jam dapat dilihat pada keempat-empat sudut. Nama Allah akan tertulis pada setiap sudut jam tersebut. Menara ini adalah sebahagian daripada hotel Abraj Al-Bait dan kompleks perumahan di Kota Mekah.



Sumber: Saudi Press Agency

Puteri Umno Bersosial

Apa yang Mahathir katakan... "UmnoApco busuk sampai ke ususnya" adalah benar....

Apa yang Tengku Adnan katakan... "Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki" pun juga benar yang sebenar-benarnya, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka....

Buktinya seperti di bawah ini;

Jadi... janganlah ikut dan mencontohi parti haramjadah yang cakap tak serupa bikin ini. Jauhilah diri serta ahli keluarga lu orang sekalian dari mengikuti perangai segelintir kalangan puak parti haramjadah yang menolak Islam.

Terutama sekali jauhkan anak2 perempuan/puteri dan putera lu orang terjebak dengan umnoApco... bahaya woooiiiii.....

Sumber berita/gambar dari sini.

Musibah Bazaar Ramadhan Di Jasin - Amaran Allah !

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN?

Apa tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam. Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan kita bersama.











Kepada magsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, dan kepada mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk untuk merenung diri dimana silapnya..kerana bala dan murka Allah swt, itu diturunkanNya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena..baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu !

Jumaat, 13 Ogos 2010

Tanah RPT Gopeng: Pemimpin Umno disiasat

Salhan K Ahmad

Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk pemimpin Umno bahagian Gopeng disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu membabitkan pembahagian tanah untuk satu projek kampung tersusun.

Semua individu berkenaan dipanggil untuk siasatan pada bulan Mei lalu, menurut satu sumber daripada akar umbi Umno di situ.

B
eliau yang tidak ingin dikenali bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas pemimpin itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang dibuat oleh ADUN Teja Chang Lih Kang kepada SPRM semalam.

Dalam laporan tersebut Chang mendakwa seorang pemimpin kanan Umno bahagian itu menerima sepuluh lot yang ditetapkan untuk pembangunan Rancangan Kampung Tersusun (RPT).

Laporan itu juga mendakwa, pemimpin tertinggi bahagian berkenaan juga merupakan seorang daripada pemegang saham dalam sebuah syarikat yang turut menerima tanah seluas 50 ekar tanah untuk RPT.

Fail diambil

Dalam pada itu, seorang penolong pegawai daerah Kampar Nur Ashqrun Samsuri mengesahkan bahawa SPRM telah mengambil fail untuk pembangunan RPT tersebut sejak Januari lalu.

Nur Ashqrun Samsuri dari unit pembangunan tanah dan pelupusan berkata, tanah berkenaan telah diluluskan untuk RPT namun status projek itu setakat ini masih tergantung.

Jelasnya, Pejabat Tanah dan Daerah Kampar hanya boleh mengeluarkan surat tawaran kepada penduduk kampung yang layak menerima RPT selepas SPRM memulangkan fail berkenaan.

"Kita tidak boleh proses sebab semua fail tersebut berada di tangan SPRM," katanya lagi.

Tambahnya, SPRM bertindak mengambil fail bagi RPT tersebut daripada pejabat tanah tersebut selepas senarai nama bagi seramai kira-kira 100 orang penerima lot tanah berkenaan dipamerkan.

"Bila kita pamerkan nama penerima yang layak, ramai yang tidak puas hati apabila ada orang yang tidak dapat, tapi ada orang tertentu pula yang dapat," katanya lagi.

Beliau juga tidak dapat mengganggarkan keluasan sebenar bagi kawasan tanah berkenaan memandangkan ia tidak termasuk kawasan setinggan di kawasan tersebut.

"Sepatutnya penduduk setinggan di situ secara automatik mendapat lot RPT," katanya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan tanah RPT yang diperolehi oleh sebuah syarikat itu, Nur Ashqrun berkata beliau perlu meneliti terlebih dahulu sama ada tanah tersebut pada asalnya milik invidu atau sememangnya milik kerajaan negeri.

"Kalau milik individu, pemilik memang boleh serahkan kepada sesiapa yang dia suka, tapi bergantung kepada sekatan-sekatan.

"Tapi kalau tanah milik kerajaan, ia ditadbir oleh pejabat tanah," katanya.

Jelasnya, kelulusan untuk menyerahkan tanah tersebut kepada mana-mana individu perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Tanah yang dipengerusikan menteri besar.

Pentadbiran Negeri Selangor Lebih Baik Dibawah Pakatan Rakyat

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak |

Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.

“Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo,” kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

“Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

“Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri.”

Dalam
wawancara dengan Malaysiakini Selasa lalu, Khalid bahkan menggambarkan Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta, beliau tidak mampu pergi jauh.

“Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun,” kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu.

Ketawa besar

Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.

Mengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak kepimpinannya.

“Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam minum air,” katanya yang sudah dua tahun lima bulan menjadi menteri besar Selangor.

Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya sebagai pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet.

Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut.

“Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Hanya satu isteri

Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran.

Tambahan lagi, kata beliau, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah.

“Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini,” kata Khalid.

Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu.

Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu.

Bagaimanapun, jawab Khalid: “Ini jawatan lama.”

Kelantan Cipta Sejarah Lancar Matawang Syariah

Antara Delegasi-Delegasi jemputan dari luar negara yang turut sama hadir mengikuti pelancaran matawang Syariah Dirham dan Dinar Kelantan.



Cenderahati Dirham untuk Tok Guru... guano banyok tuh..? kekeke... nok sikit...

Tok Guru ambo memang kiut sokmo..!

Dinar Emas & Dirham Perak yang dipamerkan kepada bakal pembeli...

Semua gembira meraikan hari bersejarah ini...


Simbolik: CEO PMBK IR Haji Mustafa bin Salleh menjadi kakitangan Kerajaan Kelantan yang pertama menerima sebahagian gajinya dalam bentuk Dinar & Dirham Kelantan.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia menyampaikan sijil pengesahan pengguna Dinar & Dirham Kelantan kepada peniaga yang bersetuju menggunapakai sistem Dinar & Dirham di permis perniagaan mereka.

Gimik: Tuan Guru memasukkan Dirham Perak kedalam mesin simpanan Tabung haji yang direkacipta oleh pelajar UIA.

Dato' Paduka Husam Musa, individu yang mengilhamkan penggunaan Dirham Perak & Dinar Emas sebagai penyelesaian kepada sistem riba yang amat-amat merugikan umat Islam.

Peniaga berbangsa China yang bukan beragama Islam pun bersetuju menggunapakai sistem Dinar & Dirham dalam urusan perniagaan mereka...

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan..!

Sempat jugak aku sambar 10 Dirham Perak... 1 Dirham rege dia RM13 hengget (harga pasaran hari ni), aku dah pakai 4 Dirham buat bayar hutang Na'ime RM50 hengget, balance RM2 terpaksa terima duit kertas ciptaan Mat Saleh...

Akan datang, Kelantan juga akan keluarkan Fulus Gangsa pulak...

Semoga Kelantan semakin makmur dibawah pemerintahan Ulama Islam...

Amin...

Aku rasa dalam hati Tok Guru cakap: " Ambo tengok Haji Huse ni tinggi doh, Mat Saleh ni tinggi lagih..!", sambil senyum... hehehe...

KOTA BHARU : Selepas 4 tahun Dinar Emas Kelantan dilancarkan, Kelantan di bawah kepemimpinan ulama hari ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis pelancaran bersejarah itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Majlis pelancaran sempena bulan Ramadhan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Dalam majlis pelancaran berkenaan juga, Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan Dinar dan Dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada tahun 2006, Kerajaan Negeri telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM1,000,000 Dinar & Dirham telah dibeli orang ramai.

Topeng Perak Unmasked's Photos

Barua Yahudi Laknat kata Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat


Dinar Emas Kelantan *

Pelaksanaan sistem matawang berasaskan emas dari kerajaan negeri kelantan amatlah bijak kerana "sediakan payung sebelum hujan" kerana sistem matawang fiat yang menjadi hamba kepada US DOLLAR AMERIKA bila-bila masa boleh jatuh dan meranapkan ekonomi malaysia, bahkan kelantan, memiskinkan rakyat, menyusahkan rakyat.

Kerajaan islam Madinah di bawah pimpinan nabi muhammad s.a.w juga pelopor sistem matawang berasaskan emas bukan sehelai kertas yang tidak bernilai


Yahudi Laknatullah UMNO/BARISAN NASIONAL suka rakyat hidup susah kerana mereka boleh berkuasa selamanya.

Tahukah kita, matawang RM diikat / menjadi hamba kepada US DOLLAR yang sesuka hati boleh dimanipulasi / menipulasi/ditipu/kena tipu

Tak sampai 7 hari Kerajaan Islam Kelantan melancarkan matawang Dinar Emas sendiri, Barua &Balaci Yahudi Laknatullah UMNO/BARISAN NASIONAL mula menyalak, baca kat bawah:

Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.

Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Kelantan melancarkan dinar dan dirham yang akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata berdasarkan kajian, penggunaan dinar dan dirham dalam urusan perniagaan di negeri ini tidak bercanggah dengan peraturan ditetapkan BNM.
"Kajian sudah dilakukan dan ia tidak bercanggah, kita ikut laluan yang betul dan kalau ada apa-apa kita boleh runding, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Mata Wang Syariah, Dinar dan Dirham Kelantan di sini, semalam. Pada majlis itu, Nik Aziz turut menyampaikan sijil dan pelekat kepada rangkaian peniaga negeri ini yang bersedia menerima dinar dan dirham sebagai medium jual beli.

Sebagai simbolik perasmian, Nik Aziz turut menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh, menggunakan dinar.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, turut mengesahkan pengeluaran mata wang di luar bidang kuasa kerajaan negeri, malah tindakan kerajaan PAS Kelantan itu tidak praktikal dan tidak kena pada caranya.

- berita hairan

Penjelasan dari Kerajaan Negeri Kelantan
Husam: emas dinar, dirham perak bukan matawang

Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa menafikan laporan Bernama semalam berhubung penggunaan emas dinar dan dirham perak sebagai matawang.

Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita itu.

"Siapa yang kata (ini matawang). Kita tidak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ianya memang boleh dianggap sebagai matawang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, beliau hadir ke majlis pelancaran tersebut semalam dan tidak mendengar menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan emas dan perak itu sebagai matawang.

"Mungkin (Bernama) terlalu terkejut dengan berita itu dan hendak buat sensasi. Kita pun tak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi nilainya itu ada," katanya lagi.

Jelaskan, dinar dan dirham tersebut sebenarnya digunakan untuk pertukaran barangan.

"Di mana-mana negara pun, (pertukaran barang) ini dibenarkan. Contohnya kalau seseorang itu ada wau, dia hendak gunakan untuk tukar dengan beras. Kalau ada orang setuju, dia bolehlah guna untuk tukar dengan beras," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berhubung pelancaran dinar dan dirham tersebut.

Awang Adek, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini berkata, hanya kerajaan persekutuan melalui Bank Negara Malaysia mempunyai hak mutlak untuk mengeluarkan matawang.

Awang Adek juga dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mengeluarkan mata wang.

Mengulas kenyataan tersebut, Husam berkata: "Semua orang tahu kerajaan negeri tidak boleh keluarkan matawang. Datuk Awang Adek yang tak faham."

Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak perlu membuat rundingan dengan Bank Negara Malaysia untuk menjadikan dinar sebagai matawang.

"Sebab kita tidak pernah kata nak jadikan dinar ini sebagai matawang," katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan, fungsi Bank Islam dan Tabung Haji sebagai ejen untuk menerima mata wang syariah itu berurusniaga, juga tidak tepat seperti dilaporkan Bernama.

Jelasnya, emas dan perak itu sebaliknya boleh disimpan di Bank Islam melalui skim Ar-Rahnu.

Tambahnya, kerajaan negeri juga mencadangkan untuk membolehkan ianya digunakan sebagai bayaran untuk mengerjakan haji kepada Tabung Haji.

- malaysiakini

Apabila dilihat sesuatu tindakan Pakatan Rakyat bakal mengugat kepentingan mereka, puak Yahudi Laknat UMNO/BARISAN NASIONAL akan menyalak kata ianya bercanggah dengan semangat Federalisme (Persekutuan) @ FEDERAL LAW , kerana negeri tersebut duduk di bawah persekutuan Malaysia.


WAHAI BANGSAT CELAKA LAKNATULLAH BARUA YAHUDI, UMNO/BARISAN NASIONAL,SELAMA INI KAU ANAK TIRIKAN KAMI, NEGERI & RAKYAT KELANTAN
KAU NAK SURUH KAMI SELAMANYA JADI HAMBA ABDI DOLLAR AMERIKA SYARIKAT-YAHUDI-ISRAEL LAKNATULLAH

OOOOOO..KALU BAB NI TAU JUGAK KORANG NAK TEGAKKAN FEDERAL LAW, KALU BAB LAIN, KHASNYA HAK ROYALTI MINYAK NEGERI KELANTAN KORANG TAK HORMATI HAK KERAJAAN NEGERI DAN RAKYAT KELANTAN, KORANG TUKAR ROYALTI KEPADA WANG EHSAN, PASTU KORANG SAMUN & FARAID KAT KETUA-KETUA UMNO/BARISAN NASIONAL KELANTAN, BAGI SESUKA HATI KAT KAUM KERABAT & KRONI, BAHAGI KAT RAKYAT TAK SAMA ADIL PULAK TU.

PERUNTUKAN FEDERAL UNTUK KELANTAN KAU SEKAT/ LEWAT-LEWATKAN/ KURANGKAN/LANTIK JPP SEBAGAI PEMEGANG AMANAH HARAM

KAU BUAT UNIVERSITI HARAM SESUKA HATI TANPA BINCANG DENGAN KERAJAAN NEGERI

JALAN RAYA/LEBUH RAYA BAWAH JKR MACAM HARAM, BUAT HIGHWAY PANTAI TIMUR SETAKAT BESUT TEGANU SAJA.

KAU NAK RAMPAS KUASA DARI KERAJAAN ISLAM KELANTAN PIMPINAN TOK GURU DAN TUKAR KEPADA KUASA POLITIK YANG MENJADI HAMBA ABDI YAHUDI-APCO-AMERIKA SYARIKAT-SINGAPORK-ISRAEL LAKNATULLAH

by Warta 365