Bagi  mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang  cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu  satu AMARAN? 
Apa  tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman  penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru  pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai  pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan  mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah  mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja? 
Jika  pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu.  Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka  disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan  dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.
Baik,  teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang  langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu  bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang  terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai  tidak memperdulikan soal aurat. 
Malah  dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai  yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak  berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil  masa dan perhatikan.
Maka  tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN  dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan  oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah  diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang  diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya. 
Dari  apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua  pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya.  Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar.  Wallahuaklam. Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan  kita bersama.
Kepada  magsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, dan kepada  mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk untuk  merenung diri dimana silapnya..kerana bala dan murka Allah swt, itu  diturunkanNya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena..baik  manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu !









