Sabtu, 30 Januari 2010

KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGAMUK

MENTERINYA PULA MENIPU MENIPU MENIPU!!!!!!


SUKANYA DIA MENZALIMI ORANG!!!!!


LEPAS TU MENIPU DI SIANG HARI....baca penipuannya kepada media dan umum di bahagian bawah sekali di entry ini...

Sebelum meneruskan niat untuk mendedahkan kezaliman dan penipuan KDN dan PDRM saya kira adalah lebih baik terlebih dahulu dicatatkan tentang beberapa insiden yang patut dicatat menjadi sejarah dalam tanah air. Sejarah yang menambahkan lagi nilai kezaliman yang ada, dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat dalam usaha menutup mulut rakyat yang mahu mendedahkan kezaliman dan penipuan pihak penguasa.

1. ISA mengganas lagi.

Ketika DS Najib dilantik menjadi Perdana Menteri pada April yang lepas beliau telah membebaskan 13 orang tahanan ISA. Kemudiannya ada usaha untuk meminda akta ISA atas desakan rakyat juga yang mengatakan ISA zalim dan wajib dimansuhkan. Usaha pemindaan itu sepatutnya dijalankan pada sesi Parlimen yang baru lepas.

Sidang media GMI tentang penangkapan terbaru tahanan ISA.

Pada bulan September yang lepas beberapa orang tahanan ISA dibebaskan lagi dengan meninggalkan hanya kurang dari 10 orang di KEMTA.

Namun akhirnya dalam diam ISA tetap mengganas dan menahan 12 orang lagi dibawah ISA. Mereka ditangkap dengan ganas didalam sebuah majlis ilmu yang sentiasa diadakan.

Awal pagi tadi ada juga mendengar satu amaran dari KDN dan Bukit Aman bahawa lebih ramai lagi akan ditahan di bawah ISA.

Atas apa alasan sebenarnya????......tetapi mereka tidak memerlukan alasan sebaliknya mereka menggunakan alasan kononnya Keganasan Antarabangsa!!!!....hebat. Kebetulan pula Saudara Obama kita di Amerika Syarikat sana sedang memerangi Afghanistan atas alasan hendak menentang pengganas dan mahu semua negara termasuk Malaysia memastikan semua pengganas ditangkap atau dihapuskan.

Maka ramailah yang menjadi mangsanya....kini mereka yang ditangkap bukan lagi terdiri dari orang politik yang menentang kerajaan secara terang-terangan tetapi mereka yang mendalami ilmu agama dan dikaitkan dengan mereka yang mempunyai pemikiran WAHABI dan Salafi....sungguh malang sekali...jahat memang jahat....

Jadi berhati-hati anda semua selagi ISA masih wujud...sesiapa sahaja ada kelayakan untuk ditangkap dan diseksa di bawah undang-undang yang zalim ini!!!!

Keganasan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Hari ini juga kita dikejutkan dengan satu peristiwa keganasan lagi di mana pihak berkuasa mengganas di dalam sebuah Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia. Lantaran keberanian Mahasiswa kita yang berani bangun untuk menentang penipuan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus.

siap bawa cangkul ke apa ni...apa hal polis ni...nak sodok kepala siapa tu????.....gambar dari sini.

FRU telah digunakan untuk menghalang para pelajar ini menggunakan kuasa suara mereka untuk menentang kezaliman. Mereka telah diganasi dan ada yang ditangkap.

Mahasiswi yang berani...power!!!!!.....gambar dari Tukar Tiub

Syabas anak muda dan mahasiswa yang berani....walau terpaksa menghadapi pelbagai kemungkinan...tahniah...tahniah...tahniah...

KDN MENGAMUK RAMPAS BUKU!!!

3. Sejak dari semalam telah menerima berita bahawa majalah kartun ZUNAR telah dirampas dari kedai-kedai buku oleh pihak KDN. Sungguh terdesak...apa cerita ni...buku-buku ini dijangkakan oleh pihak KDN sudah tentu dengan risikan polis Cawangan Khas yang sentiasa merasakan mereka Intelligent dalam risikan bahawa buku ini bakal mencetuskan suasana yang tidak aman di Malaysia...sungguh lawak dan STUPID sekali....

Inilah wajah-wajah buku-buku yang bakal mengganggu ketenteraman....ketenteraman siapa????


dipetik dari Malaysiakini.

“The books have been taken because we want to investigate the publications. They are not banned, but we discourage distribution of those books pending the outcome.

“The books were seized during a routine operation by our officers. Currently we only have seized copies from one book store, but we will continue to look out for these books in our daily operations.”

It is understood that the books are being studied for seditious content which could compromise the harmony of the country.

File yang kami dapat semalam tersedia di atas meja mesyuarat.

4. Akhirnya sebagai penutup untuk entri ini dan sebagai kesimpulannya...KDN memang zalim dan Menterinya boleh kah kita katakan ketua yang zalim???....dan adakah dia juga seorang penipu????

Semalam bertarikh 28hb Januari 2010, GMI telah dijemput dengan surat jemputan dihantar dengan lebih awal, bahawa satu pertemuan akan diadakan bersama dengan Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan tentang Kajian Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kami juga mendapat makluman bahawa wakil dari parti Politik DAP,PKR dan PAS turut sama dijemput dalam majlis yang sama bersama dengan GMI.

gambar pertemuan pada 28hb januari 2010

Namun pada saat akhir hingga kami tiba di bilik Mesyuarat kami mendapat maklumat bahawa pertemuan dengan wakil Pakatan Rakyat telah dibatalkan. Hanya kami dari GMI dan NUJ National Union Journalist yang hadir.

Kami dari GMI tetap menghadirkan diri walaupun kami tegas dengan pendirian bahawa ISA wajib dimansuhkan dan bukannya dipinda kerana kami sudah lama menanti peluang untuk duduk berdepan dan berbincang dengan seorang Menteri Dalam Negeri. Sudah beberapa kali Menteri Dalam Negeri berganti inilah peluang pertama kami mendapat jemputan.

PENIPU BESAR....ZALIM PULAK TU...

Tuan Pengerusi GMI telah memaklumkan rasa kesal kami dengan ketidakhadiran Menteri Dalam Negeri. Timbalan Menteri memaklumkan kepada kami bahawa MDN mempunyai hal lain yang tidak dapat dielakkan, lansung tidak diberitahu rupanya ada satu pertemuan lain pula bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat...sungguh penipu!!!

Wah sungguh penipunya dia dan mereka...kebetulan saya sedang mencari link di Malaysian Insider tentang laporan bahwa pertemuan antara Hishammuddin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dibatalkan (saya mendapat maklumat bahawa berita ini tersiar di Malaysian Insider, tapi tidak terjumpa linknya), saya terjumpa laporan yang lain dan di sana saya menjumpai maklumat yang mengejutkan...Menteri Dalam Negeri kata sebenarnya :

"It was earlier reported that the briefing had been cancelled, but it
was later clarified that only the public session, originally scheduled
for 2pm, was called off."

The briefing tersebut merujuk kepada pertemuan dengan Ahli Parlimen PR sudah tentu dan the public session itu yang merujuk kepada pertemuan dengan kami GMI, kerana temujanji kami adalah pada jam 2 petang....apa cerita ni??????

Nak saja rasanya nak menyumpah sungguh-sungguh...dah la isi pertemuan tersebut sungguh menyakitkan hati!!!

Jumaat, 29 Januari 2010

Himpunan 100 Ribu Rakyat Kelantan: Solat Hajat Menuntut Royalti Minyak

Hebatnya Melayu Kelantan !


Melihat kepada ribuan manusia dalam perhimpunan Penerangan Royalti Minyak untuk Kelantan malam tadi, dapat ditelah bahawa Melayu Kelantan adalah bangsa Melayu yang bijak bermaruah lagi berprinsip. Justify Full
Bijaknya mereka kerana mereka bijak berpolitik secara real dan bukan berpolitik sentimental yang penuh dengan nostalgia yang mengarut dan melemahkan bangsa Melayu Kelantan.

Bangsa Melayu Kelantan padu dan bersesak-sesak berkumpul, berhimpun, berdebat, berbahas, berjemaah dan bermunajat bagi menzahirkan hasrat dan tuntutan yang hak bagi mereka.

Pendek kata bangsa Melayu Kelantan bukan Pak Turut yang boleh ditarik hidung dan diperbodohkan oleh parti yang mendakwa juara rakyat itu.

Bangsa Melayu Kelantan tidak seperti bangsa Melayu Pahang contohnya, yang layu, kuyu dan menongkat nafas mereka kepada jasa-jasa Tun Razak. Maka segala nostalgia berkaitan dengan Tun Razak, diterima dan pangkah sahaja walaupun saban hari 'diperlembukan' oleh parti Juara Rakyat !

Untuk melihat bangsa Melayu Pahang berkumpul berjemaah, berdoa, bermunajat, berceramah menuntut hak bangsa Melayu Pahang sepertimana yang dilakukan oleh secara padu oleh bangsa Melayu Kelantan malam tadi, rasanya jauh panggang dari api. Stadium Darul Makmur akan pasti kempunan untuk melihat seluruh rakyat Pahang berjemaah, berdoa dan bermunajat kepada Allah di dalamnya. Yang pasti Stadium tua itu akan terus merintih untuk menampung golongan remaja dan pencinta pesta hiburan dan konsert yang terkinja-kinja di dalamnya.

Entahlah....nampaknya selagi Pakatan Rakyat tidak memerintah, contohnya Pahang , maka selagi itulah bangsa Melayu Pahang akan berfahaman kuat dengan prinsip jumud tolol mereka; " kalau takdirnya tunggul kayu itu calon UMNO lawan calon PAS, aku pangkah tunggul kayu lagi!".

Tahniah bangsa Melayu Kelantan ! Nasiblah engkau Melayu Pahang, teruskan bernostalgia dengan parti konon 'Juara Rakyat' itu !

Khamis, 28 Januari 2010

Umno cipta Isu supaya rakyat leka membincangkannya


Oleh: Alhusseyn

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum memutuskan apakah dia akan mencabar undang untuk mengangkat larangan tentang sebuah buku yang diterbitkan oleh Sisters in Islam Forum (Malaysia) yang berjudul Wanita Muslim dan Cabaran Ekstremisme Islam.

Timbalan Setiausaha Agung Kementerian , Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz berkata menteri mempunyai 14 hari untuk mengajukan permohonan peninjauan kembali putusan Mahkamah Tinggi dan perkara ini masih dalam pembahasan dengan pihak Peguam Negara.

Pada hari Rabu, Mahkamah Tinggi membatalkan larangan Menteri Dalam Negeri keatas penerbitan tersebut selepas mendapati bahawa 215 halaman buku itu tidak merupakan ancaman terhadap ketenteraman awam.

Buku yang diterbitkan pada bulan Oktober 2005, adalah kompilasi esei berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para ahli antarabangsa yang terkenal dan 18 para aktivis wanita. Ianya mengandungi, antara lain, membahas masalah kesan daripada gerakan Islam fundamentalis tentang hak-hak wanita.

Komen : Pegilah! Bukankah alasan Jakim sudah cukup kuat bahawa buku tersebut boleh menganggu ketenteraman awam dan boleh menjejaskan perpaduan antara kaum.Umno sengaja mahu menjadikan perkara sebegini menjadi pembahasan awam sebagaimana isu penggunaan kalimah Allah.

Umno mewarisi tabiat buruk penjajah British iaitu divide and rule. Disebalik seruan mari bersatu melalui konsep Satu Mlaysianya itu, Umno sebenarnya mahu melihat perpecahan rakyat untuk memerintah.

Umno gagal menyatukan Satu Malaysia melalui Barisan Nasional. Setiap komponen BN menghadap pelbagai masalah dalaman yang runcing . Malah Umno sendiri pun semakin lemah dan lesu gara-gara pemimpinnya lebih mementingkan tembolok masing-masing.

Sebab itu, Umno sangat takut melihat perpaduan dikalangan rakyat menerusi Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sambutan yang menggalakan dari masa ke masa. Maka itu, Umno terpaksa mencipta isu seumpama ini dari masa ke masa supaya rakyat sibuk membincangkannya sedangkan perkara yang lebih penting seperti tekanan dan himpitan hidup akibat kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat berlaku begitu sahaja. / End

Mahfuz Omar: Kenapa takut dengan Suruhanjaya Diraja?

Pengumuman yang dibuat oleh jawatankuasa kira kira kewangan awam(PAC) dalam kes kehilangan enjin Jet F5E tidak mengejutkan. Untuk mengenal pasti keterlibatan pihak atasan kanan TUDM dalam kehilangan enjin Jet mestilah melalui penyiasatan yang rapi. Kalau sekadar mengharap maklumat dari pegawai kementerian dan TUDM maka sudah pasti sukar untuk ditemui.

Sudah tentu ada maklumat yang digelapkan dari pengetahuan jawatankuasa kira kira kewangan awam(PAC). Sudah tentu perkiraan kerajaan kalau kalau didedah adanya keterlibatan pegawai atasan dan kepentingan politik yang terlibat ini akan menjejaskan imej kerajaan.Bagi saya ini adalah pemikiran sempit pemimpin UMNO/BN. Sepatutmya mereka perlu berfikir bahawa jika mereka dilihat telus dan berani membiar suatu siasatan yang bebas melalui suruhanjayadiraja hingga membawa kepada terbongkarnya mereka yang menyalahgunakan kuasa,sudah tentu kerajaan dan negara akan lebih dihormat dan rakyat tidak mahu kehilangan pemimpin dan kerajaan yang bersih, bebas dari amalan rasuah,adil dan berintegeriti.Tidak sama kuasa yang ada pada PAC dengan kuasa yang ada pada sebuah suruhanjaya DiRaja.

Persoalannya siapa pegawai atasan TUDM yang bertanggungjawab terhadap dua Jet yang enjinnya hilang.kedua siapa pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan enjin Jet tersebut dan siapakah Pegawai pemerentah kem TUDM dimana tempat enjin Jet tersebut hilang.Takkan sarjan dengan prebet bersendirian mengendali dan menyelengara Jet tersebut.Adakah sarjan dan prebet yang jadi pegawai pemerentah kem TUDM.

Sebab itu saya pertegaskan hanya satu penyiasatan yang mempunyai kuasa penyiasatan yang menyeluruh sahaja yang dapat membongkar penglibatan pihak atasan tersamasuk kuasa politik yang terlibat dalam kehilangan enji Jet F5E.

Hanya orang yang bersalah saja yang tak nak suruhanjayadiRaja,kerana mereka takut terbongkarnya jenayah penyelewengan dan penyalahgunaankuasa mereka.

" SELAMATKAN MALAYSIA"

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
27 Jan 2010
1340 pm

Rabu, 27 Januari 2010

Kepala Babi Kat Masjid

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.

Menurut wartawan Malaysiakini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.

Wang juga dijumpai bertaburan

Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.

Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.

Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.

Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk keping wang seringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit yang semunya berjumlah RM35.

Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.

Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.

~Malaysiakini

Selasa, 26 Januari 2010

Tol Bakal Naik Lagi

Menurut laporan kajian Maybank investment bank, terdapat 10 lebuh raya dalam negara yang akan dikaji semula harga tol-nya pada Januari tahun ini. Menurut kontrak konsesi lebuh raya, lapan lebuh raya sepatutnya menaikkan harga pada tahun 2009, tetapi ditangguhkan selama setahun.

Menurut jadual waktu, kadar tol lapan lebuh raya berikut akan dikaji semula pada Januari tahun ini, iaitu NKVE, Federal Highway R2, Kajang Ring Road, SPRINT, NPE, Besraya, Penang Bridge dan Ampang Elevated.

Selain itu, dua lebuh raya yang ditangguhkan kenaikan tolnya pada tahun 2008 dan 2009, dengan pampasan oleh kerajaan, iaitu PLUS’ North South Expressway dan East Coast Expressway 1, juga dijangka akan dikaji semula kadar tolnya pada tahun ini.

Antaranya, PLUS’ North South Expressway yang dijangka menaikkan kadar tol sebanyak 10% pada tahun 2008, telah ditangguhkan selama dua tahun, dengan pampasan daripada kerajaan sebanyak RM375juta (telah dibayar RM278juta). Di samping itu, East Coast Expressway 1 juga dibenarkan menaikkan tol pada kadar 10% tahun 2009 menurut perjanjian, tetapi ditangguhkan buat setahun.

Menurut laporan kajian bank pelaburan tersebut, hasil kaji semula kadar tol sepatutnya dihabiskan pada Disember tahun lalu, dan dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet seterusnya. Oleh kerana kadar tol isu yang "sensitif", yang perlu dikendalikan kerajaan secara berhati-hati, maka hasilnya diramalkan akan diumumkan pada akhir Januari atau awal Februari, tahun ini.

Seandainya kerajaan menyerap "penambahan" kadar tol tersebut, maka kerajaan perlu mencari keseimbangan, antara kesan kenaikan tol kepada ekonomi secara keseluruhannya, dengan mengurangkan subsidi untuk meringankan tekanan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan).

Kenaikan tol ringankan beban kerajaan

Kerajaan persekutuan terpaksa mengemukakan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM67 bilion untuk berdepan dengan krisis ekonomi global. Lantaran itu, defisit belanjawan negara kita melonjak ke 7.4%, paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun kebelakangan.

Kerajaan Najib telah menyatakan niatnya untuk menurunkan paras defisit kepada 5.6% dalam Belanjawan 2010, dengan keutamaannya untuk mengurangkan kos operasi dan subsidi. Penganalisis OSK Research meramalkan bahawa kerajaan akan memilih untuk menaikkan kadar tol, sebagai langkah mengurangkan defisit, berasaskan keputusan mengurangkan subsidi gula baru-baru ini.

Seorang lagi penganalisis menyetujui pandangan ini, menganggap kerajaan mungkin memilih "biar sakit sekaligus"-iaitu mengangguk kepada kenaikan harga tol, agar meringankan beban subsidi kerajaan dalam isu tol sewenang-wenangnya.

Sememangnya, kenaikan tol adalah satu dasar yang tidak popular dalam politik, terutamanya untuk parti pemerintah, Barisan Nasional. Kerajaan Persekutuan mungkin memilih untuk melanjutkan tempoh kontrak, sebagai syarat tidak menaikkan harga tol, atau membayar subsidi kepada syarikat konsesi, sebagai syarat mengekalkan keadaan asal, malah menurunkan kadar tol.
Bagaimanapun, syarikat konsesi akan terlindung di bawah perjanjian yang berat sebelah, walau apa pun keputusan. Syarikat konsesi kekal sebagai pihak yang mengaut untung bersih. Kerajaan persekutuan pula perlu berdepan dengan dilema, antara mengorbankan rakyat atau mengorbankan dirinya.

Seandainya kerajaan memilih untuk mengekalkan kadar tol dengan bayaran pampasan (daripada kerajaan), maka kerajaan perlu menanggung beban subsidi yang berat. Sekiranya diambil contoh PLUS’ North South Expressway, kerajaan telah membayar pampasan sejumlah RM2.8370 bilion, bersamaan puratanya RM1.4185 bilion setiap tiga tahun. Seandainya dikira berdasarkan skala ini, dari tahun 2010 hingga 2038 (tamatnya tempoh kontrak konsesi), kerajaan perlu membayar pampasan sekurang-kurangnya RM13.71217 bilion kepada PLUS.

Namun, seandainya kerajaan memilih untuk mengorbankan rakyat, memberi lampu hijau kepada kenaikan tol, maka akan menjurus kepada peningkatan kadar inflasi dan menghakis daya beli pengguna, dan mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat.

Perlu diingatkan, punca utama kenaikan kadar tol bukannya berasal dari peningkatan kos atau tekanan inflasi, sebaliknya berasaskan haknya untuk menaikkan kadar tol setiap tiga tahun, sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. Syarikat konsesi tetap untung walaupun tidak dikira pampasan yang dibayar. Misalnya, untung selepas cukai syarikat PLUS pada tahun 2008 ialah RM1 bilion, setelah ditolak wang pampasan, masih meraih untung bersih sejumlah RM270 juta.

Pada hakikatnya, kewujudan perjanjian syarikat konsesi adalah salah satu punca inflasi. Kadar tol lebuh raya hanya mencakupi 0.86% dalam CPI (Consumer Price Index), yang menjadi kayu ukur inflasi. Seandainya dilihat dari angka, jelas kesan tol terhadap inflasi adalah lebih rendah berbanding makanan dan bahan api.

Namun, kenaikan kadar tol akan memberi kesan kepada kos pengangkutan, yang sememangnya akan membawa kesan rantaian. Peningkatan kos akan menimpa perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan awam. Secara umumnya, pengusaha pengangkutan akan memindah kos tersebut kepada pengguna. Jadi, kita tetap gagal mengelakkan diri daripada kesannya walaupun bukan pengguna lebuh raya.

Rakyat yang baru melalui kenaikan harga gula dan roti kini berkemungkinan besar berdepan dengan kenaikan harga minyak dan kadar tol, malah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, Goods and Services Tax) yang bakal diperkenalkan. Tekanan inflasi semakin memberat. Seandainya tiada jaring pengaman sosial (social safety net), atau pendapatan gagal mengejar rentak inflasi, maka rakyat mungkin terjerat dalam bingkai "working poor", meskipun survive dalam zaman inflasi tinggi ini. -MR

Isnin, 25 Januari 2010

SIS Menang, KDN Tarik Balik Pengharaman Buku SIS


Malaysiakini: Pengharaman buku Sisters in Islam ditarik balik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik balik pengharaman buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' yang dikuatkuasakan lebih setahun setengah yang lalu.

Buku berkenaan diedit oleh pakar sosiologi dari Institut Pengajian Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Norani Othman dan diterbitkan untuk NGO, Sisters in Islam (SIS).

Buku berkenaan adalah kumpulan esei nukilan aktivis dan para intelektual antarabangsa. Ia diharamkan oleh kementerian dalam negeri pada 31 Julai 2008 atas alasan ia boleh mengugat ketenteraman awam.

Ia juga dikatakan boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam, khususnya wanita.

Dalam penghakimannya, petang tadi, hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata dia gagal melihat bagaimana buku berkenaan boleh menganggu ketenteraman awam seperti yang didakwa.

"Buku berkenaan berada di pasaran sejak 2005 tetapi hanya diharamkan pada 2008," kata Mohamad Ariff.

"Lagipun, hanya tujuh daripada 215 muka surat yang didakwa boleh memudaratkan."

Dalam reaksi spontan, Norani berkata penghakiman itu adalah berita baik bagi kebebasan berakademik.

"Buku itu tidak menyentuh prinsip Islam tetapi mengenai undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah Syariah." katanya.

Hampir separuh daripada 3,000 berkenaan telah terjual sebelum ia diharamkan.


Ahad, 24 Januari 2010

Ketidakadilan UMNO: Kita mula menuainya


Oleh : Tun Telanai

Saya tidak terkejut apabila membaca berita yang disiarkan oleh bloger amdang81[http://amdang81.blogspot.com/] mengenai kes perbicaraan Tragedi Berdarah Batu Buruk yang berlaku pada malam 8 September 2007 dulu, yang mana pegawai polis yang melepaskan tembakan itu tidak pernah sembahyang dan kaki botol [mungkin juga seorang penjudi]. Itulah hakikat kehidupan sebenarnya yang diamalkan oleh kebanyakan pemuda-pemudi Melayu yang beragama Islam yang bertugas dalam PDRM terutama dalam pasukan FRU.

Khabar sebegini telah lama saya dengar, tetapi dengan kenyataan tersebut, sahlah khabar yang diceritakan oleh rakan-rakan itu. Apa yang saya diberitahu sebelum ini, sebelum mereka diarah menyerbu atau menghalang sebarang aktiviti pembangkang seperti ceramah atau demontrasi [kecuali demontrasi yang dianjurkan oleh UMNO], dua atau tiga jam sebelum operasi bermula, mereka pekena dulu, supaya mereka mabuk baharulah mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Mereka akan bertindak selalunya kita nampak ala-kebinatangan kerana ketika itu mereka berada di bawah kawalan alcohol dan tidak normal sebagai seorang manusia yang waras. Mereka bertindak dengan sewenang-wenangnya memukul, menumbuk, memijak, menyepak, membogelkan mangsa sama ada lelaki atau wanita, melepaskan gas pemedih mata, menyembur air kimia dan sebagainya tanpa sebarang belas kasihan. Ia amat menyoronokkan kerana bertindak terhadap manusia yang tidak menyerang balas dan tidak bersenjata pula. Kebanyakan mereka khususnya anggota FRU direkrutkan dari sekolah-sekolah penempatan budak-budak nakal atau yang pernah disabitkan dengan kesalahan dan dihukum oleh mahkamah. Kebanyakan mereka berotak mereng.

Berbalik kepada peristewa berdarah di Batu Buruk. Pada malam kejadian itu, Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO merancang untuk mengadakan majlis perhimpunan aman berupa road show untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sebelum itu, BERSIH telah mengadakan road show di beberapa buah negeri di seluruh Negara, kini tiba pula giliran Terangganu menjadi tuan rumah.

Program Bersih yang dianjurkan pada malam itu bertujuan mengajak rakyat menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih., tetapi malangnya permit untuk program itu tidak diluluskan oleh pihak polis. Hal ini menimbulkan tidak puas di kalangan penyokong pembangkang. Pihak penganjur berkeras mahu mengadakan juga program tersebut kerana ia diadakan di kawsaan persendirian [yang tidak perlu kepada permit polis, malah banyak kes-kes yang di bawa ke mahkamah sebelum itu, pembangkang menang] dan telah mendirikan pentas program, namun pada jam 5 petang polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah. Untuk mendapat cerita selanjutnya sila layari link di bawah ini :

http://tragedibatuburok.blogspot.com/2007/09/mengapa-polis-lepaskan-peluru-hidup-di.html

Yang menariknya kes ini ialah yang menembak itu [Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar] tidak dikenakan apa-apa tindakan, malah diberi penghormatan dan penghargaan yang tinggi sebagai seorang wira yang disanjung, tetapi yang kena tembak Suwandi Abdul Ghani dan Muhamad Azman Aziz digambarkan seolah-olah penjenayah besar dan amat berbahaya kepada masyarakat. Kejahatan mereka ini digambarkan setanding dengan Kalimothu atau Botak Chin. Mereka ditembak, ditangkap dan dibicarakan. Amat malang sekali mereka tidak dibenarkan diikat jamin. Merengkoklah mereka berdua dalam penjara atas kezaliman UMNO laknatullah itu.

Mereka dilayan seperti seorang penjenayah besar [penjenayah sebenar ialah para pemimpin UMNO yang merompak harta rakyat, menyalahguaan kuasa dan rasuah], mereka datang semata-mata untuk mendengar ceramah tanpa membawa sebarang senjata, mereka hanya membawa senjata asli ‘sepucuk pistol dengan dua biji peluru’. Kes ini amat istemewa kerana ia dikendali terus oleh Peguam Negara sendiri, Abdul Ghani Patail yang didatangkan khas dari Putrajaya [kes besar berprofail tinggi, kes pembunuhan Attantuya Shariibu, beliau tidak melibatkan diri pun].

Allah maha berkuasa, maha adil lagi maha penyayang, akibat kesibukan beliau mengendalikan kes-kes melibatkan UMNO [kes-kes yang berkaitan kepentingan politik UMNO], Allah menimpa bencana menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Putih. Keputusan Mahkamah Antarabangsa ICJ pada 23.5.2008 berpihak kepada Singapura dalam tuntutan bertindih olehnya dan Malaysia ke atas pulau tersebut. Dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian wilayah kita.

Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.

Sebenarnya kita kekurangan/kelemahan fakta untuk memnyanggah dan mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Singapura. Untuk mendapatkan fakta-fakta tersebut, kita perlu mengkaji secara lebih mendalam dari berbagai sudut, tetapi kerana Peguam Negara kita lebih sibuk dalam untuk menjaga survival UMNO, maka beliau dan orang-orangnya tidak ada masa untuk membuat kajian bagi memperkuatkan hujah mencabar hujah Singapura. Itu balasanya ke atas orang-orang yang terang-terang melakukan kezaliman. Kita juga terasa tempiasnya. Allah sendiri telah memaklumkan bahawa setiap bala yang diturunkanNya, semuanya terkena, tidak terkecuali, termasuk kanak-kanak kecil yang belum mengenal erti pahala-dosa.

Ini merupakan satu peringkatan daripada Allah swt, sekiranya UMNO terus melakukan kezaliman demi kezaliman ke atas orang-orang yang tidak berdosa, tidak mustahil kuasa politik orang Melayu akan jatuh ke tangan bangsa asing. SPR telah menyebut bahawa seramai 4.3 juta orang Melayu yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih, berbanding bangsa lain merebut-rebut mendaftar, malah mereka berusaha meramaikan anak-beranak, membantu muda-mudinya supaya cepat berkahwin dan wujudkan institusi keluarga yang harmoni. Sekarang ini kita menghadapi keadaan ekonomi paling sukar dalam semua sektor. Kita sudah tidak berwang hendak berbelanja lagi. Kita terpaksa berjimat sehingga menjejaskan kebajikan rakyat. Satu pengajaran untuk UMNO. Ini semua adalah dengan kehendak Allah. Kun Fa Ya Kun.

Kezaliman UMNO cuba kita tenguk layanan yang diterima oleh Suwandi Abdul Ghani dan Muhamad Azman Aziz amat berbeza sekali dengan layanan yang diterima oleh penyokong Hindraf.

Peguam Negera yang sama boleh menarik balik tuduhan cubaan membunuh terhadap 31 orang penyokong Hindraf berkaitan kecederaan seorang pegawai polis di Batu Caves pada 25 November 2007. Atas desakan berbagai pihak terutama dari MIC, Presidentnya S.Samy Vellu memohon PM ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menarik balik tuduhan tersebut dan Abdullah mengarahkan Abdul Ghani Patail menarik balik pendakwaan tersebut [rujuk link ini: http://malaysiakini.com/columns/76275]. Kalau berlaku hal seumpama itu kepada orang Melayu, terutama bukan dikalangan ahli atau kerabat UMNO, tidak ada menteri yang bersimpati seperti apa yhang berlaku ke atas Suwandi dan Muhamad Azman.


Satu lagi kes, pada mulanya disyaki seorang wanita warga negara Cina diperyacai ditahan dalam lokap polis dibogel dan diseksa tok ketampi yang gambarnya diambil melalui kamera handphone dan disebarkan melalui internet. Kerajaan UMNO yang berada kedudukan tertekan memaksa PM Abdullah ketika itu mengarahkan seorang menteri terbang ke Cina untuk memohon maaf. Hasil penyiasatan yang dilakukan, dilaporkan bahawa wanita tersebut bukan warga Negara Cina, sebaliknya warga Negara Malaysia berbangsa Melayu. Kes ditutup dan senyap sepi sampai sekarang. Jadi, UMNO ini parti apa. Parti membela atau pengkianat bangsa? Merestui kezaliman dilakukan ke atas bangsa sendiri kerana untuk menjaga kepentingan politik UMNO. Kepentingan agama dan bangsa sanggup dijual dengan harga yang begitu murah dan menjatuhkan imej bangsa Melayu itu sendiri.

Apa sebab proses undang-undang yang tidak adil ini boleh berlaku terhadap bangsa Melayu? Sebabnya mudah kerana orang Melayu yang beragama Islam merupakan bangsa haprak [bukan bermaksud menghina bangsa sendiri, saya juga adalah bangsa Melayu] kerana bangsa Melayu beragama Islam [hanya pada nama sahaja] menolak al-Quran dan al-Hadith sebagai panduan hidup. Lagi, orang Melayu merupakan bangsa yang sukakan 3K1W [kuasa, kedudukan, kekayaan dan wanita] yang boleh dijualbeli dan diperdagangkan [melalui amalan rasuah dan komisyen], lebih mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, pengkianat bangsa, iri hati, hasad dengki, suka ‘cah geting’ kawan, suka berkelahi sesama sendiri. Degil dan ego untuk menerima wahyu Illahi yang terkandung dalam kitabnya.

Selain itu, sebahagian besar orang Melayu berfikiran cetek tidak seperti orang bukan Melayu. Orang Melayu sukar melakukan perubahan politik. Orang Melayu meghalalkan semua tindakan mungkar UMNO. Bagi orang Melayu, UMNO buat apa pun dia tidak peduli, hendak jual agama, bangsa dan negara ke, juallah, hendak rasuah besar mana pun, rasuahlah, hendak buat apa pun buatlah, tidak pedulikan kepentingan agama, bangsa dan Negara pada masa depan, asalkan mereka dapat makan, dapat buat anak dan merasa selamat. Orang Melayu berada dalam selesa.[Rujuk :http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=4491]

Tetapi bagi orang bukan Melayu, mereka bersatu dalam memperjuangkan sesuatu isu itu demi kepentingan bangsa mereka. Mereka tidak kianat kepada bangsa sendiri, mereka tidak ada penyakit dan tidak ada perasaan phd dalam diri masing-masing. Bantu membantu dan tolong menolong adalah budaya mereka. Mereka berjuang dan bersatu serta bersama dalam semua hal yang membabitkan budaya, pendidikan, ekonomi dan politik mereka. Sebagai contoh, mereka bersatu dan UMNO sebagai kerajaan pening kepala bagi mempertahankan imej SPRM yang didakwa terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik dan Pegawai Khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri Selangor, dan Teo juga pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua. Kes ini telah berjalan berbulan-bulan lamanya, ia semakin berbelit-belit tidak nampak tanda-tanda yang ia boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. Kalaulah kes ini melibatkan orang Melayu, sudah lama kes ini selesai dan ditutup fail.

Kita mengharapkan kali ini UMNO akan terkena jerat yang dipasangnya sendiri. Dalam kes rampasan kuasa di Perak, UMNO berjaya melepaskan diri dan mempertahankan kuasa kerana berjaya mempengaruhi dan mempergunakan hakim dan mahkamah untuk menghalalkan tindakan biadap dan kurang ajarnya itu. Dalam kes kematian Teoh ini, kita berdoa dan mengharapkan sangat agar Allah swt membalas segala dosa-dosa yang UMNO pernah lakukan selama ini. Allah tidak mengira sama ada seorang itu muslim atau bukan muslim, kezaliman tetap akan dibalanya di dunia lagi. Soal kepercayaan terserah kepada Allah.

Contohnya Lim Guan Eng yang dihina dan dipenjarakan tanpa sebarang dosa hanya sekadar bermotifkan politik UMNO, sekarang lihat telah dinaikkan martabat oleh Allah swt. Dari seorang banduan terus mendaki tangga sebagai Ketua Negeri dan lihat Rahim Tamby Chik yang dulunya ada kemuliaan, kini sudah jadi tupang tembaga. GABEM yang diketuainya tidak laku di pasaran. Kita harap agar UMNO cepat-cepat mampus kerana dosa-dosa. InsyaAllah.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.

Selamat berjuang ke titisan darah terakhir.
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA