Sah,    pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam  festival    filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas  dan  tidak   cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian   sampai ke   pagar istana.Mereka  cuba  memainkan sentimen bahawa  sekarang  ada pihak yang hendak   menggugat  Raja-Raja  Melayu. Tindakan  Umno sama seperti pepatah Arab   yang  mengatakan “dia pukul aku, dia  menangis, dia maki aku maka dia   mengadu  orang yang maki dia”.
Sebenarnya    pemimpin Umno silap, bahawa  sejarah tidak boleh menipu,  walaupun   pemimpin Umno kaki penipu dan  putar alam dalam isu Raja-Raja  Melayu.   Di bawah ini sebagai bukti yang  menghina Raja-Raja Melayu ialah    pemimpin Umno.
1. Pengasas Umno,   Datuk Onn Jaafar  dibuang daripada Istana Johor pada  tahun 1920 dan   membawa diri ke  Singapura kerana kritik Sultan atas isu  harta.
2.   Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi  (bapa Datuk Seri Tajol Rosli)  yang   tidak mahu meletak jawatan Menteri  Besar Perak, walaupun perjanjian    asal dia hanya hendak pegang dua tahun  sahaja. Apabila sampai masanya    dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan  Idris murka dan bernazar tidak   mahu  cukur jambang, selagi Ghazali Jawi  tidak mahu letak jawatan.   Bukankah  ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk  Seri Tajol Rosli kata   Umno tidak  pernah derhaka tidak pernah ucap  macam Nizar.(UM 12/2/09).   Tindakan  bapanya kepada Sultan Perak apa pula  maknanya.
3.   Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk  Rahim Bakar bekas Menteri   Besar  Pahang yang berselisih dengan Sultan  Pahang. Media pro Umno    mengkritik sultan secara terbuka.
4.    1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong  mengenai    pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah  Raja-Raja   Melayu  kerana menolak cadangan tersebut.5.P   ada  tahun 1991 dalam  Persidangan  Agung Umno, Sultan Kelantan    dihentam secara terbuka kerana menyebabkan  Umno kalah di Kelantan.
6.   Dalam Persidangan Agung Umno juga,  perwakilan Umno meminta harta   raja  disiasat. Berita ini dilaporkan oleh  Utusan Malaysia muka surat    depan. Apakah ini bukan derhaka?
7.   Satu demonstrasi dan hantar  memorandum kepada Sultan Kelantan  telah   dibuat oleh pemimpin Umno  Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas?    Apakah ini bukan derhaka  namanya?
8.   Pada 18 Januari 1993, Pindaan  Perlembagaan Persekutuan  yang    membolehkan raja dibawa ke mahkamah.  Apabila Raja-Raja Melayu minta    tangguh pindaan ini, maka media  mengkritik secara terbuka salah laku    raja. (BH 19/1/1993)
9. Beberapa   siri rapat umum haram Umno  di Alor Setar, Bagan Datoh,  Seremban, Batu   Pahat dan Melaka untuk  menunjuk sokongan pada Tun  Mahathir dan   mengecam Raja-Raja Melayu.
10.   Sebab itu Ku Li dengan sinis  menyatakan “Mana satukah yang lebih    merbahaya Pindaaan 1993  atau  tindakan rakyat  tidak menunjukkan hormat    pada Sultan Perak pada  6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan    Karpal saman Sultan  Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat   suatu  perkara yang  dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno   yang beri  laluan pada  tahun 1993.  (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba   sekarang Umno  pula  menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno   kena buat demo   depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo  itu  memang zero IQ,   yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang   menjatuhkan martabat   raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.
11.   Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim  Petra untuk mengganti  Sutan    Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh  Kelantan oleh Datuk Annuar    Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan  derhaka atau kurang ajar    namanya?  Budaya mana pemimpin umno ambil?
13. Datuk Mohd Taib   kata Nizar derhaka.  Dia lupakah yang dia bawa  lari Ku Yah (puteri   Sultan Selangor kahwin  lari sampai Sultan murka).  Apakah ini bukan   derhaka?
14. 23 daripada 24 Adun   BN Terengganu  ugut boikot angkat sumpah  Datuk  Ahmad Said selepas   pilihan raya umum  2008. Mereka buat kenyataan  terbuka menyanggah pihak   istana dan mahu  Idris Jusoh juga jadi MB  Terengganu.  Manakala   penyokong Umno pula  mengatakan sultan binatang.  Kenapa polis tidak   tangkap mereka yang demo  dan hina sultan? Apakah  pihak polis buta   sampai tidak tahu siapa yang  pegang kain rentang yang  menghina sultan   sebagai binatang? Kenapa polis  boleh tangkap mereka yang  demo di  depan  Istana Kuala Kangsar pada 6  Feb 2009.
15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?
16.   Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu  menjadi Ketua Menteri Melaka   meminta  supaya amalan panggilan ‘patik’  yang digunakan sewaktu   berkomunikasi  dengan sultan dihentikan, memadai  dengan hanya  menyatakan  ‘saya  tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang  biadab dan  derhaka kepada  Raja  Melayu.
17. Dat
uk    Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar  supaya Sultan    Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau  bukan waris    yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan  oleh  Zahid   Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal  pelantikan    Raja-Raja Melayu.
uk    Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar  supaya Sultan    Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau  bukan waris    yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan  oleh  Zahid   Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal  pelantikan    Raja-Raja Melayu.Banyak   kenyataan yang berupa penghinaan  kepada Raja-Raja Melayu  ketika   pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja  Melayu. Dr Mahathir  mengatakan   Raja tidak henti meminta daripada  kerajaan BH 30/1/1993.
Berita   Harian pada 23/1/1993 mengaibkan  mendedahkan pesta arak di  majllis   sultan dan membawa perempuan cantik  kadang-kadang lapan orang.
Sekarang   jelas siapa derhaka dan tidak  hormat Raja. Siapakah  penderhaka   sebenarnya di negara  ini? Jawabnya  tentulah pemimpin Umno.  Pemimpin   Umno hanya menggunakan istana untuk  talian hayat mereka sahaja.  Mereka   bukan jujur, merekalah yang  menjatuhkan martabat Raja-Raja  Melayu.