MALAYSIA KINI | Ketua  Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengeluarkan saman malu ke  atas  akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan  tohmahan  ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.
Setiausaha   akhbarnya Cheong Yin Fan berkata akhbar milik Umno itu benyak  memfitnah  Lim, seperti dalam isu perarakan maulud nabi, probohan  kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar."Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan," kata Cheong.
Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co. Dalam kenyataan hari ini, Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.
"Kumpulan   yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi   mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan   anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR."Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya.