KUALA LUMPUR 3  Ogos -  Pasukan peguam bela Ketua Pembangkang membuat permohonan  semalam  untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar  Ibrahim  berdasarkan dakwaan hubungan romantik antara seorang timbalan  pendakwa  raya dan pengadu, Mohd Saiful Bukari Azlan.
Timbalan  Pendakwa Raya  tersebut, Farah Azlina Latif, digugurkan daripada kes  perbicaraan  tersebut minggu lalu setelah satu laman web  mendedahkan bahawa beliau  menjalin hubungan dengan Saiful, bekas  pembantu Anwar.
Peguam Negara memberitahu media bahawa Farah dikeluarkan demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan.
Dalam   sepucuk surat kepada pihak pembelaan, pendakwa raya memaklumkan kepada   pihaknya tidak dapatkan mengesahkan dakwaan hubungan sulit terhadap   pegawai undang-undang itu.
Semasa prosiding Isnin lalu, Anwar berkata integriti pasukan pendakwaan telah tercalar dan dikompromi.
“Ini   menyokong dakwaan kita selama ini sejak awal lagi bahawa semua ini   adalah satu sandiwara, perbicaraan yang bermotifkan politik dan   pertuduhan yang direkacipta,” kata Anwar selepas   perbicaraan ditangguhkan.
Penghujahan untuk menggugurkan kes tersebut akan didengar minggu depan.
Anwar   juga membuat satu laporan polis terhadap Saiful dan Farah. Ketua   pasukan pembelaan, Karpal Singh berkata pihaknya memandang serius   kemungkinan Farah telah menyerahkan kertas siasatan kes kepada
Saiful dan beliau mahu pihak polis menyiasat samada kedua-dua individu itu telah melanggar.
Bagaimanapun   salah seorang anggota pasukan pendakwaan menyifatkan dakwaan dalam   laman web tersebut sebagai tuduhan tidak berasas.
Pihak pendakwaan berkata Farah adalah anggota bawahan tanpa mempunyai akses kepada maklumat sulit.
Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dihadap ke mahkamah atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa pada tahun 1998.
Walaupun pertuduhan liwat kemudianya digugurkan, beliau merengkok selama  enam tahun di dalam penjara.
Beliau   telah berkali-kali mendakwa pendakwaan baru yang dihadapi beliau   bertujuan menamatkan karier politik setelah pihak pembangkang mencapai   kejayaan besar pada pilihan raya umum 2008.
