Naib Pres
iden PAS, Dato' Mahfuz    Omar menyelar sikap Barisan Nasional (BN) yang melemparkan tuduhan ke    atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi    menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi, sebaliknya rakan    Zionis sebenarnya ialah Umno dan BN yang dilangsungkan atas nama    kerajaan Malaysia.
Jelasnya,    BN dalam keadaan terdesak apabila mengeluarkan tanggapan sedemikian    kerana berhadapan dengan serangan daripada Pakatan Rakyat bermula Mac    lalu sedangkan BN sendiri yang melantik syarikat Yahudi, APCO Worlwide    untuk manasihati kerajaan.
"Mereka   sendiri yang berjumpa dengan  Yahudi dan meminta nasihat Yahudi. Ia   berbeza dengan pembangkang jika  berjumpa dengan Yahudi, kita memberi   kata tujuk kepada Yahudi. Ini  menampakkan ketegasan kita kepada Yahudi.
"BN apabila  berjumpa dengan Zionis  menyatakan 'tolong  nasihatkan kami' dan bersedia  membayar kepada  syarikat Zionis ini  untuk merangka dan merangcang  bagaimana untuk  mengekalkan kuasa  mereka," katanya sewaktu  dihubungi. Jelasnya, apabila  kerajaan  menjalin hubungan perdagangan  secara sulit seperti yang  diakui Menteri  Pengangkutan, Dato' Seri Kong  Cho Ha apabila timbul isu  kapal Israel  yang berlabuh di Pelabuhan Klang.
"Ini  membuktikan keputusan kabinet sejak  zaman Tun Dr Mahathir  menjadi  Perdana Menteri, kerajaan membenarkan  hubungan perdagangan  secara sulit  dengan Israel. Pada April dan Mei  tahun ini Malaysia telah  menghantar  bahan kimia dan minyak sawit ke  Israel. Ini membuktikan  betapa 'akrab  dan kasih sayangnya kerajaan  Malaysia dengan Israel,"  katanya. Akhbar  Washington Post bertarikh 28  Jun memetik Anwar sebagai  berkata beliau  'kesal' dengan penggunaan  perkataan pencerobohan Yahudi,  dan beliau  akan lebih 'berhati-hati'  pada masa akan datang.