Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 14 Julai - Kegagalan  Menteri  memberi jawapan yang tepat di parlimen apabila  dikemukakan soalan  tambahan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat bukan  sesuatu yang  menghairankan oleh kerana penjelasan disediakan oleh  kakitangan  bawahan tanpa input serta kajian dari menteri terbabit.
Situasi  ini  berlaku apabila kira-kira 20 kakitangan Kementerian Sumber Asli dan   Alam Sekitar diarahkan ke parlimen Isnin lalu untuk mengikuti   perbahasan dalam Dewan Rakyat dan menyediakan jawapan kepada setiap   soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada   Menteri, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Setiap kakitangan telah   diberi tugasan masing-masing dan perlu menyediakan jawapan dengan   pantas kepada setiap soalan yang dibangkitkan ahli parlimen.
Sekiranya   jawapan lambat diterima Menteri selalunya akan mengambil sikap tidak   mahu menjawap soalan soalan kerana tidak tahu kedudukan sebenar yang   berlaku di kementeriannya.
Memetik komen Ahli Parlimen Gombak,  Azmin  Ali ketika mengulas tahap perbahasan Kementerian Dalam Negeri  sebelum  ini, beliau berkata kualiti perbahasan daripada kementerian  terbabit  adalah amat rendah serta dan jawapan yang diberi tidak setaraf  dengan  kedudukan sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri.
Tambah  beliau  lagi sepatutnya Menteri menjawab setiap persoalan yang ditanya  bukannya  membiarkan soalan tersebut tergantung tanpa jawapan.
"Menteri  yang  dilantik bertanggungjawab kepada setiap kementerian dan perlu  bersedia  bila-bila masa untuk menyelesaikan setiap persoalan yang timbul   bukannya menyalahkan ahli parlimen Pakatan Rakyat apabila tidak mampu   memberi jawaban kepada soalan yang ditanya.
"Kegagalan Menteri  untuk  melakukan 'home work' berkaitan kementerian mereka dan hanya   bergantung kepada jawapan yang disediakan oleh kakitangan menyebabkan   kualiti jawapan serta maklumat yang perlu diketahui rakyat berhubung   isu-isu penting gagal dikemukakan da kawapan yang selalu   diberi berkualiti rendah dan tidak memuaskan," tegas Azmin.