Oleh : Nash Ar- Rawy
Melayu adalah teras politik Malaysia bukannya Umno . Ini adalah kerana  Melayu terpecah kepada dua kumpulan yang terbesar iatu . PAS dan Umno  .Mana-mana parti ini , siapa menang pilihanraya adalah menjadi teras  atau tonggak politik Malaysia. Contohnya, di Kelantan dan Kedah tonggak  yang menguasai politik negeri tersebut adalah PAS bukannya Umno . Bahkan   kuasa politik Kelantan di tangan PAS selama lebih 20 tahun .
Ini  membuktikan bahawa Melayu lebih selamat tanpa Umno apabila Islam yang  memerintah memberikan keutuhan , kesejahteraan dan keadilan untuk ummah  dan semua kaum dengan sistem keadilan Islam .
                       Apabila PAS menjadi tonggak politik Malaysia menggantikan Umno dan  Pakatan menggantikan Barisan Nasional   selepas PRU 13 nanti, insyaAllah  . Orang Melayu tiada perlu bimbang kerana parti pemerintah yang baru  adalah PAS/PAKATAN dan Umno/BN akan menjadi Ketua Pembangkang di  parlimen seperti yang berlaku kepada Umno di DUN Kelantan, Kedah , Pulau  Pinang dan Selangor . Ummah lebih maju , terbela dan selamat daripada  kerakusan Umno atau SAUK(selagi ada Umno Kacau).
                       Bukan hanya Umno sahaja yang boleh memerintah . PAS juga berwibawa  dan berkemanpuan serta bersedia untuk memerintah ‘Kelantan yang lebih  besar” yakni , menguasai dan menjadi tonggak  Kerajaan Persekutuan ,  Parlimen dan Putrajaya bersama rakannya Keadilan , DAP dan SNAP dalam  PAKATAN RAKYAT , insyaAllah ! PAS optimis kali ini.
                      PAS tiada akan menyelamatkan parti perkauman kebangsaan Melayu Umno  itu ; semata-mata kerana hendak menanggung ‘ Biawak Hidup “ yang sarat  dengan kezaliman ke atas rakyat, kemungkaran ekonomi, skandal, rasuah,  salahguna-kuasa , salah-tadbir , perkauman dan kronisme.
                      Umno adalah teras kepada kemungkaran yang menguasai negara  dan ummah selama ini yang terhimpit dengan permainan politik perkauman  dan masih lagi tiada mahu akur bahawa politik perkauman dan penyatuan  yang berasaskan kaum dan bangsa sudah di tolak oleh rakyat Malaysia .  Buktinya, rakyat Malaysia daripada perlbagai kaum telah menolak calun  Umno , MCA  dan MIC di dalam PRU 12 .
Namun, UBN masih lagi dengan  sentimen perkaumannya seperti kata Nasir Safar orang kuat satu Malaysia  PM sendiri dengan retorik beliau Cina dan India adalah pendatang wahal  mereka adalah warganegara Malaysia bukannya pendatang asing . Lebih  kotor lagi menyatakan Cina itu ‘pelacur’ dan India’pengemis”.
                  Oleh kerana sentimen perkauman cetusan Umno ini sudah tiada  laku , maka lagu perkauman tersebut  cuba dimainkan pula oleh Perkasa  ambilalih tempat Umno untuk meraih undi Melayu pada PRU13 itu nanti.  Ditokok pula dengan Perkasa MCA dan mungkin selepas ini Perkasa MIC.
MIC dan MCA yang sekarang ini berkeceramuk di tolak oleh kaum India dan  Cina; yang bakal karam dengan Umno dalam bahtera perkauman UBN itu  sendiri pada PRU13 nanti, insyaAllah.
                   Hanya  PAS/Pakatan yang boleh menyelamatkan ummah dan semua kaum di negara ini ;  bukan sahaja orang Melayu kerna dasar PAS adalah Islam ; iaitu, “  Rahmatan lil ‘alamiin “ ( Rahmat kepada sekalian alam ) tanpa mengira  ras, agama dan ideologi politik . “ Islam Just For All “
                   
PAS sekali-kali tiada akan mengkhianati bangsa Melayu dan  rakyat semua kaum kerna hak keistimewaan orang Melayu, raja-raja, Bahasa  Melayu , Islam sebagai agama persekutuan dan hak kaum lain dan  kebebasan berugama sudah pun sediada dan termaktub di dalam Perlembagaan  Persekutuan . Semua Presiden Parti dalam Pakatan ; iaitu TGHH, Lim Kit  Siang dan DS Anuar Ibrahim telah menegaskan berkali-kali akan menjunjung  dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.
                    Sebaliknya Umnolah pengkhianat agama , bangsa dan negara kerana  menghapuskan Penggunaan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matamatik dan  Sains , biasiswa kepada Bumiputra dan penolakan Akta Hudud yang  dibentangkan TGHH sebanyak tiga kali di dalam Parlimen .
                    Bahkan parlimen tiada tahu  menahu tentang pengkhianatan Umno  kepada negara sewaktu  dua telaga minyak yang bernilai RM320 Billion  diserahkan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni kedua-dua negara .  Tanjung Pagar hilang begitu sahaja kepada Singapura sedangkan itu hak  Malaysia ( KTMB ) yang bernilai tinggi dan merupakan warisan negara.
                    Oleh itu Umno janganlah menjadi tiada siuman bermain  dengan isu ‘perpaduan Melayu ‘ dan gunapakai ‘Setan Bisu Judi’ alias  Mufti Perak pula kerna orang sekarang sudah tolak dan terima perpaduan  Islam yang menyatukan semua kaum di Malaysia ini; di  atas teras  keadilan Islam  untuk semua yang diyakini rakyat berbilang kaum .
Bahkan  PAS bisa menjadi teras politik negara kerna terbukti sekitar 20,000  bukan Islam sudah mempunyai dewan mereka sendiri di dalam PAS . Iaitu,  DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS . Ini bererti PAS sudah mendahului politik  Malaysia dengan menampilkan pendekatan sistem Islam yang adil untuk  semua .
                   Umno masih lagi sempit dengan minda  perkauman dan ketinggalan jauh kebelakang ditinggalkan PAS . PAS tiada  bisa berkerjasama dengan UMNO, MIC dan MCA yang bernausakan perkauman  dan menerima dan istiqamah dengan pakatan politik ( tahaluf siasi)  dengan Keadilan, DAP dan SNAP/PAKATAN  yang tiada berteraskan perkauman .