5 TAHUN PENEROKA FELDA GUNA AIR HUJAN 
Utusan  Malaysia 23 Jun 2010 - Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa  mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah  dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44  buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut  merayu pihak terbabit melakukan sesuatu. 
LULUS SEGERA PROJEK TANAM SEMULA 
Sinar  Harian 4 Jun 2010 – Anak peneroka Felda Bukit Jalur meluahkan rasa  kecewa mereka apabila proses tanam semula bagi tanah seluas kira-kira  3.2 hektar yang dimohon sejak tanaman mereka ditebang, Ogos 2008 masih  belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.
DERITA 28 TAHUN AIR TERPUTUS DI FELDA 
Kosmo  15 Mac 2010 - Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati  kemudahan asas yang sempurna, lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di  Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini yang terpaksa berhadapan dengan  masalah bekalan air terputus hampir setiap hari.
28 TAHUN WARGA FELDA HADAPI MASALAH TEKANAN AIR RENDAH 
Utusan  Malaysia 15 Mac 2010 - Itulah 'derita' yang dihadapi oleh lebih 1,200  penduduk di kawasan Felda Palong 7 dan 8 berikutan masalah tekanan air  rendah sejak menduduki kawasan itu 28 tahun lalu.
KOS UKUR TANAH TIDAK MASUK AKAL 
Sinar  Harian 17 Feb 2010 – Peneroka di Felda Raja Alias 4, di sini,  melahirkan rasa tidak puas hati dengan kos dikenakan Felda bagi mengukur  lot tanah peneroka untuk tujuan penebangan pokok dan pembangunan.  Menurut mereka, kadar sebanyak RM1,145 bagi setiap peneroka untuk   keluasan 1.2 hektar setiap peneroka adalah tidak masuk akal dan  meragukan.
MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN 
Sinar  Harian 17 Feb 2010 - Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh  harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak  seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani  kehidupan seharian dengan lebih selesa. 
PENDUDUK FELDA BERANG TIADA BEKALAN AIR 
Sinar  Harian 13 Feb 2010 – Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan  rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains)  berikutan masalah ketiadaan air di kawasan mereka.
ORANG FELDA PALONG DIANAKTIRIKAN 
Sinar  Harian 19 Jan 2010 - Ketiadaan lampu jalan terutama di persimpangan  masuk ke Palong 2 memang mengecewakan penduduk yang mendakwa kawasan  mereka seperti ‘dianaktirikan’ apabila kemudahan yang sudah lama dipohon  itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan. 
FELDA PALONG DAIF 
Berita  Harian 21 Dis 2009 - Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan  Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan  terbesar  di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai  bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang. Namun, gelaran pusat bandar  itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh  ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai  kemudahan untuk penduduknya.
GANGGUAN BEKALAN AIR DI FELDA JEJAS PERAYAAN 
Sinar  Harian 2 Dis 09 - Kemeriahan penduduk Felda Bukit Rokan, di sini,  menyambut musim perayaan bersama keluarga dan sanak saudara kian menjadi  lesu berikutan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku tanpa  penyelesaian. 
PENEROKA PROTES DAKWA FELDA TIDAK TUNAI JANJI 
Sinar  Harian 14 Okt 2009 - Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan  perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap  pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada  pihak peneroka Felda berkenaan. Penduduk Felda Raja Alias 4 ingin  menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah  ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan. 
PENDUDUK FELDA 52 TAHUN MERDEKA TIADA AIR 
21  Feb 2009 - Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang,  Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3  jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009.
BONUS PENEROKA FELDA GETAH GIGIT JARI 
Sinar  Harian 24 Dis 08 - Felda diminta mengkaji semula syarat setiap peneroka  perlu melepasi sasaran hasil yang ditetapkan sebelum layak menerima  bonus insentif produktiviti untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di  kalangan peneroka. 
MASALAH KELAPA SAWIT TIDAK DITUAI BELUM SELESAI 
Sinar  Harian 8 Jul 2009 - Shamsuri berkata, hasil pendapatan yang mereka  terima tidak seberapa akibat buah kelapa sawit yang sepatutnya dikutip  oleh pihak kontraktor terbabit dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak.  “Rata-rata peneroka hanya menerima kurang RM1,500 sebulan. Ia tidak  cukup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru  ini.
BURUH BANGLA CEROBOH TANAH 
Harian  Metro 25 Julai 2007 - Perbuatan segelintir buruh asing warga Bangladesh  yang dibawa masuk ke tanah rancangan felda di Jempol untuk bekerja di  ladang kelapa sawit menceroboh kawasan halaman kediaman peneroka  menyebabkan penduduk tempatan dalam kebimbangan.