Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar ketua umum PKR, Datuk   Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung   dakwaan bahawa ahli parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk   berpaling tadah.
Beliau berkata,   sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu   sehingga Isnin ini, maka ahli parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap   melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.
"Kalau  ada  bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat  dalam  ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit   dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat   perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, malam semalam.
Ahl
i parlimen Rembau   itu berkata, tindakan kelima-lima ahli parlimen Bebas keluar PKR adalah   disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi Umno   atau BN.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga  ketua pemuda  BN, berkata sayap berkenaan sudah bersiap-sedia  mengemaskini jentera  parti bagi menghadapi pilihan raya umum yang  dijangka diadakan pada  bila-bila masa.
- Bernama