1)  100% UMNO adalah buruk. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kumpulan  besar masyarakat Islam boleh wujud tanpa tokoh ugama yang mendukung dan  menasihati? Mustafa Kamal Ataturk pun perlukan sokongan ulama untuk  menjayakan misi kumpulannya. Jadi, tak mungkin UMNO tak ada ulama. UMNO  mesti cari ulama. Jika sebaliknya, dulu lagi UMNO dah berkubur.
2)  Di manakah ulama jahat ( ulama al su’ ) hendak bersarang? Dalam PAS tak  mungkin sebab PAS berjuang untuk Islam yang benar sedang mereka adalah  ulama palsu dengan cita – cita palsu. Berseorangan juga tak mungkin  sebab ulama jenis ini lahir kerana kepentingan duaniawi yang ditagih.  Berseorangan hanya menghalangnya mendapat habuan tesebut. Menubuhkan  jamaah sendiri juga tidak mungkin sebab ulama jahat tak boleh bersatu  sesama mereka kerana kepentingan diri yang saling bercanggahan, apatah  untuk menyatukan masyarakat. Jadi, wujud UMNO yang berkuasa adalah tuah  dan syurga buat ulama jenis ini.
3) Susahlah umat Islam untuk  mengenali ulama akhirat yang sebenar sebab tanpa perpecahan antara dua  golongan ulama ini, sukarlah pengecaman, pengenalan dan pengasingan  berlaku. Islam adalah al furqan, datang untuk membelah dan mengasingkan  kebaikan daripada kejahatan. Jadi kewujudan ulama jahat dalam kumpulan  jahat adalah sunnatuLlah. Begitulah sebaliknya.
4) Hilanglah bisa  ulama dalam PAS. Putih zahir di tepi hitam! Orang baik zahir dengan  zahirnya orang jahat. Dizahirkan kehebatan dan keabdian Musa  alaihissalam dengan dizahirkan kebebalan dan keangkuhan Firaun. Ibrahim  vs Namrud. Begitulah dihidupkan watak yang bertentangan sebgai  pengenalan. Justeru anda tak nampak bisa ulama PAS sehinggalah anda  melihat ‘bisa’ ulama UMNO. Jadi demi wibawa ulama PAS, mestilah dihantar  ulama untuk masuk UMNO. Jika UMNO gagal menggoda mereka, banyak syaitan  iblis akan datang membantu..
5) Siapa nak mempertahankan  kezaliman UMNO dengan fatwa – fatawa yang boleh mengelirukan umat Islam  sehingga terus melihat kezaliman sebagai keadilan, lalu mereka  menyokongnya? Tun mahathir, siapa nak amin fatwanya menghalalkan judi?!  Paling tidak, bila ulama UMNO senyap, orang akan kata judi itu harus  sebab kita ini masyarakat majmuk. Misalnya itulah. Jadi, demi kekeliruan  umat yang mesti dikekalkan demi kelangsungan kerajaan zalim UMNO, ulama  muda atau tua mesti ada dalam UMNO. Tak boleh tak ada. Jika tak ada,  dulu lagi UMNO dah tak ada. Tak ada maknanya mati. Mati dalam bahasa  kasar disebut mampus! Anda boleh pilih mana satu yang berkenan..
5  sebab yang saya paparkan di atas adalah sebagai menjelaskan betapa  kemasukan ulama dalam UMNO bukan satu perkara yang pelik. Bahkan ia  adalah keperluan perjalanan sunnah Allah agar pengenalan, pengasingan  dan pemisahan terus berlaku dalam ujianNya ke atas umat manusia. 
Yang  anda perlu tahu sangat ialah ilmu dan taqwa ulama. Ilmu dan taqwa  adalah hujah para ulama, bukan buih mulut, harta, kedudukan dan wajah.
Yang  anda perlu tahu ialah ulama umat Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam  tak mungkin bersatu di dlam kegelapan dan kezaliman. Jika majoriti ulama  menyokong UMNO, ia adalah satu hujjah UMNO adalah benar. Jika 40 ulama  masuk UMNO manakala baki 40000 kekal dlaam perjuangan Islam, itu adalah  hujjah UMNO adalah karut dan sesat.
Katakan, 40000 itu adalah  ulama warisan umat Muhammad, manakala 40 itu adalah ulama warisan  Yahudi. Persetan ulama Yahudi dalam umat Muhammad. Teruskan perjuangan  dengan kepimpinan ulama yang bertaqwa..
http://nikabduh.wordpress.com/