![]()  | 
Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.
Sebelum itu, lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya.
Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.
![]()  | 
Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.
Turut  hadir ialah Tmbalan  Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib  presiden - Datuk  Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz  Omar - serta  beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly  Ahmad dan  Hashim Jasin.
Sementara itu, seorang  jawatankuasa PAS pusat yang  ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin  berkata kematian Hassan  adalah kehilangan besar bagi PAS kerana  allahyarham merupakan seorang  tokoh yang berpengalaman serta berilmu.
"Beliau adalah orang  parti yang istiqamah dengan  perjuangan sehingga akhir hayat dia.
![]()  | 
Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.
Hassan meninggalkan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.
Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

