
Baru-baru ini heboh  diperkatakan Syarikat   Konglomerat terbesar Kerajaan Malaysia, Sime  Darby mengalami kerugian  berbillion ringgit. Pengerusinya, Tun Musa  Hitam menjelaskan dalam satu  wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad,23  Mei,2010 mengenai punca-punca   kerugian itu.Antaranya salah urustadbir  konglomerat itu yang mempunyai  100,000 kakitangan di dalam dan luar  negara.
2. Namun antara yang menjadi "turning point" terhadap  kerugian  berkenaan adalah pengambilalihan projek sakit, khasnya Projek  Bakun,  projek Empangan Hidroletrik yang tidak pun mendapat kelulusan   Kementerian  Alam Sekitar sewaktu DS Anwar masih dalam kerajaan lagi. DS  Anwar ketika   itu menentang Projek Bakun, namun Mantan PM, Mahathir  Mohamad ingin  projek itu diteruskan demi untuk kebaikan rakyat Sarawak,  katanya.
3. Menurut Tun Musa Hitam, Sime Enggineering, anak  syarikat Sime Darby  mengambil alih Bakun pada 2002 di mana ketika itu  projek berkenaan  menghadapi  pelbagai masalah, khususnya kos yang  menjangkaui anggaran. Ia  dianugerahkan  kepada seseorang, kemudia ia  ditender semula ketika itu, Sime  Enggineering  memperoleh tender  berkenaan. Ia tiada kaitan dengan Sime Darby sekarang,   namun katanya  lagi, kerajaan harus memantau projek yang menelan  berbillion  ringgit  itu serta melibatkan kepentingan nasional. SPRM sepatutnya herus    menyiasat pendedahan oleh Tun Musa ini, memandang jumlah yang terlibat   berbilion ringgit dan melibatkan kepentingan negara pula.
4.  Sebenarnya projek Bakun mulai nazak sekitar tahun 1997, selepas   syarikat  milik Ting Phek King, Ekran Berhad, gagal menyiapkannya  melalui Bakun  Hydroelectric Corporation. Teras perniagaan Sime Darby  adalah  perladangan.  Mengapakah pula perlu ia mengambil alih projek  Bakun yang bukan  bidangnya.  Atau ada apa-apakah kaitannya dengan  Mantan PM , Tun Mahathir?
5. SPRM tidak sepatutnya memilih bulu  dalam menjalankan siasatan  terhadap  kerugian yang melibatkan wang  negara. CEO nya, Datuk Seri Zubir Murshid  harus bercuti sementara  siasatan dijalankan. Tun Musa Hitam juga harus  bertanggungjawab, kerana  ia Pengerusinya ketika ini.
AlKundangi,
30 Mei,2010
http://alkundangi.blogspot.com