LanH
Sesekali saya  membeli juga akhbar arus perdana. Bukan apa, mahu tahu perkembangan di  tanah air dan luar negara termasuk sukan. Tidak lama dulu ketika membaca  ruangan surat pembaca sebuah akhbar perdana, saya tertarik dengan  sepucuk surat. Nama penulisnya, Wan Fariz Izudin Wan Yaacob, dari Shah  Alam. Tajuk suratnya 'Menteri kena tunjuk teladan berjimat'.
Di  sini saya siarkan suratnya untuk renungan bersama: "Saya tertarik dengan  saranan  Salahuddin Ayub (kini Nabi Presiden PAS) supaya menteri  dipotong elaun sebagai antara langkah penjimatan wang kerajaan.
"Sebenarnya,  saya kurang bersetuju saranan sesetengah menteri yang mahukan rakyat  mengubah gaya hidup demi memenuhi tuntutan kenaikan harga minyak di  pasaran sekarang sedangkan mereka masih mengamalkan cara hidup mewah.
"Ulasan  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir  Samad (kini bekas menteri) yang menyatakan pemotongan elaun menteri  tidak rasional sama sekali, tidak boleh diterima.
"Ini  bertentangan dengan saranan Perdana Menteri yang mahu rakyat  keseluruhannya berjimat cermat. Walaupun pemotongan elaun menteri tidak  membabitkan wang berbilion ringgit, saya pasti kerajaan dapat  menjimatkan jutaan ringgit.
"Saya berasakan teladan dan contoh  patut datang daripada menteri Kabinet. Jangan hanya pandai menasihati  rakyat supaya berjimat cermat dan mengubah cara hidup, tetapi pada masa  sama, mereka tetap hidup mewah dengan petrol kenderaan diberikan  percuma.
"Ini bermakna menteri tidak berasakan apa rakyat  rasakan. Mereka hanya pandai berkata-kata, namun hakikatnya mereka tidak  berani menyahut cabaran kini yang sudah pun disahut rakyat."
Renungan
Daripada Ali  bin Abi Talib r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku  telah membuat 15 perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka,  iaitu;
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang  tertentu.
2. Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan
3.  Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.  Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sebaliknya dia berbaik-baik  dengan kawan-kawannya.
7. Suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.  Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua  suatu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka.
10.  Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.  Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera  banyak dipakai orang lelaki.
13. Para artis disanjung-sanjung.
14.  Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir zaman ini melaknat  (menyalahkan) generasi pertama (sahabat.
Maka pada ketika itu  hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan  dibinasakan, menjadi makhluk lain.