Parti Islam Se-Malaysia  (PAS) memberikan amaran kepada  Kerajaan BN agar tidak membenarkan  penjenayah perang-Tony Blair  menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak  mahu berhadapan dengan bantahan  terbuka rakyat.Tony  Blair yang juga mantan  Perdana Menteri Britain adalah orang yang  bertanggungjawab bersama  Presiden Amerika, George W. Bush membawa  bencana perang ke atas bumi  umat Islam di Aghanistan (2001) dan Iraq  (2003).
Sehingga ke hari ini  beliau gagal  membuktikan tuduhan beliau dan rakan sekutunya itu bahawa  bangunan  World Trade Centre diserang oleh pengganas Islam dan tuduhan  bahawa  Iraq mempunyai Senjata Nuklear-Pemusnah Besar-besaran (WMD) juga  masih  belum dapat dibuktikan. Walaupun masih tiada bukti, tetapi dengan   sewenang-wenangnya mereka mencetuskan perang hingga meragut jutaan nyawa   dikedua-dua negara itu. Hingga ke hari ini negara Afghanistan dan Iraq   tidak pernah tenang, dan rakyatnya jadi pelarian dinegara sendiri.
Selain itu Blair  juga mempunyai hubungan  rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide, Darren Murphy yang pernah   menjadi penasihatnya. Blair yang disokong kuat oleh APCO merupakan ahli   aktif dalam pertubuhan pelobi Pro-Israel, iaitu Labour Friends of  Israel dan  menyokong kuat kerja-kerja zionis Israel yang menindas umat  Islam  Palestine atas dasar perluasan wilayah.
Tangan Blair masih  berlumuran darah dan  air mata rakyat tertindas masih belum  kering. Inilah dosa Blair yang  tidak boleh dimaafkan. Malaysia sebagai  negara yang cintakan kedamaian  dan menolak peperangan wajib menghalang  Blair dari memasuki negara ini  pada 24 April ini bagi memberikan ceramah  dalam kongres perniagaan di  Kuala Lumpur anjuran Success Resources  Company.
PAS menuntut agar jemputan itu dibatalkan  dan kita tidak  memerlukan khidmat nasihat dari seorang pembohong dan  pembunuh yang kini  turut di tolak oleh Partinya sendiri (Parti Buruh)  dan rakyat Brittain.
Ust  Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS  Pusat