Sejak kebelakangan ini seiring dengan kehangatan kempen PRK Hulu  Selangor, BN dan UMNO terus berkempen dengan cara kotor dengan menipu  dan sekali gus dia juga kena tipu apabila Media Arus Perdana yang  dikuasai oleh UMNO mengumumkan kononnya pemimpin PKR teluar parti dan  masuk UMNO.
Sedangkan hakikatnya setakat ini dua penafian  dilakukan bagi menafikan dan membuktikan bahawa individu berkenaan bukan  seperti yang laporkan malah jelas satu pembohongan,. Setakat ini  melibatkan PKR Bagan Serai perak dan AMK PKR Kelantan.
Kelmarin  dilaporkan secara meluas kononnya setiausaha AMK Kelantan keluar parti  sedangkan sekarang ia tidak memegang jawatan itu. Benar ia bekas  Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama  dipecat diumumkan keluar bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)  Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad yang sebenarnya kecewa selepas  hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai  menyebabkan dia kecewa.
“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang  jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof  dari Kuala Krai,” demikian penafian olah Timbalan Pengerusi Perhubungan  PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.
Beberapa hari lepas juga seorang  wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan  Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai dilaporkan media keluar dari PKR.
Namun  wanita itu berbohong dan UMNO berbohong seperti yang dinyatakan oleh  kenyataan, "sebenarnya dia tidak memegang apa- apa jawatan dalam  organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai." Demikian satu penafian yang  dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.
Kenyataan  PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul  Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan  Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai  Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO  dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti  atau organisai wanita cabang.
Inilah cara kempen UMNO yang sudah  dilihat sangat terdesak dan melakukan apa saja cara untuk memburukkan  dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun dengan mengggunakan kaedah  penipuan.
Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuah  bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin UMNO dan mengaku pemimpin PKR  mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti  sekaligus masuk UMNO. Pasti mereka akan menerami saudara sebagai pelakun  tambahan seterusnya.
Buka itu sahaja, rasanya ada bayaran yang  agak lumayan dengan kerja jahat itu. selain itu adalah peluang didamping  oleh orang seperti Zahrin, Salahuddin dan yang seronoknya kalau untuk  Bagan Serai Mohsin Tempirai boleh duduk disebelah untuk episod  berikutnya kalau ada, itupun kalau dia berani !
DRS. KHALIL  IDHAM LIM