Sabtu, 31 Mac 2012

5 REPOT POLIS DIBUAT TERHADAP PENOLONG S/U MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) PERAK


HEBAHAN MEDIA 29 MAC 2012

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan seorang perasmi Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gopeng Jalan Ilmu, yang berbau perkauman dan fitnah.

Mesyuarat Agung PIBG SK Gopeng Jalan Ilmu diadakan pada 24hb Mac 2012 (Sabtu). Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Encik Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim, yang merupakan Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (Negeri Perak).

Kenyataan berbau perkauman

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud sedemikian:

“Orang Cina dan India dibawa masuk oleh penjajah British hanya sebagai pekerja dan mereka tidak berhak menuntut apa-apa keistimewaan. Jangan bermain dengan api dan jangan mencabar.”

KEADILAN berasa amat kesal dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim. Kenyataan yang melahirkan perasaan dengki terhadap sesuatu kaum tidak harus wujud di dalam Negara kita yang majmuk dan harmoni, apatah lagi dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG sebuah sekolah kerajaan? Kata-kata seperti “jangan bermain dengan api dan jangan mencabar” seolah-olah suatu ugutan kepada kaum Cina dan India.

Kami percaya pendirian ini bukan setakat pendirian individu Abdul Rahim bin Abdul Karim tetapi pendirian kerajaan, memandangkan beliau memegang jawatan dalam satu pertubuhan kerajaan yang penting, iaitu Majlis Keselamatan Negara. Pandangan ini berasas sebab kenyataan-kenyataan yang berbau hasutan ini telah berlaku banyak kali, dan kenyataan sebegini pernah dikeluarkan oleh pegawai kanan kerajaan termasuk bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri sendiri, Datuk Nasir Safar.

Kenyataan politik yang penuh dengan tohmahan dan fitnah

Selain itu, Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim juga menyentuh tentang isu-isu politik yang penuh dengan fitnah, antaranya:

a) Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Yahudi.

b) DAP hendak menjadikan Malaysia sebuah Negara Kristian.

c) Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negara, DAP akan menjadi Perdana Menteri dan PAS akan mengikut telunjuk DAP.

d) Ambiga membawa huru-hara kepada Negara, BERSIH 2.0 mengancam ketenteraman Negara.

e) Punca kemerosotan ekonomi adalah Pakatan Rakyat kerana mereka selalu adakan demonstrasi.

Kami tidak berniat untuk berbalas hujah-hujah yang tidak masuk akal tersebut, tetapi sekolah bukan satu medan untuk berpolitik. Sekolah kerajaan dibiayai oleh wang rakyat, termasuk penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Apakah motif pihak sekolah menjemput seorang perasmi yang menyentuh tentang politik dan memburuk-burukkan pihak Pakatan Rakyat? Ini bukan kali pertama sekolah tersebut menjemput orang politik untuk program sekolah. Pada November 2011, sekolah ini telah menjemput Ketua Bahagian UMNO Gopeng , Dato Hamzah bin Mohd Kasim, untuk memberi ucapan dan menyampaikan wang RM100 (wang kerajaan) kepada pelajar.

Adakah Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan merestui tindakan sedemikian?

Tuntutan kami

Kami difahamkan bahawa 5 laporan polis telah dibuat oleh ibubapa pelajar sekolah yang menghadiri mesyuarat tersebut. Kami memandang berat terhadap kes yang serius ini. Justeru itu, kami menuntut pihak yang berkenaan agar:

1) Memecat Encik Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim daripada jawatannya di Majlis Keselamatan Negara.

2) Mengambil tindakan mahkamah terhadap Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim yang mengeluarkan kata-kata yang berunsur ugutan dan hasutan.

3) Pihak sekolah harus meminta maaf kepada ibubapa pelajar secara terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab menjemput perasmi itu.

4) Menteri Pendidikan harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan meletak jawatan dengan serta-merta kerana ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku di dalam sekolah kerajaan.

5) Unit propaganda perkauman seperti Biro Tata Negara harus ditutup dengan kadar segera supaya tiada minda kakitangan kerajaan akan diracuni lagi.



YB CHANG LIH KANG
ADUN TEJA
MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

Jumaat, 30 Mac 2012

Tsunami veteran UMNO keluar parti akan berlaku selepas ini



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.

Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.

“Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.

“Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.

“Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .

Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.

Katanya, pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan imam yang mereka lantik.

“(Cuma) 20, 30 orang sahaja yang menguasai beratus-ratus pengundi, (tetapi) rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya.

Banjir: Bandar Kelang Di tenggelami Air




Pakatan Rakyat hari ini berkata pihak berkuasa persekutuan perlu menyelesaikan masalah banjir ekoran keadaan teruk di Klang selepas hujan lebat bermula sekitar tengah malam tadi.

NONE"Klang teruk dilanda banjir pagi ini. Jabatan Pengairan dan Saliran di peringkat persekutuan mesti melakukan sesuatu kerana semua peruntukan bersama mereka.

"Jangan pula salahkan kerajaan negeri Pakatan dan kerajaan tempatan," tulis speaker Selangor Teng Chang Khim pagi ini di Twitter.

Harian berbahasa Cina pagi ini melaporkan hujan lebat bermula tengah malam tadi menyebabkan banjir yang dianggap paling serius dalam sejaran Klang.

Menurut laporan itu, sebahagian kawasan rendah ditenggelami air setinggi 4 kaki, menenggelamkan kereta dan menyebabkan kesesakan lalu lintas besar-besaran

Dangdut Rimba dalam Hutan Simpan Hulu Gombak

Lizawati Madfa



GOMBAK : Jabatan Perhutanan Selangor hari ini mengambil tindakan menyita sebuah restoran di Batu 12 3/4 yang didakwa menjalankan aktiviti tarian ‘dangdut rimba’ sebagai salah satu ‘menu’ penarik pelanggan.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Hutan, Mohd Yussainy Md Yusop, tindakan itu diambil bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu.

“Tindakan kita pada petang ini ialah untuk memberi respon serta merta ke atas satu aktiviti pendudukan tanpa kebenaran dalam Hutan Simpan Hulu Gombak yang disiarkan di sebuah akhbar nasional.

“Jadi, hari ini Jabatan Hutan seramai 30 anggota telah hadir ke kawasan ini untuk kita buat sitaan dan kita membuka semua struktur sementara yang dibangunkan,” ujar Hussainy.

Operasi petang tadi menyaksikan tiga buah khemah tidak kekal dan dua buah khemah besar disita bersama-sama dengan peralatan perniagaan.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut juga merupakan satu proses siasatan di bawah Seksyen 32 iaitu menduduki tanpa kebenaran dan permit penggunaan menurut Akta Perhutanan Negara 1984.

“Jika disabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM50, 000 atau penjara antara satu hingga lima tahun,” tambah Yussainy sambil memberitahu kebanyakan pusat rekreasi di kawasan berkenaan dijalankan tanpa kebenaran.

Satu laporan penuh akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangoruntuk diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Exco mengenai tindakan dan langkah untuk menangani masalah tersebut.

Sementara itu, pengusaha restoran terbabit, Mohamad Asri Md Nur,38, menyangkal dakwaan akhbar berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah semata-mata.

“Apabila jadi perkara begini atas dasar satu fitnah yang tidak berlaku pun, tidak apalah, saya pasti ada hikmahnya,” ujar Asri sambil menafikan restorannya menjalankan aktiviti tarian sebaliknya sekadar perkhidmatan karaoke.

Asri juga memberitahu, restoran berkenaan baru beroperasi selama tiga bulan dan menjalankan operasi perniagaan selepas waktu Isyak dan menutup operasi sekitar 1 pagi.

Sebelum ini tapak rekreasi yang berkeluasan 10 ekar itu menjalankan operasi kem motivasi.

UMNO masuk campur urusan SPRM – Ngeh



Beruas 29 Mac – Ada pihak yang disyaki membiarkan United Malay National Organisation (UMNO) campurtangan dalam urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga memperolehi maklumat dalaman siasatan yang belum selesai.

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, hari ini menuntut pihak SPRM supaya menjelaskan keadaan yang mencurigakan itu.

Menurut beliau, dua hari lalu sebuah akaun Twitter, “Sungai Rapat” telah menyiarkan bahawa Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, bakal didakwa di mahkamah berkaitan perniagaan jahitan yang melibatkan isteri beliau sebagai seorang pelabur pasif.

“Akaun ‘Sungai Rapat’ ini dipercayai diselenggara oleh kalangan yang diupah oleh EXCO BN Perak, Dato’ Hamidah Osman,” kata YB Ngeh dalam kenyataan media beliau hari ini. Sungai Rapat adalah kawasan Dewan Undangan Negeri Hamidah.

Ngeh mendakwa bahawa jika pun benar dakwaan akan dibuat terhadap pihak berkenaan, sesuatu yang aneh maklumat sebegitu boleh diketahui UMNO, memandangkan siasatan masih lagi berjalan. Menurut beliau, jika UMNO boleh masuk campur dan memiliki maklumat-maklumat khusus tentang siasatan SPRM ia menunjukkan secara jelas bahawa SPRM tidak sebenarnya bebas.

“Kita minta Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed untuk memberikan penjelasan demi mengekalkan integriti SPRM dalam siasatan tersebut,” ujar Ngeh lagi.

Barisan Nasional diketahui menggunakan taktik mengheret pimpinan Pakatan Rakyat ke mahkamah atas tuduhan-tuduhan tidak berasas demi menghalang usaha mereka berkempen menentang salahguna kuasa Barisan Nasional. Antara yang telah dihadapkan ke mahkamah demi mengganggu kerja politik mereka termasuklah Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Tian Chua, Tony Pua, Lau Weng San, Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Hatta Ramli. – Roketkini.com

21 Orang Pemuda Umno Pulau Pinang Sertai PAS

Mujahid menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari wakil 21 Pemuda Umno  
 
JELUTONG, 29 Mac - Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka. ~harakahdaily

Banjir Kilat Di Klang


GreenBoc | Beberapa kawasan perumahan dan sebahagian bandar Klang banjir setelah hujan selama dua jam pagi semalam.

Kawasan yang terlibat adalah Pandamaran dan Kampung Idaman di Pelabuhan Klang, bahagian-bahagian tertentu Bukit Tinggi, Johan Setia, Taman Sentosa, Sungai Udang dan Kampung Delek.

Longkang melimpah ke rumah dan dua buah sekolah turut terjejas mengakibatkan pelajaran terganggu.

Pegawai perhubungan awam Majlis Perbandaran Klang (MPK),Norfiza Mahfiz berkata Klang Utara dan Selatan telah dilanda banjir kilat dan majlis itu mengarahkan 50 orang lelaki dari kejuruteraan, perancangan dan jabatan alam sekitar untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan untuk memindahkan barang-barang mereka ke kawasan yang lebih tinggi.

"Longkang utama ke Sungai Klang tidak dapat menampung sejumlah besar air itu melimpah ke kawasan sekitarnya.

"SMK Tengku Ampuan Rahimah dan SRK Methodist ACS Klang turut terjejas," katanya.

Selepas banjir, pelajar dan guru bergotong-royong untuk membersihkan bilik darjah yang berlumpur.

Norfiza berkata pemilik kenderaan yang terpaksa berhenti di tepi jalan dan menunggu banjir surut. Beberapa kenderaan tersangkut apabila pemandu cuba memandu meredah jalan-jalan yang dinaiki air banjir.

Pemandu trak tunda banyak kelihatan mendapat peluang perniagaan, menunda kereta ke bengkel.

Bas persiaran yang datang ke Little India Klang telah dipaksa untuk meletak kereta di luar lingkungan perniagaan.

Pelancong tinggal dalam bas dan telah dihidangkan dengan teh tarik panas dan biskut.

Ahli perniagaan, NP Raman berkata banjir kilat telah menyebabkan air mengalir masuk ke dalam kedai-kedai di Little India.

"Jalan Tengku Kelana adalah seperti sungai yang mengalir melalui bandar ini. Beberapa pemandu kenderaan terkandas disebabkan kereta mereka rosak di tengah-tengah jalan, "katanya.

Ramai orang yang ingin ketempat kerja telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Teluk Pulai yang dibanjiri air.

Pemilik kenderaan yang marah mengatakan jalan-jalan di Teluk Pulai dan Taman Melawis serta berdekatan sering dilanda banjir dan ini adalah masalah lama.

"Kita semua tahu longkang tersumbat dan dengan itu melimpah setiap kali hujan. Majlis mesti melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini, "katanya. -salamsentosa

Klang Dilanda Banjir Kilat


KLANG: Beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat awal pagi Jumaat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Bayu Perdana and Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa dan Taman Chi Liung.

Beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah La Salle, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Sekolah Rendah Simpang Lima dan Sekolah Teknik Batu Ujong turut dinaiki air. -mstar

SPRM: 'Jangan politikkan rasuah' (Nanti Barisan Nasional Mamposs)

NURKHAIRINI JUMARI

sprm_shukri-new
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa masyarakat terutamanya pemimpin politik agar tidak mempolitikkan isu berkaitan rasuah bagi membantu badan bebas itu melaksanakan siasatan dengan rapi tanpa gangguan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pemimpin politik perlu menterjemahkan persepakatan tidak mempolitikkan rasuah yang dimenterai bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Jawatankuasa Khas SPRM di Parlimen.

Menurutnya, masalah dan kekangan yang dihadapi oleh SPRM dalam menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pemimpin politik ialah rasuah tersebut dipolitikkan demi kepentingan mereka.

“Isunya kini, jangan hanya bercakap tetapi kita perlu terjemahkan dalam bentuk tindakan.

“ Mulai hari ini, dengan persetujuan wakil dua pemimpin dari BN (Ahli Parlimen Datuk Rahman Dahlan) dan PR (Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli) tidak mempolitikkan rasuah, saya minta ianya terjemahkan dengan tindakan,” katanya dalam Siri Wacana Sinar Harian ke-12 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Menurutnya , SPRM memohon kerjasama daripada masyarakat dan pemimpin agar membuat laporan dan member i maklumat berkaitan rasuah secara senyap serta tidak menghebahkan kepada pihak lain dan juga media.

Katanya, tindakan menghebohkan yang menjadi trend pemimpin politik pada masa ini akan mengganggu siasatan di mana kes ini sudah bocor di peringkat awal.

“Apabila hendak membuat laporan kepada SPRM sudah hebah di blog, bawa rombongan ke SPRM dan juga jemput media, perkara ini sudah heboh.

“Tindakan sebegini akan menyukarkan siasatan SPRM, bukti akan hilang, dokumen akan dimusnahkan dan saksi akan bersepakatan tidak beri kerjasama,” katanya.

Beliau memberitahu, rasuah bukan seperti jenayah biasa di mana jenayah ini memberi keuntungan kepada kedua- dua pihak.

“Jika laporan dibuat dihebohkan, mereka yang menerima dan memberi rasuah kedua- duanya mendapat untung. Satu pihak dapat duit, satu pihak dapat projek di mana di antara mereka ini adalah rakan karib, ada tali persaudaraan dan rakan parti politik.

“Masalah SPRM dalam mendapatkan keterangan saksi, jika masa melaporkan kepada SPRM sudah heboh, saksi yang dipanggil tiada elemen ‘surprise’ dan sukar beri kerjasama,” katanya.

Malah menurut beliau, pemimpin politik boleh menghebahkan kepada umum jika SPRM mendapati ada bukti terdapat kes rasuah dalam laporan yang dibuat secara senyap itu.

“Jika SPRM sudah siasat, sudah ada bukti, selepas itu anda nak heboh, hebohkanlah. Tidak ada masalah,” katanya.

Mengulas mengenai persepsi ‘ikan bilis dikejar, ikan jerung dilepaskan’ dalam siasatan SPRM, Mohd Shukri berkata, sejarah membuktikan bahawa pemimpin politik di Malaysia paling ramai didakwa kerana rasuah berbanding negara-negara lain.

“Badan bebas ini sudah mengambil tindakan pada ahli politik yang terlibat dalam rasuah sejak tahun 60-an lagi.

“Tiada isu ‘ikan bilis dikejar, jerung dilepas’ kerana SPRM mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang memberi dan menerima rasuah. Kita tangkap berdasarkan bukti bukan sentimen,” katanya.

Mohd Shukri berkata, persepsi masyarakat yang mengatakan SPRM tidak melakukan siasatan kerana mereka mengandaikan SPRM tidak buat kerja jika dakwaan kes rasuah dihebahkan itu tidak di bawa ke mahkamah.

“Dalam hal ini masyarakat perlu jelas, SPRM siasat semua kes yang dilaporkan, banyak kes yang disiasat tetapi di peringkat pendakwaan mengatakan tidak cukup bukti,” katanya.

Khamis, 29 Mac 2012

Kebakaran di KLCC, bangunan dikosongkan


Suatu kebakaran berlaku di pusat membeli-belah KLCC Suria petang ini, memaksa penghuni dan pengunjung mengosongkan bangunan tersebut.

Asap putih kelihatan dari bumbung bangunan tersebut.

Anggota bomba dan penyelamat tiba kira-kira jam 5.45 petang.

Penerbit buku Amir Muhammad yang kebetulan berada di tempat kejadian berkata pegumuman dibuat melalui sistem pembesar suara meminta orang ramai mengosongkan bangunan.

Menurutnya, eskalator sesak dengan orang ramai tetapi keadaan di situ tenang dan teratur.

Beliau berkata, sekitar lebih 1,000 orang berkumpul di luar bangunan itu di bahagian air pancut dekat taman taman Suria KLCC. - mkini










Parti BODOH Untuk Orang-orang Bodoh


Mahathir kutuk UMNO enggan terima orang pandai sertai UMNO...



MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

Penasihat Komunikasi PM Haji Najib Bergelar Datuk Seri Ada Hubungan 'Mesra' Dengan Artis Jelita Ini


Fouziah Gous sedang bercinta dengan Datuk Seri...
Pelakon jelita Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.

Aktres berusia 29 tahun ini berkata hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun dia sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.

"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.

"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.

"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini," katanya secara eksklusif kepada mStar Online, di sini, petang Rabu.

Diminta mengulas mengenai kelibat mereka yang dilihat pada beberapa acara hiburan kebelakangan ini, Fouziah berkata tiada apa yang perlu disembunyikan jika dia memang berkawan rapat dengan seseorang.

"Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu.

"Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain," katanya.

Fouziah berkata hubungannya dengan lelaki berstatus duda itu adalah berdasarkan keserasian selepas mendapatkan petunjuk daripada Allah.

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang menyenangi karakter budiman dan kesederhanaan lelaki itu yang merupakan seorang mesra media.

Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari


TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.
Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.


Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga  RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.

Rabu, 28 Mac 2012

Ekonomi: Pengalaman Anwar lebihi Pak Lah, Najib

Muhammad Faizal, 27 Mac 2012
SHAH ALAM, 27 Mac: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) memberitahu pengalaman dalam ekonomi yang dimiliki oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang lima tahun memegang jawatan Menteri Kewangan lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh tersebut ekonomi Malaysia telah menunjukkan angka yang positif serta tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa termasuk pemimpin Barisan Nasional.

"Sewaktu Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah kadar positif dan jelas angka-angka ini tidak boleh dipertikaikan.

"Malah apa yang dilakukan oleh Anwar lebih baik dari sewaktu Abdullah dan Najib memegang jawatan Menteri Kewangan," jelasnya sewaktu sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Khalid menjawab persoalan itu yang ditimbulkan oleh Adun Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman sebelum ini berhubung perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

"Sebab itu bila Adun Seri Serdang mempersoalkan tentang bagaimana kriteria yang digunakan oleh kerajaan dalam lantikan tersebut, kita tekankan terhadap pengalaman yang Saudara Anwar miliki.

"Jika Adun Seri Serdang mempunyai pengalaman seperti Anwar yang dapat menunjukkan pencapaian ekonomi negara secara positif selama lima tahun secara konsisten sudah pasti saya akan memilih beliau sebagai penasihat ekonomi," sambungnya lagi.

Tambah beliau lagi, untuk dipilih sebagai penasihat ekonomi, kerajaan negeri meneliti kepada pengalaman yang dimiliki oleh individu terbabit bukannya dipilih mengikut budi bicara.

"Anwar dipilih berdasarkan kepada pengalamannya dalam soal ekonomi serta kecermelangannya dan beliau telah berusaha bersama-sama memastikan pengurusan negeri Selangor ini dari segi ekonomi dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

"Dan memberi kita contoh kepada rakyat bahawa Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah dapat mengurus negeri dengan penuh cemerlang, malah rancangannya bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk masa depan," jelasnya.

Khalid berkata, walaupun dalam masa yang singkat Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor tetapi dari segi ekonomi, dalam masa yang singkat dapat membuktikan bahawa negeri ini lebih baik daripada apa yang dibuat oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini.

"Ini menunjukkan bagaimana kita urus tadbir ekonomi negeri dengan pemilihan penasihat ekonomi berasaskan pengalamannya, Selangor menjadi yang terbaik dari segi pentadbiran dan ekonomi serta kebajikan untuk rakyat," beritahu beliau lagi.