Jumaat, 6 April 2012

Tangan GHAIB Dalam Penyenaraian FELDA GLOBAL


Perjuangan warga Felda menentang perubahan yang dilakukan Isa Samad berpunca dari beberapa perkara asas:


1) Rampasan kuasa Pengerusi Koperasi Permodalan Felda oleh Isa Samad yang melanggar undang-undang KPF serta undang-undang koperasi Negara. Penggunaan kuasa Menteri Koperasi dan kuasa SKM dilihat campur tangan politik jijik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah koperasi negara

Perjuangan warga Felda menentang perubahan yang dilakukan Isa Samad berpunca dari beberapa perkara asas:


1) Rampasan kuasa Pengerusi Koperasi Permodalan Felda oleh Isa Samad yang melanggar undang-undang KPF serta undang-undang koperasi Negara. Penggunaan kuasa Menteri Koperasi dan kuasa SKM dilihat campur tangan politik jijik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah koperasi negara



2) Pajakan 99 tahun tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada tambahan. Peneroka dimomokkan dengan tanah-tanah ladang mereka dan rumah mereka tidak diusik tetapi tanah-tanah poket di dalam rancangan yang diusahakan bersama untuk dijadikan perumahan generasi kedua, pertanian, kedai dan aktiviti sosial turut menjadi mangsa pajakan selama 99 tahun

3) Penghinaan terbuka Isa Samad kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan jawatankuasa pemimpin peneroka di Kuala Pilah

4) Penyingkiran kakitangan kerajaan seperti Pengarah Besar Felda yang dicutikan selama 8 bulan serta penyingkiran Timbalan Pengarah Besar Felda yang dihantar ke JPA untuk memasuki ‘pool’. Terdapat juga beberapa pengarah dan pegawai Felda lagi dikenakan tindakan atas alasan menjadi dalang menghalang penyenaraian dan membocorkan maklumat. Tidak sedikit pun media menyentuh bahawa Ketua Peneroka Felda Kebangsaan iaitu Pak Sam adalah juga Ahli Lembaga Pengarah Felda yang mempersoalkan keputusan yang dibuat dan akhirnya hilang sabar dan mendedahkan perkara dalam mesyuarat lembaga pengarah Felda kepada peneroka-peneroka dan di dalam sidang media.

Segala usaha demonstrasi, blog dan akhbar menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda mengkhianati Perdana Menteri dan menyembunyikan hakikat bahawa pemimpin peneroka 11 wilayah bersatu hati turut menentang agenda tersembunyi dalam penyenaraian ini. Pengedaran VCD sidang akhbar pemimpin peneroka pada masa ini tersebar luas di meja penjual ceramah agama dan politik seluruh Negara. 


VCD ini menunjukkan bukan sahaja Pak Sam, iaitu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang bersuara, malah beberapa pemimpin peneroka yang lain termasuk penerokawati turut menyuarakan pandangan. Turut terlibat adalah pemimpin peneroka di kawasan peti undi PM dan Menteri Koperasi sendiri.Lagi kuat Isa Samad dan media memainkan isu Felda Global sehingga naik muak rakyat Malaysia mendengarnya, semakin ramai rakyat yang mencari berita alternatif kepada berita yang disiarkan.Perkara ini sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia sejak zaman reformasi sehingga munculnya Smart Phone dan Ipad menggantikan akhbar sedia ada.

Majoriti rakyat diajak mempercayai bahawa Isa Samad adalah Isa Al-Masih, penyelamat Felda dan Koperasi Permodalan Felda daripada penyelewengan pengurusan dan lembaga pengarah KPF.Ahli-ahli KPF perlu diselamatkan dari dividen 15% yang dinikmati selama ini.Yang menyatakannya adalah Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, bekas calon Keadilan yang bertanding di Teluk Kemang, Port Dickson sebelum kembali menyertai UMNO Teluk Kemang di mana Isa adalah ketua bahagian.


Malah kehadiran gerombolan Perkasa menyerang ibu pejabat Felda dan memaki pengurusan Felda sangat mudah dibaca kepentingannya kerana selain Ruslan Kasim, Zahid Mat Arip yang mencari makan dengan Isa Samad sebagai pegawai khas juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Perkasa. Yang menariknya, peneroka yang tertipu untuk hadir program demonstrasi tersebut kini bercerita di kawasan masing-masing betapa mereka merasa menyesal dan kini bersemangat menentang Isa Samad. Malah, di dalam blog dan website Perkasa sendiri, ahli-ahli Perkasa yang tidak tahu pangkal sebenar dan hadir dalam gerombolan tersebut kini mempersoalkan kenapa Perkasa digunakan dalam isu Felda yang jelas menjaga kepentingan Melayu sebelum ini. Ternyata tindakan demonstrasi tersebut telah ‘backfire’ kembali kepada pemimpin Perkasa kroni Isa Samad apabila pemimpin bawahan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Perlu diingat bahawa keanggotaan Perkasa adalah secara sukarela dan ahli di bawah tidak mendapat sebarang gaji dan kepentingan melarang mereka bersuara di dalam Perkasa.

Persoalan bermain di dalam minda warga Felda adalah kenapa Najib mendiamkan diri? Jika tahun ini sahaja, undi Felda telah memenangkan BN di beberapa pilihanraya kecil serta mereka telah bersengkang mata, bermandi darah memajukan sehingga Felda berkembang pesat ke tahap hari ini, kenapa kali ini mereka dipanggil pengkhianat dan sebagainya semata-mata mahukan penjelasan penuh berkenaan penyenaraian dan menolak campur tangan dalam koperasi permodalan felda yang dianggap tidak patut dilakukan.

Blog-blog Pro PR cuma boleh menyimpulkan bahawa tindakan Najib mendiamkan diri adalah kerana telurnya dipegang Isa Samad yang mengetahui dan menyelamatkan Najib dari skandal khalwat di Port Dickson.Benarkah semudah itu? Hmm..kita minum Milo Suam dulu.

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (PART II)

Sebelum kita pergi kepada tangan-tangan ghaib di dalam penyenaraian Felda Global ini, adalah elok kita melihat soalan-soalan yang mengiringi kontroversi paling hebat melanda Felda:

1. Benarkah Isa Samad begitu berkuasa sehingga segala tindak-tanduknya pada masa ini seolah-olah direstui oleh Najib? Benarkah Isa Samad dan Sabri Ahmad yang menjadi dalang utama percaturan penyenaraian Felda Global?


2. Kenapa Khairy Jamaludin dan lain-lain musuh politik Isa Samad tidak mengambil kesempatan membelasah Isa Samad yang menghancurkan keharmonian Felda dan bakal menjejaskan peti undi Felda?

3. Benarkah pengurusan Felda yang pada masa ini dikenakan tindakan penyingkiran secara terang-terangan kerana mengkhianati Najib?

4. Kenapa cubaan wakil-wakil pemimpin peneroka Felda berjumpa dengan Najib sekian lama masih bertemu kegagalan dan suratkepada PM meminta berjumpa akhirnya jatuh kembali ke tangan Isa Samad? Malah, sesi penerangan pemimpin peneroka kepada peneroka-peneroka Pahang pada awal kontroversi ini telah dihalang oleh anggota Cawangan Khas sehingga kemuncaknya apabila Isa Samad menghina Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, barulah kesabaran pemimpin-pemimpin peneroka hilang dan bertindak mengadakan sidang akhbar. Harapan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah mereka akan dipanggil oleh Najib setelah tercetusnya kontroversi sidang akhbar tetapi kenapa mereka tidak dipanggil? Sedangkan apabila Nicol David baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia, beberapa hari selepas itu Nicol David berpeluang bertemu Najib di pejabatnya tanpa perlu melalui proses menyiksakan seperti dialami oleh pemimpin-pemimpin peneroka ini. Mengapa diskriminasi? Siapa yang mengaturkan jadual pertemuan Najib dan menggagalkan pertemuan mereka?

5. Di dalam sidang akhbar oleh pemimpin peneroka secara bersendirian, antara wartawan yang hadir adalah dari Utusan Malaysia, Bernama selain kehadiran wartawan berita maya, blogger dan Harakah. Isu yang dibawa besar serta yang bersuara adalah himpunan pemimpin peneroka Felda dari seluruh negara. Kenapa hanya Harakah dan Malaysia Insider yang menyiarkannya? Seterusnya pada hari sidang media pengumuman penggabungan pemimpin peneroka diketuai oleh Pak Sam selaku Ketua Peneroka Kebangsaan dan NGO GWGF diketuai oleh Tan Sri Rozali Ismail untuk membentuk GEMPAK, hampir 40 media menghadirkan diri tetapi hanya 1 media utama yang memilih menyiarkan berkenaan sidang media berkenaan. Kenapa media berterusan memboikot pandangan pemimpin peneroka ini? Sedangkan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah sah dipilih di peringkat rancangan Felda lagi sehingga berjaya dipilih di peringkat nasional dan kesemua mereka adalah ahli aktif dan berjawatan tinggi di bahagian UMNO masing-masing. Siapa yang begitu berkuasa menghalang penyiaran pandangan pemimpin peneroka yang nyata bercanggah dengan kenyataan Isa Samad bahawa pemimpin peneroka faham dan menyambut baik penyenaraian ini? Pandangan ketua peneroka felda kebangsaan dan pemimpin peneroka dipinggirkan dan media berterusan menyiarkan kenyataan pemimpin katak seperti ruslan kasim, ezam md nor, zahid mat arip dan zahrain hashim yang memburukkan pengurusan Felda yang didakwa pengkhianat dan menyeleweng. Siapa yang menyusun kenyataan pemimpin katak di dalam akhbar dan memberikan mereka ruang menyiarkan pandangan mereka yang pro Isa?

Apakah jawapan kepada soalan-soalan di atas? Kita minum Milo Suam dulu..

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (PART III)

Antara mereka yang paling awal mengetahui tentang tangan-tangan ghaib sebenar di sebalik penyenaraian Felda Global adalah DSAI. Oleh kerana ANAK melalui Mazlan Aliman telah lama memperjuangkan isu Felda maka beberapa bulan ini, ANAK dibiarkan mencorakkan perjuangannya berdasarkan apa sahaja maklumat asas yang diterima ANAK dari dalam. Pada awalnya dilihat tidak ramai wakil rakyat PR yang memahami isu terbaru Felda ini dan mereka menganggap isu ini sekadar perbalahan majikan dan kakitangan. Sehinggalah kemunculan Pak Sam, Ahli Lembaga Pengarah Felda yang juga Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan rakan-rakan pemimpin peneroka Felda mewakili 11 wilayah Felda mengadakan sidang akhbar menuntut perletakan jawatan Isa, barulah wakil-wakil rakyat PR sedar bahawa kubu BN di Felda telah ditembusi. Kini berbekalkan maklumat diperolehi dari ANAK, PKR dan Pas giat menambah ahli dan membuka ranting dan cawangan baru di Felda-Felda seluruh negara.Kejayaan ini memberangsangkan walaupun tanpa campur tangan pimpinan tertinggi PAS dan PKR yang masih menyimpan peluru isu Felda ini untuk digunakan semasa pilihanraya.

Di ruang pertempuran maya, blogger anjing besar dikenalpasti adalah pemain utama untuk menampal maklumat penyenaraian Felda Global di dalam blognya.Di dalam lingkungan rakan-rakannya adalah Rocky Bru, ABIW dan beberapa lagi.Tidak ramai yang berminat untuk menyambut ajakan anjing besar untuk menyerang kakitangan kerajaan di dalam Felda serta masing-masing mengetahui ‘Sebut Harga’ yang anjing besar telah kenakan kepada pengupahnya.“Lu makan sorang, Lu kerja sorang” adalah moto blogger bebas dalam UMNO. Di atas kritikan dan desakan pengupah anjing besar yang terkenal sanggup menggigit tangan yang mengupahnya jika tidak dapat apa dihajati, anjing besar mula mencetus kontroversi dengan menyenaraikan pengurusan Felda sebagai pengkhianat. 


Isu ini dipuji oleh tuan barunya dan disambut meriah oleh pimpinan katak bekas PKR diketuai oleh Zahid Mad Arip, pegawai khas Isa.Kemunculan Pak Sam dan para pemimpin peneroka yang menentang penyenaraian, penyatuan pemimpin peneroka dan GWGF (TS Rozali Ismail), serta kejayaan ANAK mendapat sambutan hangat di Felda-Felda akhirnya telah memaksa Jabatan Perdana Menteri memanggil semua blogger bernaung di bawahnya untuk sama-sama menjawab isu Felda. Dalam kekaburan maklumat penyenaraian Felda Global, sukar untuk blogger-blogger UMNO menjelaskan kepada pembaca masing-masing kebaikan penyenaraian Felda Global kecuali memainkan isu durian runtuh, pembangkang tidak tahu apa-apa dan hanya tahu menentang dan ada juga turut bernyanyi lagu anjing besar iaitu pengurusan Felda pengkhianat. Tidak ada blogger UMNO termasuk anjing besar sendiri pun berani menyiarkan gambar sekumpulan pemimpin peneroka felda setiap wilayah felda yang diiktiraf secara rasmi oleh felda dan kerajaan dimana bilangan tahun mereka menyertai UMNO sahaja lebih tua daripada kebanyakan umur blogger UMNOdan mereka ini jelas menolak kepimpinan Isa Samad dan menolak agenda tersembunyi penyenaraian Felda Global.

Seterusnya di siri akhir adalah pendedahan eksklusif, watak utama di belakang penyenaraian Felda Global dan sementara itu kita order Milo Suam dulu.

EKSKLUSIF!! TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (AKHIR 1)

Berdasarkan soalan yang diberikan di dalam Part III, antara soalan yang sangat menarik perhatian adalah benarkah Isa Samad begitu berkuasa ke atas Najib dan kenapa musuh politik Isa Samad seperti KJ tidak mengambil peluang membelasah Isa Samad di atas huru-hara dalam Felda? Jawapannya adalah DALANG UTAMA penyenaraian Felda Global adalah Ethos Consulting, juga dalang yang menyebabkan kerugian beratus juta ringgit wang Felda di dalam pelaburan Felda luar negara.DSAI pernah menyebut soal bayaran Felda Global untuk perkhidmatan Ethos sedangkan pelaburan Felda luar Negara kerugian.Siapakah peneraju Ethos Consulting? Ingat nama ini baik-baik, Omar Mustapha Ong dan Rohana Mahmood.

Siapa Omar Mustapha Ong (OMO)? Nama ini muncul dimana-mana juga GLC Kerajaan yang mempunyai potensi disedut wang keluar.Ethos terlibat dalam keruntuhan PROTON, krisis MAS dan pertukaran saham dengan Air Asia, krisis Malaysia Airport Berhad, pinjaman keluar wang EPF bernilai berbilion ringgit untuk hedge fund dan yang paling melonjakkan nama OMO adalah kejayaan OMO menyingkirkan keluar Tan Sri Hassan Merican daripada Petronas. Mereka yang mengikuti rapat skrip pergolakan di Petronas, akan mengakui bahawa apa dilalui pengurusan dan kakitangan Felda adalah sama dengan apa dilalui oleh Petronas tidak lama dahulu. Jangan terkejut bahawa blogger sama yang menentang perlantikan OMO oleh Najib di dalam Petronas adalah blogger sama yang menyokong usaha OMO hari ini. Kenapakah apabila gerombolan anjing besar, rocky bru dan ABIW menentang perlantikan OMO dalam Petronas tidak lama dahulu, mereka tidak menganggap diri mereka sebagai pengkhianat kepada Perdana Menteri. Mungkin Jawapannya mereka ini sanggup menjilat kembali ludah mereka demi sejumlah wang yang amat besar dan pink form Felda Global.

Menariknya, antara artikel paling baik menyatakan keburukan pengaruh Ethos ini adalah dari blogger ABIW. (Lihat http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/nausea-of-reading-edge-on-ethoss-rohana.html, http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/if-pak-lah-is-leaving-why-is-level-four.html , sertahubung kait OMO dan KJ di http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/if-pak-lah-is-leaving-why-is-level-four.html) . Di sini terjawabnya persoalan kenapa KJ tidak mengambil peluang membelasah Isa Samad dalam isu penyenaraian Felda Global. Semua tahu bahawa KJ dan Pak Lah yang merestui tindakan terhadap penggantungan Isa Samad dalam UMNO dan apabila Isa membuat comeback di sisi Najib, KJ berasa terancam. KJ juga berdendam dengan blogger gerombolan Isa iaitu bigdog, rockybru dan ABIW yang telah membelasah budak-budaknya di dalam BOD J-Corp. Apabila OMO dan Rohana Mahmood diketahui di belakang Felda Global, KJ bukan sahaja mendiamkan diri, malah mengarahkan budaknya, Anuar Manap, Ketua Pemuda UMNO Sekijang yang juga Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) untuk memberikan sokongan penuh kepada usaha penyenaraian Felda Global.


Persoalan yang bermain di dalam kepala ramai orang adalah kenapa Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda?Perlantikan Isa Samad bukan sahaja dikecam Pakatan malah dikecam oleh CEO Maybank Investment, Tengku Zafrul dan pakar ekonomi negara, Allahyarham Datuk Zainal Aznam.Kenapa Tengku Zafrul meminta maaf kepada Isa Samad kemudiannya, tetapi tidak Allahyarham Datuk Zainal Azam yang lebih keras kritikannya?Jawapannya mudah, Tengku Zafrul terlewat menyedari bahawa Isa Samad dipilih dan dicadangkan oleh Ethos Consulting membabitkan OMO yang juga melibatkan kawan baik KJ.Dalam kemeriahan gerombolan anjing besar membelasah Zafrul, ABIW telah menerbitkan satu artikel menghentam Zafrul yang sangat baik.Lihat betul-betul artikel ABIW ini http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/tengku-zafrul-maybanks-wrong-signal-to.html. Cuba perhatikan ayat Haji ABIW yang dalam menghentam Zafrul, telah menuduh Zafrul semasa di Avenue Asset telah bersekongkol dengan Dato Seri Jamaluddin Jarjis yang pada masa itu adalah Menteri Kewangan Kedua dan ibu Zafrul, Raja Zaharaton pada masa itu KP EPU untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad. Haji ABIW juga mendesak MACC menyiasat balik perkara ini.Seterusnya Haji ABIW mendakwa Zafrul berniat jahat sebelum ini kerana berniat mengecilkan pegangan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holding untuk dibahagikan kepada tikus dan binatang. Haji ABIW juga mengatakan KJ juga terlibat dalam proses ini. Seterusnya, Haji ABIW terus memburukkan usaha penyenaraian sebelum ini dengan mendakwa terdapat pakatan jahat supaya Felda Holding membeli aset luar negara yang mahal sebagai justifikasi mendapatkan modal dari penyenaraian.Haji ABIW juga menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda Holding berasa pelik dengan perkara ini dan mereka berpendapat Felda kaya dengan tunai dan tidak perlu wang tambahan. Artikel ini diterbitkan oleh Haji ABIW di bawah tajuk “Tengku Zafrul, Maybank’s Wrong Signal To The Market” pada 13 Februari 2011. Haji ABIW pada masa itu tidak mengetahui langsung bahawa segala kutukan di dalam artikel tersebut adalah PERANCANGAN UTAMA Ethos Consulting yang membawa masuk Isa Samad yang dinilai mempunyai kualiti kesetiaan, bermuka tebal, berciri kekampungan bagi menarik perhatian peneroka di kampung Felda dan punya ramai pengikut ekstrimis melayu. Isa Samad juga didapati cepat menyesuaikan diri dan boleh berkeras apabila perlu untuk melaksanakan sesuatu misi.Isa Samad dan pengikutnya hanyalah BONEKA Ethos Consulting di hadapan segala usaha penyenaraian Felda Global.


Kembali kepada artikel Haji ABIW di atas. Jelas, jika artikel Haji ABIW dikeluarkan pada saat ini, pasti Haji ABIW akan berkerat arang dengan gerombolan anjing besar dan Rocky Bru yang menyokong kuat Isa Samad dan usaha Ethos Consulting ini. Gerombolan Anjing Besar telah mendapat upah sangat lumayan dari Ethos Consulting melalui Isa Samad untuk menerajui promosi penyenaraian Felda Global yang kini telah berubah menjadi kempen menyerang peribadi kakitangan kerajaan dan ketua peneroka Felda. Jom kita lihat penerangan dari anjing besar yang mendapat akses penuh kepada maklumat penyenaraian Felda Global daripada Ethos Consulting dan Felda Global Venture. Kita lihat artikel anjing besar bertarikh 25 November 2011 bertajuk “FGVH Listing On Track, Investment Abroad Geared For Winnings”. Pada Para 7, anjing besar menyatakan untuk penyenaraian Felda Global, PM Najib mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memiliki 35% daripada saham FGVH, hasil daripada “share swap”, “business razionalization” dan “unlocking assets”. Ini patut disyukuri kerana sebagai pemegang saham 51% dalam FHB, Koperasi Permodalan Felda cuma layak memiliki sekitar 22.5% - 25% sahaja dalam saham FGVH selepas penyenaraian. 

Ayat yang bertujuan mengelirukan dan memperbodohkan Felda ini diberikan oleh Ethos Consulting dan APCO (jangan lupa, OMO dan Ethos yang memperkenalkan APCO untuk digunakan Kerajaan Malaysia).Anjing Besar hanya bertugas menampal ayat-ayat ini di blognya sahaja. Tanpa membaca ayat dan terma Public Relation Caca Marba tersebut, kita mengetahui bahawa KPF akan menukarkan pegangan 51% dalam FHB kepada maksimum 35% dalam FGVH dan diminta bersyukur kerananya. Inilah yang akan berlaku SELEPAS PENYENARAIAN. Terdapat satu lagi struktur PRA-PENYENARAIAN di mana menampakkan KPF memegang 61% daripada saham FGVH tetapi sewajarnya peneroka berpegang kepada struktur selepas penyenaraian iaitu KPF cuma memegang sebanyak 35% sahaja. Disini dicabar Haji ABIW yang baru sahaja selesai menunaikan Haji menyatakan pendirian beliau apabila melihat kepentingan Koperasi Permodalan Felda dikurangkan daripada 51% di dalam Felda Holdings Berhad kepada 35% di dalam Felda Global Venture (sebuah syarikat pasti rugi jika tidak memiliki 49% dalam Felda Holding sekarang) yang bakal menelan 100% Felda Holdings Berhad selepas penyenaraian. Siapa bakal menguasai baki 65% di dalam Felda Global Ventures yang telah menelan 100% Felda Holdings yang sangat menguntungkan itu?Bak kata Haji ABIW, tikus dan binatang barangkali. Pengurangan pemilikan saham KPF daripada 51% di dalam Felda Holdings kepada 35% ini boleh didapati lagi buktinya di dalam beberapa posting anjing besar pada awal postingnya yang penuh berwarna warni dengan tampalan slaid diberikan oleh Ethos dan Felda Global di mana slaid yang sama digunakan oleh Sabri Ahmad untuk memberikan penerangan di sana sini. Sabri Ahmad sendiri adalah bukti bahawa pentadbiran selepas penyenaraian juga terdedah kepada ketidaktelusan dan kerugian lebih besar sepertimana kontroversi Sabri Ahmad mengakibatkan kerugian Golden Hope Plantation, sebuah syarikat perladangan yang telah disenaraikan sebanyak RM120 juta.

Haji ABIW juga sebelum ini menuduh Zafrul terlibat mereka keperluan Felda Holdings Berhad membeli aset luar negara yang mahal demi justifikasi untuk penyenaraian. Ya Haji ABIW, saksikan sendiri kejahatan Ethos Consulting melalui Isa Samad dan Sabri Ahmad yang melakukan perkara yang dituduh ente terhadap Zafrul . Lihat pengumuman tawaran pembelian aset luar negara disini:
 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm .

Malah, Ethos dan APCO juga telah membocorkan cerita rekaan kepada media baru-baru ini bahawa Felda berminat membeli KFC dan QSR Brands dari J-Corp demi mendapatkan lebih justifikasi bahawa pengumpulan modal daripada penyenaraian Felda Global sangat diperlukan.


Akhir sekali, Haji ABIW menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda Holding berasa pelik dengan usaha penyenaraian kerana mereka berpendapat Felda kaya tunai dan tidak perlu tambahan.Apa sudah jadi Haji ABIW? Tiba-tiba Felda miskin tunaikah atau tiba-tiba pengurusan dan kakitangan Felda Holding kini berkehendak penyenaraian atau apa sekarang yang membuatkan Haji ABIW beria-ia menyokong gerombolan anjing besar yang mendapat upah lumayan daripada Ethos melalui Isa Samad bagi mendokong usaha penyenaraian ini. Sebagai seorang blogger yang kritis dan dihormati, pendirian jujur ABIW berkenaan perkara ini yang bertentangan dengan apa yang ditulis dahulu amat dinantikan para peminat ABIW. Semoga hanya Allah sahaja tempat Haji ABIW bergantung harap dan bukannya kepada para makhluknya.


Pendedahan lebih ramai lagi tangan ghaib di belakang penyenaraian Felda Global selepas ini.Dijamin kecut perut kepada mereka yang berhajat menentang usaha Ethos ini. Diseru sementara itu, rakyat Felda yang kental untuk hadir ke program seniman rakyat di Felda Sungai Tengi pada 23 Disember 2011. Perwakilan KPF juga diseru menggunakan sebaiknya undi pada 5 Januari 2011 ini untuk melingkupkan usaha jahat Ethos Consulting daripada berjaya melingkupkan Felda sepertimana mereka telah berjaya melingkupkan Proton, MAS, Air Asia, Malaysia Airport Berhad, NCER, Petronas dan banyak lagi.