KETIKA
 Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas 
lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat 
Malaysia ialah RM466 bilion.
Dalam
 Himpunan Anak Terengganu di Perantauan  di Kajang hujung Mac lalu, 
Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah 
melebihi RM700 bilion sekarang.
Apa
 yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh 
pentadbiran Najib dan  dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga  tidak 
akan dinafikan.
Dengan
 demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib, 
hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700 
bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion.
Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000.
Bagi
 warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin
 ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang.
 Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya.
Tetapi
 bagi bayi yang baru dilahirikan, sebaik  saja menyedut udara dunia, dia
 telah dibebankan dengan hutang RM3,000. Belum ada jaminan hutang itu 
akan susut sehingga dewasanya, dan tiada juga jaminan ia tidak bertambah
 dalam pentadbiran Najib yang boros itu.
Jika
  dalam masa  dua tahun lalu hutang itu bertambah sekitar RM234 bilion 
ini bermakna hutang itu bertambah lebih RM100 bilion setahun. Jika 
pentadbirannya disambung selepas PRU 13 ini, mungkin ssebelum tahun 2020
 hutang rakyat itu menjadi RM1,000 bilion. Ini bererti hutang setiap  
rakyat akan bertambah lebih dari RM3,000 seperti yang ada sekarang.
Ketika
 Najib mula menjadi Perdana Menteri, dia menjanjikan untuk menjadikan 
rakyat berpendapatan  tinggi. Tetapi untuk beberapa tahun ini yang 
terjadi ialah rakyat berhutang tinggi.
Ada
 pun hutang negara pula di hujung pentadbiran Abdullah Badawi yang 
ditohmah lemah terutama oleh Dr.  Mahathir adalah sekitar lebih dari 
RM200 bilion. Ia sudah dikira cukup parah.
Tetapi
 sekarang, selepas tiga tahun Najib mentadbirkan hutang negara sudah 
mencecah lebih dari RM450 bilion. Ia kira bertambah sekali ganda di 
bawah Najib.
Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan dikatakan berkata, negara akan jadi bankrap apabila hutang mencapai RM500 bilion. 
Angka
 RM500 bilion itu sudah dekat. Kalau dalam masa tiga tahun hutang negara
 boleh melunjak dari sekitar RM200 bilion kepada kira-kira RM450 bilion,
 maka untuk mencapai hutang RM500 bilion – sekadar RM50 bilion saja lagi
 – tentulah tidak memakan masa yang lama jika program transformasi gagal
 masuk ke gear ajaib.
Kita
 sedang dikelamkabutkan oleh Ireland yang tiba-tiba bankrap. 
Sekonyong-konyong Greece juga bankrap. Perdana Menterinya terpaksa 
bertukar. Perdana Menteri Itali juga bertukar atas sebab yang sama. 
Berita celaka itu juga sudah melanda Sepanyol dan Pertugal.
Pertukaran
 Perdana Menteri Greece dan  Itali belum menjamin negara itu keluar dari
  alam muflis. Seluruh Menteri Kewangan negara Eropah bersidang beberapa
 kali bagi menyelesaikan kepapaan Greece dan beberapa negara Eropah itu,
 belum nampak jalan keluar.
Malaysia
 sudah dekat ke ambang itu. Tan Sri Idris Jala telah meramalkan Malaysia
 akan bankrap tahu 2019 jika subsidi kepada rakyat tidak dipotong. 
Sekarang Dr. Anuar pula seolah-olah mengesahkan apa yang pernah 
dibimbangkan oleh Idris Jala.
Dalam
 masa tiga tahun pentadbiran Najib ternyata transformasinya tidak 
membawa apa-apa keajaiban, bahkan negara bertambah dekat ke  alam 
bankrap.
Katanya,
 dia tidak membuat janji kosong. Lidah memang tidak bertulang. Dia boleh
 berkata apa-apa tetapi bagi orang Terengganu janjinya adalah lebong. 
Lebong itu tidak berisi.
Jika pentadbirannya disambung selepas PRU13, sekalian rakyat akan terjun ke gaung.