Apa lagi UMNO anak provok Pakatan Rakyat di Pulau Pinang? Memang sokongan BN/UMNO dah melayang.
Yang  komen ni pun orang Pulau Pinang , bekas Pengarang BBERNAMA lagi dan  bekas S/U akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri pulak tu. Sedemikian  tak usahlah BN nak buat lak lok di Penang/Pulau Pinang lagi. lagi  rakyat meluat adalah.
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (Barisan Nasional) …………..RM25.7 juta
Tahun 2009 (Pakatan Rakyat)……………RM33.2 juta
Tahun 2010 (Pakatan Rakyat)……………RM38.9 juta
Tahun 2011 (Pakatan Rakyat)……………RM45.7 juta
Tahun 2012 (Pakatan Rakyat)……………RM64.03 juta
Ini  adalah pandangan bekas pengarang Bernama dan juga bekas setiausaha  akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Syed Imran yang menyatakan  pemerhatian beliau dalam blognya, Kuda Ranggi tentang apa yang telah  dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk Islam.
Dalam  pemerhatiannya yang telah menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang  beliau telah melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering  disensasikan oleh media arus perdana tentang untung nasib Melayu dan  Islam disini.
Menurut beliau juga jika dipercayai sepenuhnya apa  yang dilaporkan oleh media arus perdana di dalam akhbar dan juga media  elektronik kemarahan pasti akan timbul dan 1001 tohmahan akan dilempar  kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.
Hakikatnya  masalah berkaitan orang Melayu dan Islam bermula sebelum 2008 dan  berterusan hingga ke hari ini, namun begitu kini di bawah pentadbiran  Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP ianya jauh lebih  baik dari semasa di bawah UMNO/BN..
Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk Islam
Saya  menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat  melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan ‘berita  sensasi’ mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya  laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik ‘arus  perdana’, kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada  pentadbiran negeri.
Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar  dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan  sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam  bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.
Banyak  perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas  tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar  ‘Ceti’ dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu  yang ‘menumpang’ di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan  itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan  bandar raya atau pinggir bandar.
Dalam kawasan bandar raya,  kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di  Lebuh Aceh (Acheen Street – wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya  tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato’ Keramat  (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku  Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).
Ketiga-tiga buah kampung  itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai ‘lombong emas’ yang  mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya  sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya.  Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu  bukan harta wakaf?
Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin  membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif  untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya.  Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan  akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.
Kebelakangan  ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh  pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan  menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan  merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai “kerajaan DAP” sedangkan ia  adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali  sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri  sebagai “kerajaan DAP” pihak berkenaan berharap ia dapat membakar  semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.
Banyak masalah  yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula  berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh  pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang  bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal  undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya  umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.
Pentadbiran Pakatan  Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak  tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek  pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.
Belanjawan  atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan  kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan  kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam  tempoh tiga setengah tahun sahaja.
Pengurangan hutang sebanyak  RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di  antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan,  penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip  tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk  keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Antara program  yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 – Program Membasmi  Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada  golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan  Anak Emas yang bermul pada 2011.
Mulai tahun ini, kerajaan negeri  bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya  orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan  yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri  mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di  Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.
Sudah  tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi  itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada  sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima  kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.
Saya  perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang  dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir  negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk  menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran  Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada  pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)…………..RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)……………RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)……………RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)……………RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)……………RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)………….TIADA
Tahun 2009 (PR)…………..RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)…………..RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)…………..RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM75,000.00
Tahun 2010 (PR)………….RM100,000.00
Tahun 2011 (PR)………….RM130,000.00
5. SUMBANGAN EKYA’ RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)……….TIADA
Tahun 2009 (PR)………..RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Saya  tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus  perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih  merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk  terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.
Sumber : Kuda Ranggi
http://kudaranggi.blogspot.com/2012/02/apa-yang-dilakukan-oleh-pentadbiran.html?