Khazanah   Nasional Berhad hari ini akan mengumumkan DRB-Hicom telah memenangi   bidaan dengan kepentingan sebanyak 42.7 peratus pegangan saham dalam   proton Holding Berhad, dengan harga jualan RM6 seunit untuk keseluruhan   jumlah bernilai RM1.4 billion, menurut sumber. Syarikat berkenaan   dilaporkan memilih jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (gambar),   pemilik DRB-Hicom sebagai pembeli untuk saham-saham tersebut walaupun   terdapat tawaran lain. Turut difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri   Najib Tun Razak telah dimaklumkan berkenaan pembelian tersebut.“DRB-Hicom telah berjaya dalam bidaan tersebut, dan akan diumumkan pada Isnin ini,” menurut sumber berkenaan.
 Sumber   lain pula mengesahkan penjualan berkenaan, Khazanah berpuas hati dengan   penawaran sebanyak antara RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup  pada  RM5.18 seunit pada Jumaat lepas, dan memberinya modal pasaran  besar  bernilai RM2.8 billion.
Dengan   anggaran harga jualan RM6 sesaham, pembelian kepentingan Khazanah dan   saham-saham selebih pembuat kereta nasional itu perlu membayar sejumlah   lebih daripada RM3.29 billion.
Pengarah   Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini berkata, dana   tersebut akan menjual keseluruhan blok saham Proton, dan sekiranya ia   terjadi, maka akan berlakunya penawaran awam.
Pihak  yang bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut ialah Pengerusi  Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh , dan DRB Hicom, manakala  beberapa pihak lain  dikatakan adalah Naza Group, dan rakan kongsi  bersama Sri Arumugam  Apavoo Packiri dan Gerald Lopez of Genii Capital.  UMW Holdings Bhd,Sime  Darby Bhd dan Tan Chong Motor Holdings Bhd  menafikan dakwaan mereka  mempunyai minat terhadap Proton.
DRB-Hicom telah menyerahkan bidaan tersebut kepada pembuat kereta nasional itu pada 9 Januari lalu.
“DRB-Hicom   melihat Proton Holding Berhad sebagai pemain industri automotif yang   penting dan DRB-Hicom sentiasa menunggu peluang untuk mengambil peluang   yang bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan,” menurut DRB-Hicom   sebagai respon ketika bursa saham.
Laporan   berita terdahulu memetik penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad   berkata Khazanah Nasional akan menjual kepentingan 42.7 peratusnya dalam   Proton kepada DRB Hicom. Dia juga berkata dia menentang tawaran awam   untuk semua saham jika DRB Hicom memenangi tawaran tersebut.
Arkitek   projek kereta nasional itu telah bekerja keras sejak 1980an sebaik   sahaja menjadi perdana menteri dan memastikan identiti Ptoron   terpelihara dengan memastikan rakyat tempatan menguasai syarikat   tersebut.