
Anwar tetap berpegang kepada pendirian bahawa perbicaraan kes liwat beliau merupakan konspirasi politik. — Gambar fail
KUALA   LUMPUR, 21 Jan — Keputusan untuk merayu pembebasan Datuk Seri Anwar   Ibrahim dalam kes liwat beliau telah menyemarakkan kepercayaan bahawa   Barisan Nasional (BN) tidak akan berputus asa dalam usaha menamatkan   cita-cita politik Ketua Pembangkang berkenaan, demikian menurut   penganalisis politik tanah air. 
Pendakwa  raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim  perbicaraan, Datuk  Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA  dalam kes tersebut  mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak  bersalah meliwat  pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.
“Majoriti  rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di  atas siri  pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN  mahu  menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin  dicapai,”  menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian  Insider.
Beliau  turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd  Yusof  Zainal Abiden,” orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara”,  harusnya  meluangkan masa “mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa  dan  berasaskan moral” daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah  dan  kes bunuh.
James  Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan  kepada  AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk  Seri  Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk  campur  terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan   sivil.
“Ia  merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan  masa  terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya,”   tambahnya.
Ibrahim  Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada  Reuters  “rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita  pembangkang  bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan  perjuangan  politik Anwar.”
“Perkara  itu turut menyelubungi reformasi Perdana Menteri pada masa  terdesak  untuk pilihan raya dalam masa terdekat. Suka atau tidak, rakyat   Malaysia akan mengaitkan kerajaan dengan perkara ini,” tambahnya.
Pakatan  Rakyat (PR) dan Anwar telah berkempen ke serata negara sejak  Saiful  membuat pertuduhan kali pertama pada Jun 2008, dan mendakwa  tuduhan  tersebut merupakan permainan politik untuk menamatkan harapan  pakatan  pembangkang tersebut untuk menguasai negara.
Menurut  pemerhati Kebebasan Hak Asasi Manusia, kerajaan BN telah  gagal  mengambil peluang yang dihulurkan oleh Mahkamah Tinggi dengan  “merayu  bagi pertuduhan yang memotivasikan politik Anwar.”
“Keputusan  ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan  komplot  politik di mahkamah, memandangna kerajaan menjadikan perbicaraan   terhadap sebuah kes yang sepatutnya bukan kes jenayah,” kata Timbalan   pemerhati kebebasan manusia Asia, Phil Robertson.
Anwar, 64, pertama kali dikenakan tuduhan sama pada 1998, sebelum dibebaskan enam tahun kemudian.
Ketua  umum PKR itu kemudian mengemudikan pakatan pembangkang sampai   menghalang BN daripada menguasi majoriti dua per tiga Parlimen serta   merampas lima kerajaan negeri dari bawah BN.
Sementara  itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi pergerakan Bersih  2.0,  percaya pentadbiran Najib akan mengalami kes senjata makan tuan.
“Nama  baik mereka mungkin telah diperoleh sebelum ini daripada  pembebasan  sebelum ini akan jatuh dengan rayuan ini, menyedihkan!”  katanya melalu  Twitter semalam.