Ribuan  rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat  Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di  Alor Setar, malam semalam.
Kereta  hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang  ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga  ada yang terpaksa duduk di luar stadium.
Ketayap  putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang  stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat  dari atas tempat duduk di stadium itu.

Dalam  ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada  seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan  keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan  dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.
"Mereka  telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan  membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.
"Jangan  ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan  beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor  dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

Sebelum  itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik  Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan  masih uzur.
"Macam  duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan  ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.
Sambil  mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah  sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima  kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.
Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.
"Orang-orang  Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan  kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada  kami,” katnya.
Turut  mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh  yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.
"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

Beliau  turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara  ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu  itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
"Isu  ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan  penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan  duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri  Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Abdul  Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan  sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus  memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Turut  hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden  PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng  Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.
Ceramah malam semalam  adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar. MK/-