Selasa, 17 Januari 2012

Kisah Anwar di Istana Negara, menteri Umno Pakat Sujud Membodek



catatan oleh: ZUNAR

(Terlebih dulu perlu dijelaskan, orang yang menceritakan peristiwa ini kepada saya minta dirahsiakan, tetapi saya berkata kenapa tidak didedah supaya rakyat tahu hipokrasi pemimpin Umno/BN. Sebagai jalan keluar saya berjanji untuk merahsiakan nama).


Dalam majlis di Istana Negara menyambut Agong yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput sebagai Ketua Pembangkang. Anwar hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah menteri-menteri kabinet, semua ketua-ketua tertinggi jabatan kerajaan, semua ketua-ketua tertinggi institusi pendakwaan serta para hakim.

Sementara Agong belum tiba, seorang ketua jabatan pendakwaan mengaku kepada Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam kes baru ini (merujuk pertuduhan liwat). Kata Anwar: "You jangan bohong, menurut Datuk ........, you yang beria-ia sangat nak dakwa saya. "Tidak Datuk Seri, masa kes sampai ke tangan saya, saya nampak ia memang longgar dan tak berasas, tapi saya terima arahan (pihak atasan)."
Seorang menteri kanan kemudian datang menyapa, "Apa khabar adinda ku Anwar?". Kata Anwar, "Apa adinda, hari-hari U bantai I, ....." Dua lagi menteri kanan portfolio penting juga datang menyapa.

Seorang Menteri Besar negeri Umno datang menyapa dan bertanya khabar, Anwar berkata di sini u buat baik, kenapa I pergi ceramah di ........, u padam lampu. Jawabnya, "bukan saya beri arahan, saya tak terlibat."

Isteri Menteri Besar tersebut tegur Anwar, "Datuk Seri, U nampak berseri dan segak, tak seperti dalam TV, surat khabar, nampak sakit dan lemah. Azizah mencelah, "Memang la, surat khabar, TV Umno memang nak tunjukkan Anwar lemah."

Bebarapa ketua jabatan kerajaan meminta untuk bergambar dengan Anwar, termasuk Ketua.......

Seorang hakim kanan berkata kepada Anwar, "Saya sungguh jelak tengok perangai menteri-menteri tersebut, macam-macam mereka lakukan terhadap Datuk Seri, tapi hari ini semua nak tunjuk baik."