KUALA LUMPUR, 19 Jan - Satu cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi  dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan  Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati  1.4 juta kakitangan awam-kunci utama untuk kemenangan Barisan Nasional  (BN).
Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan  dibayar sebanyak RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya  menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan  beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang.
Kemarahan mereka  telah membawa 'epada pilihan raya akan datang dijangka dalam tahun ini  dan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula  skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja  untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa  melibatkan penglibatan Ceupacs.
 
The Malaysian Insider  difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan  memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan  Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.
Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.
"Ya,  ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit...  gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah  RM36,000," katanya.
Tapi Azih enggan untuk mengulas lanjut  berkenaan perkara itu, dan menegaskan kerajaan telah pun mengumumkan  kumpulan bertindak untuk mengkaji SBPA.
Jumaat lepas, kerajaan  mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula  sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam  Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan  Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk  Ceupacs.
"Saya lebih selesa untuk tidak mahu mengulas perkara  itu, kerajaan sudah membentuk jawatankuasa kerja bagi menyemak semula  perkara itu, dan pelaksanaannya telah ditangguhkan, jadi saya percaya  kerajaan akan menyelesaikan perkara itu," jelas Azih.
Namun begitu, beliau mengesahkan jawatankuasa kerja berkenaan akan menyemak secara spesifik bayaran terhadap servis utama.
"Mereka akan menyemak semuanya," katanya sebelum memutuskan panggilan.
Cuepacs  sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan  pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu.
Naib  Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbezaan pendapatan antara  kakitangan awam di peringkat tertinggi sehingga lima angka, sementara  kakitangan bawahan hanya memperoleh jumlah yang jauh lebih kecil.
Pakatan Rakyat turut menuduh Putrajaya "menyalahgunakan" skim berkenaan, dan mengkritik skim tersebut.
"Beritahu saya jumlah tersebut, saya tahu mereka di perkhidmatan utama memperoleh antara  RM36,000-RM60,000.
"Adakah  adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan,  sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji,"jelas  Mahfuz apabila ditanya pendapatnya berhubung perkara itu.
Ahli  Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS akan terus menuntut kerajaan  menyemak semula skim berkenaan supaya kenaikan yang "adil" terhadap  kakitangan awam.
"Segala-galanya harus disemak semula ... ia  seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan  yang lebih berpatutan.
"Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya.
Belanjawan  2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen  kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan  daripada  RM36.9 lima tahun lalu.