Jumaat, 11 November 2011

Dadah : Anak Adun 'UMNO' Di Denda RM1,500


Dadah : Anak Adun Di Denda RM1,500

JASIN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu. Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.


Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.


Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan. Bagaimanapun, Tim­balan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim­pal. Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan./
sinar harian

Gambar Kemalangan Bas Di Behrang

SLIM RIVER, 11 Nov -- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.

Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Mayat mangsa-mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, dibawa ke Rumah Mayat Hospital Slim River, hari ini.


Kredit : Bernama

Panas: Ahli UMNO "Mengaku Mengundi" Di Enam Lokasi Berbeza Di Parlimen Pekan


PEKAN, 11 Nov - Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu. Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai "keistimewaan luar biasa" hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku. Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini. Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain", kata beliau ketika dihubungi. Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah "berdosa dan khianat" kepada rakyat. "Saya juga kecewa, sejak sekian lama Datuk Najib menjadi Wakil Rakyat di Parlimen Pekan, tanah-tanah di kawasan ini sedikit demi sedikit terhakis dan diberikan kepada warga asing terutamanya dari Kemboja dan Myanmar. Malah, Najib juga memunggah begitu ramai orang Kedah dan Perlis untuk membuka kampung baru di Pekan. Mereka diberi layanan isitimewa dan berbagai lagi kemudahan. Tapi kami orang Melayu di Pekan terus dipinggirkan. Projek-projek pembangunan semua diberikan kepada orang luar dan bukan kontraktor tempatan anak Pekan sendiri. Akhirnya kami makan habuk sebaliknya kemewahan dikecapi oleh orang lain. Dah banyak kali saya bangkitkan isu ini pada Mesyuarat UMNO, tapi jawapannya tetap sama .... apa boleh buat .. Datuk Najib Perdana Menteri kita .. dan kita kena ingat jasa-jasa arwah Ayah dia dulu", kata beliau lagi dengan nada kecewa. Beliau turut menegaskan, kini orang-orang Melayu dalam UMNO di Pekan sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula bila mereka melihat proksi isteri Najib iaitu Rosmah Mansor begitu rakus menyapu projek-projek dekat Pekan hatta untuk projek kelas F sekali pun.


Patulah SPR dan Kerajaan tidak berani laksana sistem dakwat kekal, rupanya
mereka mahu memudahkan permainan taktik kotor pada pilihanraya kita

[Dengan kenyataan ini, maka fahamlah kita kenapa SPR dan kerajaan UMNO BN begitu takut untuk melaksanakan sistem celup dakwat kekal pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Malah, jutaan ringgit duit rakyat yang dibazirkan untuk membeli dakwat kemudian dibatalkan atas alasan ada pihak yang telah membeli dakwat yang sama untuk melakukan provokasi. Akhirnya ia dibatalkan, namun hingga kini tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa atas kesalahan yang berkenaan. Rupa-rupanya, ini kerja mereka. Sungguh malu dan hinanya melihat sebuah badan bebas yang sepatutnya melaksanakan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama kepada rakyat tiba-tiba sanggup menjual maruah mereka seperti ini. Patutlah, SPR juga cuba mencari berbagai helah dan jalan untuk menafikan penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 ini. Semuanya bagi memudahkan urusan penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh BN sebenarnya. Justeru, rakyat digesa bangkit menyatakan bantahan demi masa depan negara dan generasi akan datang. Apa guna kita mempunyai sebuah kerajaan yang menang dengan taktik kotor. Walhal mereka sebenarnya telah ditolak rakyat secara total. Lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ini nanti].
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Kemalangan Bas Dan Treler Di Behrang


Empat orang, termasuk dua orang pelajar SMK Air Merah, Kulim, terbunuh sementara 22 yang lain cedera setelah bas yang disewa terlibat dengan satu kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.

Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.

Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.

Pemangku OCPD Tanjung Malim Supt Md Tahir Kasim menyatakan bas tersebut membawa 36 pelajar dan tiga.

Siasatan awal menunjukkan pemandu berkenan hilang kawalan, melayang ke ke sebelah kiri jalan lalu terbalik. Sebuah treler kemudian melanggarnya.

Beliau menyetakan mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai pelajar tingkatan tiga Khairul Anuar Azhan dan Maysara Zaidi, kedua-duanya berumur 15 tahun dan guru Siti Hajar Mohamad, 33.

Basarah Saad, 45, seorang penumpang dari bas yang lain yang berhenti kerana membantu juga terbunuh apabila treler tersebut merempuh bas yang terbalik.

Beliau berkata 22 orang mangsa yang tercedera mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River Hospital sementara lima yang lain cedera parah dimasukkan ke dalam wad.

Supt Md Tahir berkata pemandu bas dan treler berkenaan ditahan untuk membantu siasatan.

Guru Biologi Azria Hani, 31, menyatakan kumpulannya telah berlepas dari Kulim jam 11.30 malam semalam ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.

Pelajar tahun 3, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah tangan, pada mulanya mereka di dalam bas hanya mengalami cedera ringan semasa bas terbalik.

"Tetapi apabila treler datang merempuh kami, saya melihat rakan-rakan saya tercampak keluar dari bas.

"Terdapat limpahan darah sana sini dan pelajar menjerit kesakitan," tambahnya.

Khamis, 10 November 2011

PERKASA DAN PUKIDA TAKDAK TELOQ

 
kumpulan tak ada lancau...melayu pukimak yang tak henti henti menjual agama dan maruah...!!!

Kumpulan PONDAN  Melayu, PERKASA tidak berani  melabelkan anak mantan perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai dajal kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini..

Kita  hairan Marina, yang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung PERKASA tidak didajalkan oleh kumpulan itu atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini..

Tak tahulah kalau-kalau Dr Mahathir yang dilaporkan sebagai penaung PERKASA atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini.

keris kuntut kepala butoh di hayun menunjukkan sifat pondan jati diri melayu pukimak jenis  macam ini....!!!

Maklumlah, sebelum ini PERKASA melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini..
Pada 2 November lalu, PERKASA menerusi Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris melabelkan pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai 'dajal' kerana bersetuju merasmikan program Seksualiti Merdeka yang dijadualkan pada 9 November.

Katanya, pejuang pejuang dan pendokong hak sivil itu sedang membawa "agama baru" yang bergabung sama dengan hak asasi dan menggalak homoseksual.

Tidak dapat disangkal lagi penentangan kumpulan rasis berkenaan terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka.

Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?..
Pertubuhan-pertubuhan rasis seperti PERKASA, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral.Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman.

bila mata PERKOSA bertembung pengiat seks bebas anak mahafiraun...lidah kelu...pelir terkucil 

Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu...Akibat desakan kumpulan pelampau itu dan campurtangan pemimpin politik tertentu, polis juga mengharamkan semua acara anjuran Seksualiti Merdeka.

Meskipun sedih dan terkilan dengan keputusan itu, penganjurnya memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan tidak akan diteruskan demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir.

Program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008. ..

Idris Jala 'FLIP-FLOP' tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap

Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.

NONEIdris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan.

Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.

"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur.

azlanPada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan  subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019.

"Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut.

Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK.

ISU KUIS: AUTA DAN LAYANAN MINDA KELAS KE 3

KONTREKTOR KRONI KHIR TOYO




Saya bukanlah manusia yang popular di KUIS, jauh sekali dikenali & disanjungi sesiapa. Namun setiap kali membaca luahan rakan-rakan media cetak & media alternatif, saya sangat-sangat berharap akan ada perubahan atas apa yang diluahkan oleh pelajar-pelajar, selepas saya sendiri hampir berputus asa apabila sejak 3 tahun belajar di sini, sering menghadapi masalah yang sama, ‘jawapan’ yang sama, bahkan mungkin saya boleh istilahkan sebagai ‘jawapan’ yang lebih berbentuk ‘auta’.

Pertama kali saya mohon maaf kalau seandainya surat saya ini akan mengguris perasaan orang-orang yang saya hormati di KUIS. Bukan niat saya untuk memperlekeh kewibawaan kalian, namun keperitan hidup sepanjang proses menuntut ilmu di sini, telah menggerakkan hati & jiwa saya untuk menulis sesuatu di sini, walaupun sebenarnya saya langsung tidak pernah menulis walau sepucuk surat pun dalam mana-mana media atau majalah. Ianya hanyalah semata-mata untuk mengharapkan perubahan yang saya & rakan-rakan di sekeliling saya impikan.

Ketika seluruh pelajar KUIS diwajibkan untuk duduk di hostel, saya pernah bertanyakan kepada seorang pegawai pentadbir, sebab apa arahan itu dikuatkuasakan? Jawapan awal yang diberikan sangat menyejukkan hati saya sebagai seorang pelajar yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, iaitu supaya mudah untuk seluruh pelajar KUIS ini ditarbiyah & dibentuk sahsiahnya. Itulah jawapan awal yang diberikan pada saya & saya menerimanya dengan penuh lapang dada walaupun ketika itu ada teman-teman lain yang bercakap-cakap belakang khususnya mereka yang boleh saya kategorikan sebagai agak ‘sosial’.

Namun entah bagaimana, sebelum peperiksaan pada semester yang lepas, saya tergerak hati untuk bertanya kepada pegawai pentadbir yang lain, untuk kali yang kedua, benarkah sebab untuk pelajar-pelajar duduk dalam (hostel) ialah untuk maslahat tarbiyah? Pegawai yang ini kelihatannya mengerutkan dahi ketika mendengar soalan saya, lantas berkata secara sinis, sebab untuk mentarbiyah itu hanya ‘sebab sekunder’ sahaja. Sebab utama katanya ialah, apabila seluruh pelajar duduk di hostel, pihak kolej akan dapat menggunakan yuran yang dibayar seluruh pelajar hostel, untuk membayar balik ‘yuran tetap’ kepada konsultan yang telah bertanggungjawab membina hostel tersebut di peringkat awalnya, sebagaimana yang telah termaktub dalam perjanjian sewaktu negeri Selangor ditadbir oleh mantan Menteri Besar, Khir Toyo lagi.

Ternyata jawapan kali kedua yang disertakan dengan fakta ini, sungguh meruntun hati saya & merasakan diri ini begitu lemah & ‘bendul’ sehingga mudah diperbodohkan dengan jawapan yang tidak jujur. Saya sangat tidak menyangka sebab untuk mentarbiyah itu hanyalah alasan & ‘auta’ untuk menutup keterdesakkan pentadbir menyedut duit pelajar-pelajar semata-mata untuk memudahkan kerja pentadbiran kolej membayar balik ‘yuran tetap’ kepada konsultan yang terlibat. Andai benar cakap-cakap di kalangan warga KUIS bahawa kroni Khir Toyo terlibat dalam perjanjian pembinaan hostel yang sangat menyusahkan & tidak adil itu, mengapa harus disusahkan pelajar-pelajar yang sememangnya tidak berkemampuan? Mengapa mesti digunakan istilah ‘tarbiyah’ untuk menutup perkara pokok & masalah sebenar?

Lebih menyedihkan apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar atas segala permasalahan yang berlaku menggunakan layanan ‘minda kelas ke-3’ kepada pelajar-pelajar. Dengan bahasa sindiran yang digunakan, ayat-ayat sinis, dialog kasar, kerap tiada apabila pelajar-pelajar ingin berjumpa, suka menabur janji yang tidak bernoktah dan banyak lagi layanan-layanan yang seolah-olah menganggap kami ini penyibuk & pengganggu, saya tidak tahu berapa lama lagi saya & teman-teman akan bertahan dengan keadaan ini. Sudahlah peraturan untuk sentiasa memakai tie, yang sudah seperti ‘aqidah’ dalam mentaliti pentadbir KUIS yang langsung tidak boleh dilanggar itu, sedia menyusahkan pelajar-pelajar lelaki. Ditambah pula layanan barbarian oleh sesetengah kakitangan pentadbir yang sangat-sangat menjengkelkan.

Tuan, saya bukan merungut membabi-buta. Tuan dengarlah rintihan pelajar-pelajar. Tuan dengarlah suara mereka. Saya rasa kami bukanlah anak kecil yang merengek-rengek tidak tentu hala. Tapi kami benar-benar tertekan dengan keadaan ini. Paling penting, saya tidak mendapat upah sesen pun dengan luahan ini, apatah lagi menjadi ejen mana-mana pihak yang berkepentingan untuk memburuk-burukkan KUIS. Tolonglah tuan. KUIS sangat-sangat berpotensi untuk menjadi IPTS Islam contoh di Malaysia. Mempunyai pengajar & pensyarah yang berwibawa, saya sangat optimis dengan masa depan pusat pengajian Islam ini. Namun, dengan berleluasanya budaya ‘auta’ & layanan ‘minda kelas ke-3’ ini, saya hampir tidak nampak samada impian tersebut akan tercapai ataupun tidak.


Yang benar,
Nur Sakinah Hanani,
Penuntut Prihatin.

Rabu, 9 November 2011

Malaysia Dan Israel Sahabat Dagang

Oleh Zaini Hassan


KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.

BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.


p/s:

Berita di atas adalah laporan dari Utusan sendiri. Oleh demikian, pembaca utusan yang terdiri daripada UMNO tegar dan sedikit pengundi atas pagar sepatutnya lebih percaya bahawa kerajaan hari ini berdagang dengan Israel !! Sila lihat gambar di bawah;

Selasa, 8 November 2011

Editor TV Mengaku Diarah Menfitnah Anwar Dan Wan Azizah

KUALA LUMPUR 8 Nov: Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.

“Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Fitnah 2.

“Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian,” kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.


Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.

Mahkamah pada 18 Oktober lalu menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan akhir kes pembelaan dan pendakwaan sebelum membuat keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan pihak pendakwaan, bagi mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat Anwar di Munich, Jerman pada 2004.

Saksi berkenaan bagaimanapun gagal mencabar keterangan Dr Thomas Hoogland yang sebelum ini memberitahu mahkamah Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan liwat ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Sementara itu, Anwar sebelum ini mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya didengar sebelum hujah akhir daripada peguam dan pihak pendakwaraya.

Pada 6 Oktober lalu, hakim Zabidin menerima permohonan Najib dan Rosmah bagi mengenepikan sepina yang memerintahkan mereka hadir memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

Keputusan itu mengecewakan peguam kerana menganggap kedua individu itu saksi relevan dalam kes berkenaan.

Ini kerana Najib sebelum ini pernah menemui pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis dengan memfitnah Anwar meliwatnya pada 28 Jun 2008.