SUBANG JAYA, 15 DISEMBER -   Proton Holding Berhad pada hari ini mengumumkan penjualan varian baru   MPV pertama Malaysia iaitu Exora yang dilengkapi enjin 1.6 liter Campro   Charge Fuel Efficiency (CFE) dengan prestasi yang boleh dibandingkan   dengan enjin 2 liter.
Enjin CFE tersebut didatangkan pada varian Exora Bold Premium dan Exora Prime yang turut disertakan dengan transmisi CVT.
“Kombinasi  enjin Campro CFE dengan  transmisi CVT mejadikan kedua varian itu lebih  efisyen dan ekonomikal,”  kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed  Mohamed Tahir, Pengarah  Urusan Grup Proton Holding Berhad.
Exora  Bold turut ditawarkan dengan  varian executive dengan enjin 1.6 liter  Campro CPS dengan transmisi  manual dan automatik. Turut ditawarkan  ialah varian standard dengan  enjin dan transmisi yang sama.
Exora  Prime pula lebih eksklusif dengan  hanya enam tempat duduk dan beberapa  perkakasan standard lain seperti  cermin sisi elektrik boleh lipat,  brek cakera belakang, roda aloi 16  inci dan warna baru iaitu Absolute  Brown.
Bahagian interior pula  didominasi dengan  balutan kulit dan dimewahkan lagi dengan panel  tengah, panel gear dan  corong penyaman udara berwana kayu (walnut).  Exora Prime turut  dilengkapkan dengan kerusi kapten pada barisan kedua,  dua monitor pada  perehat kepala dan sistem audio dengan navigasi dan  kamera undur.
Sejak dilancarkan pada  April 2009,  sebanyak 65,049 unit Exora telah terjual dengan 82,854  unit tempahan.  Purata jualan sebulan Exora pula ialah sebanyak 1,800  unit dan Proton  optimistik untuk mencapai jualan sebanyak 2,000 unit  dengan pengenalan  varian baru itu.
Exora  Bold Premium dan Exora Prime akan  mula didaftarkan pada minggu kedua  Januari 2012 dan pelanggan yang  memandu uji pada 16 – 18 Disember akan  menerima cenderamata sempena  kempen Proton 4 U Day. Walau bagaimanapun,  Exora Prime hanya  boleh dilihat dan dipandu uji   di Bilik Pameran  Kristal di Juru,  Plentong dan Mutiara Damansara.






|   Variant  |    Tentative OTR  |  
| 1.6 Standard MT |   RM 59,998  |  
| Bold 1.6 Executive MT |   RM 70,998  |  
| Bold 1.6 Executive AT |   RM 74,998  |  
| Bold 1.6 Premium CVT |   RM 79,998  |  
| Prime 1.6 Premium |   RM 88,998  | 

