
KUALA  LUMPUR – Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad  Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau  lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak  terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.
Dalam  perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan  terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang  menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh  seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi  sendiri.
“Kami  amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain)  terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,”  kata pemilik laman web tersebut.
Menghangatkan  lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’  Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex  dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.


Dalam  perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk  mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.
“Klu  I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat  palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul  ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape?  U nak i tunjuk bukti  yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata  Shida, merujuk kepada BBM tersebut.
Blog  hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex –  Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang  pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan  ramai.
Khairul  Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin  hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan  dengan watak sampingan, Shida Harmi.
Apex  juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan  beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika  menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit  Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi  kejohanan Sukan Sea di Jakarta.
Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini.



