Saya   ingin bertanya kepada TS Muhyiddin, apa kah kesilapan yang dilakukan   oleh rakyat Kedah? Apa silapnya rakyat Kedah memberikan mandate kepada   PAS? Apa kah untungnya rakyat Kedah jika kali ini memberikan mandat   kepada BN khususnya UMNO?
Bukankah   UMNO sudah memerintah negeri itu sejak merdeka tetapi keadaan negeri   Kedah serupa juga. UMNO selalu memperkecilkan kebolehan PAS dengan   mengatakan Kedah terlalu miskin dan rakyatnya miskin sejak PAS   memerintah. Bagai mana rakyat Kedah boleh miskin kerana pemeritahan PAS   kerana PAS baru memerintah negeri itu belum pun sampai 4 tahun.
Tidak   kah Muhyiddin sedar yang kebanyakan mereka telah miskin dari dahulu   lagi. Jadi selama 50 tahun BN memerintah kenapa mereka masih miskin   (kalau benar mereka miskin)? Adakah BN bermaksud sejak 4 tahun dahulu   rakyat Kedah menjadi miskin kerana PAS yang memerintah? Kenapa cepat   sangat rakyat Kedah jadi miskin?
Memang   benar Kedah merupakan negeri yang tidak sekaya Selangor tetapi kita   perlu ingat dan bertanya kenapa tidak jadikan rakyat Kedah kaya raya   selama 50 tahun BN memerintah? Kenapa?
Apa   yang saya tahu Kedah di bawah pentadbiran Uztaz Azizan adalah dalam   keadaan baik dan pemimpin UMNO sendiri mengandu dan menganda dengan   pemimpin PAS itu. Menteri Besar PAS itu tidak menilai seseorang itu   berdasarkan kepada fahaman politik mereka dan MB itu merupakan seorang   yang magnanimous.
Pemimpin   dan ahli PAS tidak diberikan peluang untuk mendapat kemudahan semasa  BN  memeritah dahulu, tetapi Azizan tidak berdendam dengan   pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Kalaulah   rakyat berfikir untuk memberikan mandat kepada UMNO siapa yang akan   menjadi Menteri Besarnya? Bashah? Mahadir Khalid? Atau siapa? Adakah   Jamil Khir Baharom pula yang hendak ditonjolkan? Atau Mukhriz Mahathir?   Sebutkan sahaja satu di antara nama-nama ini, adakah berbaloi untuk   menyebutnya.
Nama-nama   yang saya sebutkan tadi semuanya bertanding dalam pilihanraya dahulu   tetapi nama-nama ini tidak membantu BN untuk mengekalkan kerajaan Kedah   di tangan BN. Mukhriz belum terbukti kepimpinannya kerana buat masa   sekarang beliau ini bersandar kepada nama Dr Mahathir. 
Jika   Dr Mahathir sudah tiada saya percaya Mukhriz tidak akan mampu untuk   menunjukan kepimpinan yang sepatutnya. Ramai orang Kedah memberikan   pandangan ini kepada saya sejak akhir-akhir ini. Dulu ada DR Affifuddin,   tetapi maklum sajalah UMNO, kalau ada orang berkalibar sedikit orang   itu akan diketepikan kerana mereka berebut sesama sendiri. Itu sebabnya   pemimpin lekeh-lekeh macam Bashah boleh menjadi Pengerusi   Perhubungan…macam tidak ada orang lain.
Jadi   peringatan TS Muhyiddin itu tidak membawa apa-apa 'consequence' dan   tindakan rakyat Kedah memberikan mandat kepada PAS dalam pilihanraya   dulu bukannya satu kesilapan. Sebaliknya memberikan kepercayaan kepada   UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka di Kedah itulah merupakan kesilapan.
Sesungguhnya   peringatan Muhyiddin itu sendiri adalah satu kesilapan. Ramai   rakan-rakan di Kedah menalipon saya yang mereka hanya mentertawakan   kata-kata Muhyiddin semalam. "Kalau benarlah UMNO itu betul-betul mampu   membawa pembangunan kepada Kedah kenapa Kedah miskin sedangkan negeri   itu telah diperuintah oleh BN selama 50 tahun?" kata seorang guru besar   yang telah bersara Jerlun?
"UMNO   sekarang sedang membawa tempurung menadah simpati dari rakyat Kedah   sambil memperlekehkan kerajaan Kedah pimpinan Uztaz Azizan. UMNO   sekarang turun padang menjanjikan perkara yang sama sejak 50 tahun   dahulu. Pembangunan…pembangunan…hanya UMNO boleh menentukan masa depan   yang baik. Lima puluh tahun dahulu pun menjanjikan masa depan yang baik   tetapi apa yang di tinggalkan kepada rakyat hanyalah kesusahan dan   menyalahkan PAS yang baru 4 tahun memerintah Kedah.
Sebenarnya   rakyat Kedah tidak melakukan apa-apa kesilapan dalam pilihanraya yang   lepas. Yang melakukan kesilapan ialah UMNO, kalau tidak masakan UMNO   ditinggalkan oleh rakyat jelapang padi itu.
Kalau   pun UMNO hendak mencuba nasib untuk mendapatkan kembali pemerintahan   Kedah, siapa yang hendak memimpinnya dan siapa pula barisan yang hendak   mengambil alih itu?
Pertanyaan   ini acapkali ditanya oleh ramai yang saya kenali di Kedah itu kerana   yang hendak melakukan pengmbil alihan itu adalah di kalangan mereka yang   sudah sah di tolak oleh rakyat di Kedah.
Eloklah Kedah kekal dalam tangan PAS itu. Aspan Alias